Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Oleh kerana baru balik dari klinik akibat sakit yang saya alami ini, hari ini saya nak kongsikan tentang punca air kencing kotor dan cara mengatasinya di dalam entry blog ku pada kali ini.
Dek kerana tidak tahan rasa sakit dua hari berturut turut untuk membuang air dan sakit pinggang yang teramat hari ini ku gagahkan jua diri pergi ke klinik.
Setelah diperiksa oleh doktor saya perlu membuat ujian urin dan didapati terkandung darah, kuman dan protein di dalam air kencingku. Dan doktor juga mengajukan soalan adakah dalam keluarga saya ada yang tedapat sejarah batu karang.
Doktor juga bagitahu ini juga mungkin simptom simptom nak terjadi batu karang. Sepanjang ingatanku tiada ahli keluarga yang pernah ada batu karang tetapi lepas keluar dari bilik doktor baru ku teringat bahawa sepupuku pernah mengalami penyakit batu karang. Perasaan berdebar kot time jumpa doktor sebentar tadi sampai boleh ku terlupa...haha...
Jom kita kenali apa itu air kencing kotor
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
♡ Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
♡ Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
♡ Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan gejala
♧ Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
♧ Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
♧ Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
♧ Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
♧ Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
♧ Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.
☆ Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar.
☆ Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
☆ Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
☆ Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
☆ Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Semoga info ini bermanfaat kepada semua. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
No comments:
Post a Comment