Pages

Friday, 6 October 2017

Tips berguna untuk menjadi juara

Assalamualaikum salam jumaat yang penuh barokah..

kita ni sebenarnya diciptakan oleh Tuhan kita untuk jadi JUARA. Itu sebenarnya tujuan kita dicipta.

tidak diciptakan jin dan manusia kecuali utk menyembah-Nya. setiap hari 15 kali kita diseru 'HAYYA ALAL FALAH'
marilah menuju kejayaan
kita memang sudah dilatih untuk menang sejak sebelum kita terjadi lagi.

dalam 120 juta sperma yg ayah kita pancarkan, satu je yang berjaya, itula kita. kalau kita tak ditakdirkan berjaya, kita takkan wujud pun. 120 juta tau, bukan 12 ekor sperma. yg tak berjaya tu yang ratus juta lagi tu

kala kita ni dah dihidupkan, bermakna kita mmg dijadikan utk berjaya & menang. dah ditakdirkan pun. so kita kena buang rasa ragu2 dan was2 dalam diri.... kerana keraguan dan was2 itu tak lain tak bukan datang dari setan yang takmau kita berjaya. setan mmg suka bila kita buat kerja asal buat, buat kerja malas2, tak bersungguh2, takde taget, drg mmg suka.

kalau kita nak geng dgn setan, silakan layan perasaan2 lemau

bisikan syaitan no 1 -

Melemahkan jiwa untuk melangkah

Dgn memberi kita rasa takut, ragu-ragu, was-was.... risau utk membuat keputusan sebab takut salah... Takut nak buat apa-apa takut tak jadi... Takut orang kata... Menunggu2 untuk 'masa yang sesuai' 'tunggu pandai' 'cukup modal' dan sebagainya hingga kita tak buat apa-apa pun.

pernah rasa takut nak share pape sbb takut orang kecam? penah rasa risau bukan2 takut orang kata? tak lain tak bukan itulah bisikan yg datang dari sudut dari dari musuh kita yang nak kita terus mereput

bisikan syaitan no 2 -

  Membuat kita teralih fokus

Elok-elok dan plan nak buat sesuatu.. tiba2 datang rasa "Kejap lagi lah" "Ada masa lagi.. lepak lu..." "Lambat lagi nak tua".. tau2 dah tak sempat dah.

Hat ni mmg kronik. Ramai yang terbawak2 dgn bisikan setan nak satu ni. especially yg dah buat VB, dh buat jadual, dah buat plan... pastu lost. tau2 dah habis tahun... jadual tak penah folliow, VB pun ke laut. pastu frust & down berbulan2

sbb tu Rasulullah suh kita INGAT MATI. ramai orang takut nak ingat mati, coz drg igt kalau ingat mati tu kita kena solat tak bangun, mengaji tak henti2....

cuba korang fikir...

"KALAU AKU MATI KEJAP LAGI, APA YANG AKAN JADI PADA ANAK-ANAK AKU???"

ingat mati tu bukan takat fikir pasal seksa kubur je, tp amanah2 yang masih tinggal kat dunia ni.

ilmuan2 dulu jadikan INGAT MATI Sebagai motivasi utk diorang buat kerja sungguh2, betul2, fokus, buat sampai jadi... coz kot derang mati jap lagi, TAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

bayangkan Imam Nawawi, umur dia 40 tahun je, tp dia tulis banyak kitab, terutama kitab Hadis Arbain. bayangkan kalo dia menangguh2 "nanti luuu, banyak masa lagi..." entah kita tak kenal kot habis 40.

dan igt jugak, MAK AYAH KITA DAH TUA, dah tak lama lagi pun usia diorang. tp org kita ni biasanya sensitif bab ni... bila ckp psl mati terus igt "doakan yang buruk2". hmmmm... kullu nafsu zaaaiqotul maut.... setiap jiwa tu akan merasai mati. mati ni semua orang akan lalui. kenapa taknak prepare? kawin boleh pulak prepare macam2 walhal tak seme orang pun ditakdirkan kawin kan?

bisikan syaitan no 3 -

Membataskan kemampuan diri

Manusia diciptakan fitrahnya adalah menjadi juara. Tapi dibisiknya yang kita ni tak pandai, tak cukup, tak mampu... hidup biasa-biasa saja lah..

hidup biasa, low profile, semua tu betul. tapi biarlah kita CUKUP DGN APA YANG ADA, tidak mengharap kpd bantuan orang lain

itulah maksud cukup apa yang ada.... kita self-sufficient, takyah harap orang lain. bukannya cukup2 makan je.

kalau cukup2 makan je, bkn kita cukup apa yang ada... tapi mmg tak cukup 😭
bila kita dh cukup dgn apa yang ada... tabungan ada... utk masa depan ada... kita dah tak bergantung pd orang lain & tak kisah pasal orang lain dah.

bila kita tak cukup, kita asikla nak tgk apa yang org lain ada.  tu yang timbul rasa dengki, jealous, etc... (semua ni sifat iblis ye)

bila kita cukup dgn apa yang ada... kita cuma berharap pd Tuhan semata2
tp kalau tak cukup... kita uk berharap kat orang. bila orang takmo tolong mula la cakap macam2.

oleh itu kita kena doa & usaha biar CUKUP dan tak perlu bergantung pd orang kecuali kat Tuhan semata2

bisikan syaitan no 4 -

Merendah-rendahkan diri sendiri

Iblis ni dia tak suka orang lain lebih dari dia. Sebab tu lah masa Allah suruh sujud pada Nabi Adam, Iblis tak ndak. Jadi konco2 iblis ni seboleh mungkin nak kita duk level rendah dari dia. Sebab dia dah tau kita ni lebih bagus dari dia jadi apa dia buat... dia jadikan kita merendah2kan diri sendiri.... lagi dia suka kalau kita takde impian, takde cita2, mudah putus asa.. memang diorang happy sangatlah!

