Assalamualaikum....dan salam sayang buat semua pembaca blogger setia saya...
Hari ini mood terlebih rajin..bagun pagi dari kul 5 belum tidur lagi ni. Selepas subuh masak nasi goreng untuk family tersayang especially untuk hubby saya lah. Bukan selalu dapat spent masa bersama yelah kan keje membataskan kami untuk selalu bersama.
Untuk lunch saya prepare untuk masak nasi ayam special untuk my hubby.hihi...special lah sangat kan..haha..masak ni senang jer cuma rajin dengan malas jer...campak campak selepas tu siap..hihi....
Hari ni nak kongsikan resepi nasi ayam simple dan sedap yang home made by saya..hihi...
Bahan bahan
Ayam
♡ Seekor ayam (potong 2)
♡ Kicap pekat sesudu
♡ Sos tiram sesudu
♡ 3 biji bawang merah
♡ 2 ulas bawang putih
♡ kicap cair sesudu
♡ seiris halia
Nasi
♡ Beras 5 pot
♡ 6 gelas air rebusan ayam
♡ planta 3 sudu
♡ bawang merah 2 ulas
♡ bawang putih 2 ulas
♡ Kiub ayam 2 ketul
♡ garam secukup rasa
♡ daun pandan 3 helai
♡ halia 3 iris
Sup
♡ Air rebusan ayam
♡ kiub ayam 2 ketul
♡ Daun sup
♡ hirisan kubis
♡ lobak masin sedikit
♡ rempah sup bunjut satu
♡ daun sup seikat
Air lada
♡ 3 biji lada besar
♡ 10 biji cili padi
♡ satu biji tomato
♡ sedikit gula
♡ sedikit garam
♡ sedikit perasa
♡ sedikit cuka
Ulam ulaman
♡ 1 biji timun batang
♡ 3 biji tomato
♡ daun salad
CARA MEMBUATNYA
Ayam
♤ bersihkan ayam dan rebus sehingga empuk
♤ kisar bawang serta halia dan gaul bahan bahan ayam untuk diperap
♤ Panaskan kuali dan goreng ayam. Goreng sekejap sudahlah ayam tu dah masak.
Nasi
♤ bersihkan beras
♤ tumis semua bahan yang dikisar
♤ masukkan air rebusan bersama bahan yang ditumis ke dalam beras
♤ dan masak dalam rice cooker
Sup
♤ Guna air rebusan ayam
♤ masukkan kiub ayam, rempah sup dan garam
♤ last sekali masukkan hirisan kubis daun sup dan lobak masin
Air lada
♤ kisar semua bahan bahan di atas.
Tadaa...dah pun siap...simple jer yang pasti sedap hingga menjilat jari...
Selamat mencuba 😄😊☺
No comments:
Post a Comment