Pages

Saturday, 17 June 2017

Menyesal join ahli shaklee

Assalamualaikum
Salam 22 Ramadhan

Lama dah rasanya tak menulis kat sini..rindu nak menulis semula..hari ni nak bercerita kisah saya dan shaklee

😍😍😍Kisah Shaklee dan saya 😍😍😍

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun ke empat saya setia bersama Shaklee. Banyak suka duka sepanjang menjalankan bisnes ni...Alhamdulillah masih teguh berdiri sehingga hari ni dan semoga terus success sehingga ke akhirnya. Insha Allah.

Bagaimana saya boleh terjebak dengan shaklee ni? Berdasarkan google dan bacaan dlm internet saya terus jatuh cinta nak mencuba Esp Shaklee. Pada masa tu  saya baru melahirkan anak ke dua saya. Saya memilih Esp untuk memperbanyakkan susu dan kekal bertenaga. Saya try google pengedar shaklee kemaman dan saya dapatkan daripada pengedar itu. Pada ketika itu saya belum menjadi ahli lagi. Dan dalam masa yang sama saya membeli set lengkap menyusu yang terdiri daripada B complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa dan Ostematrix

Selepas berpuas hati dengan keberkesanan Esp saya tekad untuk sign up sebagai ahli shaklee yang sah. Saya search kot facebook dan blog  dan terjumpa upline saya yang super duper hebat ni Master Farhah Amirah dan saya terus decide register ahli bawah beliau. Walaupun jarak memisahkan antara utara dan timur tapi tidak menghalang saya untuk belajar berbisnes dengan beliau. Banyak sy pelajari dari beliau dari segi pemasaran, produk, buat blog dan macam macam lagi. Maka dari situlah lahirnya blog sy http://mummyfarisharyyan.blogspot.com. jemput jemputlah lah singgah dan tinggalkan jejak di blog saya yer..hihi...😘😍

Pada mulanya saya join ahli shaklee ni hanya untuk makan sendiri jer sebab saya amalkan set menyusu lengkap shaklee. Dan dalam masa yg sama saya try promot kat family dan rajan sekerja Alhamdulillah dapat feedback yang memberangsangkan dan kawan kawan turut order shaklee dengan saya.  Bonus pertama saya dapat dalam rm30+ itupun buat suka suka dan memang tiada niat nak serius berbisnes hanya untuk makan sendiri sahaja.

Bulan ke dua saya try promote kot fb dan kenalan kenalan saya dan Alhamdulillah dapat feedback positif. Dan syukur bulan ke 2 bonus saya dapat mencapai 3 angka. Bila tengok bonus makin meningkat setiap bulan saya bertekad untuk serius berbisnes dan mempergiatkan usaha promosi di online disamping offline. Berkat usaha yang tidak putus putus disamping berdoa pada Allah Alhamdulillah bulan ke 3 sy join bisnes shaklee saya di naikkan pangkat sebagai "Supervisor" shaklee. Syukur sangat sangat  time tu Allah bukakan peluang saya untuk kenal lebih mendalam bisnes shaklee ni yang memberi banyak manfaat. Alhamdulillah bonus saya ketika itu mencapai 4 angka. Dan yang paling best bonus shaklee tu melebihi dari gaji kerja hakiki saya.  Ketika itu saya bekerja sebagai pembantu akauntant di salah sebuah syarikat swasta di Kemaman.

Selepas dipertimbangkan saya decide untuk berhenti kerja 3 tahun yang lepas. Selepas berhenti kerja saya betul betul fokus buat bisnes shaklee ni. Alhamdulillah pelanggan sentiasa ada dan cari khidmat saya untuk dapatkan vitamin shaklee. Bagi sekitar Kemaman dan Dungun saya menyediakan perkhidmatan "cod" cash on delivery. Untuk memudahkan customer saya yang nak vitamin on the spot saya memang sediakan ready stok kat rumah. Bisnes shaklee ni tidak perlukan kedai untuk disewa hanya bisnes dari rumah sahaja ibarat bisnes bergerak gitu...hihi...

Saya happy dgn apa yang saya buat sekarang. Memilih untuk berhenti kerja dan fokus pada shaklee membuatkan hati saya tenang. Yelah kan kebajikan anak dan suami dijaga makan pakai semua kan dan dapat melihat anak membesar depan mata membuatkan ibu makin teruja kan. Syukur sangat sangat dipertemukan dengan bisnes ni disamping mengeratkan hubungan ukhuwah sesama kawan kawan bisnes.

Kenapa saya memilih shaklee?

Off course lah yang pertama saya yakin dengan keberkesanan produk shaklee ni. Jatuh cinta dengan kesannya dan terus bertekad untuk sebarkan kebaikan kepada semua. Nak bantu ramai org diluar sana sihat dan boleh menjana income bersama sama shaklee. Seronok kan dapat bantu org diluar sana sihat secara semulajadi.

Shaklee halal,semulajadi dan berkesan..
Semestinya kita pilih yg halal bagi memastikan apa yg kita ambik menjadi darah daging kita kan.. Alhamdulillah produk shaklee ni sememangnya halal.

Saya harap saya terus istiqomah untuk membantu orang ramai sihat dengan vitamin semulajadi ni. Semoga bisnes saya ni terus maju dan impian untuk memegang title Master Coordinator Suriati Yusoff menjadi kenyataan suatu hari nanti insha Allah. Semoga usaha saya ni membuahkan hasil suatu hari nanti...

Go go go yati u can do it!
Doakan bersama yer saya dapat capai master coordinator suatu hari nanti..

Aamiin....

Selamat berpuasa
21 Ramadhan

Bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan nak buat bisnes shaklee secara part time mahupun full time boleh dapatkan khidmat nasihat dari saya yer..saya sedia membantu korang semua..insha Allah kita sama sama kaya di dunia dan akhirat

Dunia sekarang semua perlukan duit...duit tidak boleh beli kebahagiaan? Tapi dengan duitla kita boleh membantu happykan orang kita sayang...tepuk dada tanya hati...jom keluar dari zon selesa...ikhtiar selesaikan masalah kewangan yg semakin meruncing.

Jom bersama sama saya menjana income..insha Allah dengan tekad usaha yang tinggi pasti membuahkan hasil. Lihatlah hasil yang kita tuai nanti setelah bersusah payah ..insha Allah manis akhirnya 😘😍

Untuk info lebih lanjut boleh hubungi saya dengan klik link whatsapp di bawah yer

Http://www.wasap.my/0179753858
Puan Yati

#PengedarSahShaklee #ShakleeMalaysia #ShakleeTerengganu #CodKemaman #CodDungun #TrustedSeller #SuriRumahBergaji #JanaIncomeDgnShaklee #BuatDuitDgnShaklee
#WAHMistories

No comments:

Post a Comment