Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang sukatan air yang diperlukan dalam badan manusia serta kebaikan meminum air putih.
Air putih elok untuk tubuh badan manusia
Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?
Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.
Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.
Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?
Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?
Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.
Formulanya ialah:
2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)
Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.
(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L
Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya.. Kuantiti Air perlu diminum mengikut berat badan seseorang
Kebaikan minum air putih
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
ooh..lebih air pun tak bagus juga ye tie..saya baru tahu. Tq nice sharing dear. Moga cepat sihat ok!
ReplyDeletehttp://vitamincintaummi.blogspot.com
A'a dear terlebih air effect pd buah pinggang ...bmbng buah pnggang xdpt mnmpung jumlah air dlm bdn kite...
ReplyDeleteTq dear :)
Tq for sharing ~
ReplyDeleteJom Lawat Blog Raikankasih
Pengambilan air yang berlebihan juga akan menyebabkan gemuk air... jadi berpada-pada lah..
ReplyDeletebaru tau takleh ambil air berlebihan. tq atas perkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeleteKetahui 10 Sebab Kenapa Patut Beri Anak Meal Shakes