SUSUKAN BAYI SERTA MERTA SELEPAS DILAHIRKAN
Pastikan perkara pertama dan cecair pertama yang masuk ke perut bayi adalah susu ibu. Khasiat kolostrum amat tinggi nilainya dan selalu digambarkan sebagai cecair emas. Maka amatlah rugi jika ibu membiarkan sahaja cecair emas ini terbuang begitu sahaja. Dakapkan bayi anda ke dada untuk sentuhan kulit ke kulit dan ini amat penting untuk "bonding" antara ibu dan bayi. bayi akan mencari-cari payudara anda untuk menyusu dan saat inilah bermula di mana lebih banyak susu akan dihasilkan hasil dari rangsangan hisapan bayi.BIARKAN IA BERMULA
Semasa awal kelahiran, payudara ibu akan mengeluarkan kolostrum yang mana ianya penuh dengan protein, antibodi dan vitamin yang diperlukan oleh bayi. Semasa ini bayi hanya perlukan sedikit sahaja sus ibu dan tidak hairanlah semasa ini hanya kolostrum sahaja yang pekat dan sesuai dengan perut bayi. Untuk melihat berapa banyak jumlah susu yang bayi perlukan, boleh rujuk gambar di bawah. Jadi ibu-ibu baru terutamanya jangan putus asa jika susu badan tidak banyak pada masa ini kerana bayi anda tidak perlukan segelas susu sehari pun!Anda juga boleh cuba tips ini untuk menarik perhatian si manja memulakan penyusuan. Perahkan sedikit susu menggunakan tangan dan biarkan pada puting payudara untuk galakkan bayi menyusu. Semakin kerap bayi menyusu maka semakin banyak juga susu anda. Konsep penyusuan adalah mengikut "demand & supply".
PERHATIKAN BAYI ANDA
Dalam minggu pertama bayi anda akan kerap menyusu sehingga 8 kali atau lebih dalam masa 24 jam. Ini membolehkan pengeluaran susu anda menjadi semakin meningkat terutama sekali jika penyusuannya juga berlaku pada waktu malam. Kekerapan menyusu ini penting untuk bayi mendapat peningkatan berat badan yang sepatutnya semasa minggu-minggu pertama. Waktu malam boleh kejutkan bayi anda untuk menyusu.Anda tidak perlu perhatikan jam semata ingin susukan bayi mengikut waktu. Susukan bayi setiap 2 atau 3 jam sekali dan berikan susu badan anda pada bila-bila masa berpandukan pada reaksi bayi anda yang hanya anda sahaja yang faham bila bayi anda perlukan susu.
Susu ibu senang dihadam oleh perut bayi. jadi pada peringkat ini bayi tidak perlukan sebarang cecair lain melainkan susu ibu semata untuk tumbesarannya.
PENGELUARAN SUSU
Penyusuan berasaskan konsep "supply & demand". Maknanya semakin banyak permintaan, semakin banyak susu akan dikeluarkan.Untuk merangsang susu, kerapkan susukan bayi anda dan juga amalkan pam secara berkala. Jangan skip jadual pam atau jadual penyusuan anda kerana ini akan mempengaruhi pengeluaran susu badan anda. Ada masanya bayi akan mengalami growth spurt namun tiada apa yang perlu dibimbangkan, hanya susukan bayi mengikut kehendaknya.
No comments:
Post a Comment