Pages

Thursday, 18 September 2014

Tips mudah bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak kongsikan panduan mudah bersalin bagi ibu ibu yang menanti hari untuk bersalin. 



Ini antara panduan bagi ibu ibu untuk praktiskan sebelum bersalin. Mari kita tengok panduan panduan tu .

♡ Kerapkan berjalan
Sekiranya ibu ibu banyak berjalan ini memudahkan proses pembukaan jalan dan sekaligus dapat mempercepatkan proses bersalin. Kerap berjalan bererti anggota tubuh badan ibu ibu berfungsi dengan baik dan peredaran darah di dalam tubuh dalam keadaan normal.

♡ Minta suami buatkan air yang dibaca dengan ayat alquran
Surah surah yang biasa diamalkan untuk ibu ibu mengandung adalah seperti Surah Yassin, Surah Maryam  dan lain lain. Suami perlu membuat air yang dibacakan dengan Surah Al fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul kemudian masukkan sedikit minyak dan doa dipermudahkan bersalin. Ibu ibu perlu minum air tersebut dengan selawat dan berdoa pada Alkah agar dipermudahkan proses bersalin nanti.

♡ Banyakkan berzikir
Sepanjang kehamilan ibu ibu perlu sentiasa basahkan bibirnya dengan alunan zikir. Saya mengamalkan zikir doa Nabi Yunus dan setiap pagi saya bacakan Al fatihah dan perdengarkan kepada bayi dalam kandungan. Insya Allah amalkan baca Al fatihah anak yang bakal dilahirkan tu menjadi anak yang soleh dan solehah. Insya Allah. Dalam proses hendak bersalin tu ibu ibu perlu sentiasa banyakkan zikir insya Allah dipermudahkan proses bersalin itu.

♡ Kerap mandi dan basuh rambut
Panduan mudah bersalin yang ini ialah kerap mandi dan selalu basuh rambut. Tapi janganlah mandi pada lewat malam kerana petua orang orang tua kalau ibu mengandung mandi malam dikhuatiri akan berlaku tumpah darah.

♡ Baring mengiring
Sememangnya sewaktu hamil tidur ibu ibu mengandung terganggu dek kerana posisi tidur yang tidak sesuai. Seeloknya 
ibu ibu baring mengiring untuk keselesaan.

♡ Banyakkan bersujud
Antara yang bagusnya bersujud di dalam solat la yang terbaik. Banyakkan bersujud ini akam memudahkan untuk proses bersalin nanti.

♡ Meminta maaf 
Sebelum kita masuk ke labour room pastikan kita memohon maaf kepada semua terutama sekali pada suami, ibu bapa dan mertua. Insya Allah kita akan merasa lapang untuk bersalin nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat bagi ibu ibu yang bakal melahirkan baby. Selamat mencuba ;)

2 comments: