Assalamualaikum...
Bulan mac menjengah lagi sekejap je rasa masa berlalu dengan pantasnya kan tak menunggu kita ke belakang. Perlu produktif dan bersemangat untuk mengejar cita cita yang penuh dihajati ini. Bulan febuari terus pergi meninggalkan segala memori pahit manis suka duka bersama kenangan yang berlalu di bawa oleh angin lalu..cewaaahhh.....bermadah berhelah lak akak pagi pagi ni yer..haha..
Bulan baru..
Semangat baru..
Plan baru..
Strategi baru...
Pasti penuh dengan strategi yg tersemat di dalam sanubari ni. Mama yang mempunyai impian yang besar untuk merubah diri menjadi lebih maju untuk menjalani liku liku kehidupan di alam yang penuh pancaroba ni. Mama ada segulung ijazah dalam bidang Bachelor of Finance tapi tidak bekerja dan memilih bisnes shaklee sebagai full time bisnes untuk masa depan keluarga dan anak mama. Untuk mama yang tak bekerja dan hanya melakukan bisnes online di rumah sahaja ini. Mama yang mempunyai anak tunggal lelaki seorang . Eh tunggal ke? Hihi....kalau ada rezeki panjang umur mama ni mama anak 4 dah tapi Allah sebaik baik perancang. ALLAH sayang semua anak anak syurga mama. Saham akhirat mama tu . Tunggu mama kat pintu syurga syg. Mama rindu anak anak mama semua. Mama harap mama ada rezeki lagi ntuk merasa nyawa yang akan menumpang di dalam rahim mama ni suatu hari nanti insh a Allah. Amin....
Eh tak nak sedih sedih awal awal bulan ni. Nak aura positif sokmo dalam diri ni. Sampai bila nak sedih mengenang nasib kan. Ayuh ubah pikiran think positif prodktif dan maju ke depan, yang dah lepas biarkan terkubur dan menjadi memori dalam kamus kehidupan. Biarlah sejarah mematang pikiran dan menguatkan semangat untuk kita terus daki dan mendaki hingga tahap yg lebih tinggi.
Di dalam bisnes shaklee bulan ini merupakn bulan terakhir dalam kalendar bisnès shaklee. Maka bulan nilah kita kena pulun sehabis habisnya untuk melayakkan kita mendapat reward dari Shaklee. Alhamdulillah pasti bulan ini saya akan effective dengan cemerlang dan ada rezeki pasti akan naik rank Senior supervisor Shaklee. Dab sekiranya saya dapat effective atau naik rank dengan cemerlang pasti dapat naik pentas dan terima anugerah dari shaklee. Dua tahun lepas dapat undangan dari Shaklee untuk terima award pada hari oenganugerahan itu saya masuk hospital dan kèaadan tidak mengizinkan untuk saya pergi ke majlis itu.insha Allah tahun ni nak naik pentas lagi dan terima anugerah dari Shaklee.
Cycle baru Shaklee kan bermula pada bulan depan . Maka haruslah saya menyusun strategi dari sekarang apa yang sya inginkan di dalam bisnes shaklee ini. Bukan hanya bisnes untuk sèhari dua tapi saya mahukan bisnes ini berpanjangan even saya dah tak de kat muka bumi ini sekalipun bines ini dapat diwarisi oleh anak cucu cicit saya. Insha Allah.
Plan pertama
♥Bulan ni wajib naik rank a Senior Supervisor. Pulunlah macam mana sekalipun bulan ni wajib naik rank.
Selepas naik rank harus daki dan terus mendaki sehingga ke rank tertinggi Shaklee iaitu Master Coordinator Suriati Yusoff. InshaAllah kalau usaha bersungguh sungguh habis cycle ni tahun deoan boleh pangkat title master coordinator shaklee. Amin amin ...
Buat binses mesti nak untung kan selepas bersusah payah berpahit gentir untuk kembangkan sesuatu bisnes pasti kita nak reward kan diri kita, family dengan hadiah kan.
Sape tak suka hadiàh kan semua suka kalau dapat hadiah..
Untuk diri saya sendiri saya mahu membeli sebuah rumah idaman hasil titik peluh saya sendiri menjalan kan bisnes shaklee ini. Cukuplah saya dapat merasa dapat membeli sebuah rumah untuk family saya tersayang dengan hasil bisnes saya ni. Sekarang ni montly installment kereta myvi ku juga ditaja sepenuhnya dengan bonus shaklee bulanan yang diperolehi. Syukur sangat dipertemukan dengan bisnes ni dapatlah bayar bulanan kereta pertamaku...hihi...
Walaupun tak bekerja kan hanya buat binses secara online bertemankan handphone dan internet mampu menjana pendapatan sehingga 4,5,6 angk bulanan. Serius memang best sngat join bisses ni. Anak dan rumah tangga sentiasa dititik beratkan dan perhatian terhadap family lebih ditumpukan. Dah banyak masa bersama kat rumah kan dapat lihat perkembangan anak membesar depan mata sungguh mengujakan.
Hadiah untuk mak ayah saya nak sangat bawa mak ayah saya ke tanah suci dengan hasil usaha saya. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami ni. Dan Allah membuka ruang untuk saya berbakti kepada kedua ibu bapa saya selagi hayat dia masih ada. Ya allah kau panjangkanlah umur kedua dua org tuaku ini ya Allah.aku masih belum cukup untuk membahagiakan dia semoga aku diberi kesempatan untuk terus berbakti pada kedua dua orang tuaku..amin...
Semoga segala yang dihajati dan diimpikan ini menjadi kenyataan sejajar dengan usaha yang tak berbelah bahagi. Semoga Allah terus memberi ruang untukku berusaha lebih keras dan terus istiqomah dalam mengejar cita cita ku ini. Insha allah..amin ya rabb alamin....
Coretan kasih bakal Senior Supervisor
Love, Suriati Yusoff
Eh nak shaklee roger2 kita ye
=================
0179753858 Yatie
=================
#tsunamishaklee
#shakleeefeect
#liveamazing
#landmarkstudy
#ninjas1