hat ni mmg common..... menghinakan diri sendiri ni kan sbnrnya HARAM dlm ISlam.
kita tak boleh hina diri kita sendiri. jgn perasan diri kita ni kita punya, diri kita ni Allah punya... jgn hina ciptaan Dia. dia jadikan kita juara, kita jgn dok nak jadi biasa2... dihinakan... direndahkan

bisikan syaitan no 5 - 

Membuatkan kita tak bersyukur

Syukur tu macamana? Selain dari mulut mengucap "Syukur alhamdulillah" syukur ialah dgn menggunakan anggota kurniaan Tuhan dgn cara terbaik. Tapi diorang ni buat kita malas nak gunapakai anggota kita... tangan yg boleh bekerja kita guna wat tekan2 remote, tekan2 main game je.... telinga yang boleh dgr kita dgr lagu2 je... otak pun malas nak fikir. Aduh!

bisikan syaitan no 6 -

  Menangguh-nangguh masa

Benda paling berharga yang kita ada di dunia ni adalah masa. So diorang buat kita suka mensia-siakan masa. Dan diorang sgt suka bila kita menyesal akhirnya.... Cuba fikir2, berapa banyak dah masa kita di dunia ni terbuang. benda masa ni.. mmg tricky. kita takkan sedar betapa berharganya sampailah kita kehilangannya

bisikan syaitan no 7 -

Lari dari tanggungjawab dan menyalahkan orang lain

"Aku jadi macam ni sbb mak aku tak didik elok2" "Aku jadi camni sebab cikgu asyik marah2 je" "aku jd camni sbb upline aku yang tak coaching betul2" semua salah orang lain, semua bukan salah kita. Padahal sebenarnya kita ni Tuhan dah beri otak untuk fikir nak pilih mana elok mana tak elok.

bisikan syaitan no 8 -

Memberi keyakinan palsu

Macamana keyakinan palsu? Bila nak buat sesuatu yg breakthrough, kita takut sebab 'tkde pengalam' 'tak cukup ilmu', macam2 lagi lah. Tapi masa nak kawin dulu takde pulak nak takut2 sebab takde pengalaman kan... kalau semua benda kena ada pengalaman, semua orang pun tak kawin2 & tak beranak2 lah jawabnya....

kalau rasa nak bernanti2, ce igt masa nak kawin dulu....
ada tak rasa "ehhhh taknak la kawin,,, aku tak de pengalaman... tak cukup ilmu nak kawin2 ni"

pastu nak cepat2 beranak, takde pulak rasa "aku takde ilmu, takde pengalaman mengandung beranak ni, taknak laaaaaa"
kenapa nak kawin beranak boleh je? bab lain semua tak boleh?

utk capai impian kita, pertama sekali kena tukar mindset. datang je bisikan2 virus, cepat2 tolak ia keluar. bayangkan ia macam hantu, taknak, kita takmo. lagipun mmg hantu pun, setan kot yang bisik.

aaa & setan ni pandai tau... dia masukkan unsur2 agama sikit... "Buat pe la ko nak berjaya2 ni... bukan boleh bawak mati pun... biarlah kita biasa2 je.... janji masuk syurga" tuu diaaa! padahal buat amalan rohani dalam MASTER CEKLIST pun tak buat2. syurga lah sangat. penipu besar sgt setan ni. jgnlah kita yg bijak ni nak terpedaya dgn dia orang.

kena igt selalu.... kita diciptakan oleh al-Khaliq sebaik2 ciptaan utk BERJAYA. bayangkan kalau kita hasilkan satu karya agung... pastu org kutuk karya kita..cakap buruk la... kita suka tak? apa lagi Allah Yang Maha Sempurna, cipta kita utk berjaya tp kita pulak cakap AKU TAK LAYAK/MAMPU BERJAYA... agak2nya macamana? siapa kita berani sgt nak lawan Pencipta kita....?

Dunia ini sangat berlimpahan dgn nikmat & semua nikmat ni adalah utk kita, MANUSIA

peratikan makanan kita cukuplah. ce compare makanan kita dgn makanan kucing. kalau suh kita makanan makanan kucing, kita nak tak? atau makanan ayam ke makanan lembu ke....

Allah cipta tumbuhan, binatang, mineral, minyak, emas, etc semuanya untuk kita. Allah bg semua tu utk kita kelola dgn baik. KITA ye, setiap individu, bukan PM, bukan penghulu

Quran diturun utk SEMUA UMAT, bukan utk ustaz. takde pun penah jumpe satu ayat dlm Quran "Wahai para Ustaz..." takde
jadi tanya diri sendiri...

- adakah aku dah tunjukkan pd Pencipta aku bhw aku seorang juara?
- adakah aku dah menghasilkan sesuatu yg terbaik utk kehidupan ini? (menghasilkan anak tak termasuk ye, semua benda pun boleh beranak)
- adakah aku dah buat sesuatu yg beri faedah besar buat umat manusia?

ATAU,,????

- adakah aku beri hasil yg biasa2 je atau tak pernah hasilkan apa2?
- adakah aku jadi beban pd orang lain?
- adakah aku hidup utk bayar bil & mati je?

naudzubuillah jgn la masuk dalam golongan bawah tu

No comments:

Post a Comment