Pages

Tuesday, 15 April 2014

Kenangan terindah

Assalamualaikum...bersiaran di hospital Kuantan medical centre sekarang. Hope Allah bagi kekuatan untuk saya coretkan secebis bingkisan rindu perjalanan insan kerdilMu ni. Saya bukan wanita yang hebat saya hanya manusia biasa Allah ciptakan. Sebagai hamba dibumi mu ni Ya Allah saya bersyukur sangat sangat kerana Allah masih memberi peluang untuk saya rasa nikmat duniawi ni. Yang kekal hanyalah amalan untuk kita bawa kesana nanti.

Hari ni 17 April 2014 hari bahagia saya kerana hari ini merupakan hari lahir puteri sulongku. Tanggal 17 April 2012 menyaksikan segala galanya. Allah sayang kamu sayang Siti Khadijah tunggu mama dan papa di pintu syurga. Hebat ujian mu Ya Allah. Perancangan mu memang betul betul hebat untuk saya lebih dekat denganMu.

Sekali lagi Allah hadiahkan sesuatu yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Tanggal 2 April 2013 lahirlah insan yang sangat sangat comel untuk membahagiakan sebuah ikatan keluarga. Muhammad Farish Aryyan Bin Khairol sangat comel bagi saya. Pengubat duka dikala Papa nya pergi berkhidmat sebagai pemimpin keluarga. Seorang anak yang memahami jiwa mama mu. Adik duduk elok elok dengan mak ngah yer. Jangan nakal nakal.Mama sangat sayang rindu kamu. Susu mama dah bengkak ni sayang. cepat cepatla adik datang sini yer. Mama nak bagi susu kat adik ni. Ya Allah...mama rindu adik.

Sekali lagi tanggal 15 April 2014 saya diuji lagi. Allah uji sebab Allah sayang yati. Semakin diuji semakin ku terasa dekat denganMu ya Allah. Allahu hebat sungguh perancangan mu ya Allah. Saya redha..saya percaya qada dan qadar saya ...Perancangan Allah adalah sebaik baik rancangannya. Jangan kita ubah walau sesaat. Aku rindu pada Mu ya Allah.

Cukuplah setakat ni yang saya coret yer...to be continued....Assalamualaikum. Sayang kamu semua.....

3 comments:

  1. Be strong n get well sooon dear yati. Pastinya ada hikmah disebalik semuanya....bahagia pasti milik kamu!!

    www.mummysayf.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. be strong...you re the best woman...
      semoga cepat sembuh wahai rakan shakleeku
      http://metrobestmom.blogspot.com

      Delete