Assalamualaikum....
Entry saya pada hari ini saya nak ceritakan serba sedikit kenapa saya ni pengguna tegar Energizing soy protein (Esp) shaklee. First time saya kenali shaklee ini adalah melalui rangkaian sosial media facebook. Saya membuat blogwalking dan kumpul maklumat secara terperinci dahulu sebelum saya bercadang untuk mengamalkannya. Menerusi pembacaan saya tentang esp shaklee ni saya pun bercadang untuk membelinya.
Saya menggunakan produk esp shaklee ni semasa saya mengandungkan baby no dua saya. Ketika itu dalam tahun 2011. Pada ketika ini belum banyak lagi orang mempromosikan produk shaklee di dalam facebook. Saya mencari pengedar shaklee kemaman di dalam google untuk mendapatkan produk ni. Alhdulillah setelah memperolehi alamat saya membeli dengan sid kemaman itu.
Saya tekad di dalam diri saya untuk mengamalkan esp shaklee ketika saya mengandung kerana saya mahukan anak dalam kandungan saya memperolehi nutrisi yang secukupnya. Ini kerana saya ada pengalaman pahit dalam hidup saya kerana anak pertama saya meninggal di dalam kandungan di saat saya menunggu waktu kelahirannya. Di sini saya tak nak cerita kisah sedih saya ni. Biarkanlah ia menjadi sejarah pahit dalam hidup saya. Saya redha atas segalanya. Saya nak kongsikan kelebihan kelebihan mengunakan esp shaklee ni.
Esp shaklee adalah produk paling hot di antara produk produk yang lain yang ada di dalam pasaran shaklee. Nak tahu apa itu ESP SHAKLEE ni. jom baca entry ni sampai habis yer..
ESP Shaklee
Kenapa ramai yang suka sangat ESP Shaklee ni ye? Istimewa sangat ke? Sampaikan esp ni jadi hot selling item dalam Shaklee.Memang sangat sangat istimewa bagi yang mementingkan kesihatan dan kecantikan. Lebih lebih lagi bagi wanita yang dah bergelar isteri. Siapa tidak mahu cantik untuk tatapan suami kan. Tak nak suami pandang perempuan lain nak selalu pandang kita jer.Sebab itu para wanita sangat mementingkan kecantikan untuk kebahagiaan rumah tangga...
Bagi yang mementingkan 3K: KECANTIKAN, KESIHATAN dan KECERGASAN, esp ini sangat-sangat special bagi mereka.Kenapa agaknya yer? Baca lagi untuk tahu lebih lanjut.
ESP ialah energizing soy protein.
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam
canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman
kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar
bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi
memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.
Siapa yang boleh mengambil ESP ni? Sesuai untuk semua lapisan; Lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang,yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan
dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!
Apakah keistimewaan Esp ini
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat cergas bertenaga untuk menguruskan kerja kerja seharian.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan
minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih
lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!insya Allah boleh cuba untuk diet dan menurunkan berat badan.
3. Ibu-ibu yang menyusukan anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digadingkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah ,melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu
menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.
Bagi saya yang memang pengguna tegar esp shaklee ini memang sangat sesuai untuk orang yang tengah berusaha untuk diet. Esp ni memberi rasa kenyang dan juga extra tenaga. Sewaktu saya mengandung berat saya 68kg dan selepas bersalin berat saya turun dan saya dapat menstabilkan berat saya sehingga kini iaitu 48kg. Hanya bancuh tiga sudu setiap awal pagi saya dapat merasa kelainannya. Saya merasa kenyang sehingga tengah hari disamping saya mendapat extra tenaga dan cergas bertenaga sepanjang hari. Tahun lepas saya dapat menunaikan kewajipan berpuasa penuh walhal saya sepenuhnya menyusu badan. Saya memang mengamalkannya sewaktu bersahur dan alhamdulillah sepanjang berpuasa saya cergas dan tidak merasa dahaga walaupun anak saya menyusu badan. Syukur ya Allah.
Apa tunggu lagi..Cepat cepat dapatkannya sekarang. Harga pasaran esp ni RM150 . Tapi sekiranya anda nak jimat daftarhlah sebagai ahli.
Ingin dapatkan produk shaklee dengan harga jimat ??
Daftarlah Ahli shaklee pada hari ni.Pasti pelaburan yang anda buat tidak sia sia. Anda akan jimat sehingga 20-30%.
Cara join ahli shaklee dan keistimewaannya
Produk produk ini bukan bertujuan untuk merawat,mendiagnos,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh terus hubungi saya di talian ;-
Sms/whatsapp/call 0179753858
( Puan Yati)
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Facebook : Suriati Yusoff
Cash on delivery sekitar Kemaman dan Dungun
Pos seluruh Malaysia