Pages

Thursday, 10 July 2014

Tips Berpuasa Ibu Menyusu

Tips Berpuasa Ibu Menyusu

Alhamdulillah dah 12 Ramadhan pada hari ni. Macam mana ibu ibu menyusu diluar sana menyusukan baby anda pada ramadhan kali ini? Menyusu ketika berpuasa adalah selamat dan juga banyak pahala yang kita perolehi.Hebatnya wanita.

Ketahui 7 panduan pemakanan ketika berpuasa.

✔ Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

✔ Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat.

Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

✔ Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup.

Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

✔ Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

✔ Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

✔ Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

✔ Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

Bagaimana Shaklee membantu anda ketika berpuasa dan dalam masa  yang sama menyusu?
Ibu yang menyusu dan berpuasa akan mengalami rala letih, cepat lapar dan hilang air dari badan. Ibu menyusuperlu sentiasa cergas agar susu tidak drop dan dapat menghasulkan susu seperti biasa. Shaklee dapat membantu ibu menyusu yang berpuasa dengan mengamalkan Energising Soy Protein, Mealshake dan Performance Drink.
Energizing Soy Protein dan Mealshake merupakan sumber protein yang terbaik. Pengambilan kedua-dua ni dapat membantu melancarkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu. Ia bertindak sebagai pelengkap pemakanan seharian ibu-ibu menyusu serta menjadikan ibu-ibu lebih bertenaga sepanjang berpuasa.
Performance Drink pula sangat bagus diambil ketika berpuasa dan jugak yg melakukan kerja2 ditempat panas atau yg aktif bersukan kerana Performance Drink bertindak menyeimbangkan bendalir di dalam badan dan mengurangkan dahaga serta mengelakkan daripada dehydrated. Ia mengandungi elektrolit bagi mengekalkan tenaga berpanjangan. Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

Nak cuba la tu kan??
Jom ibu-ibu menyusu kita cergas dan bertenaga sepanjang Ramadhan..
Yang penting susu meriah dan berkhasiat. Alhamdulillah...

Untuk dapatlan produk shaklee ini boleh hubungi ;

0179753858 (yati)
sms @ whatsapp pun boleh.

2 comments:

  1. Good sharing sue..
    www.vitaminutrisikeluarga.com.my

    ReplyDelete
  2. tq kak shada..blh amalkan time berpuasa ni :-)

    ReplyDelete