Showing posts with label Set penyusuan shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set penyusuan shaklee. Show all posts

Thursday, 4 September 2014

Panduan Penyusuan Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blog saya. Hari ini saya hendak memberi serba sedikit panduan menyusu untuk ibu bekerjaya. Semoga entry ini memberi manfaat untuk ibu ibu .

Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:

1. Pam susu

Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.

2. Plastik atau botol penyimpan susu

Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.

3. Beg penyejuk

Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.

4. Coli menyusu

Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.

5. Pemanas susu ibu

Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.

Selepas anda menyediakan semua peralatan di atas, terdapat beberapa perkara yang harus diikuti bagi memastikan ibu bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif enam bulan dan seterusnya sehingga dua tahun antaranya:

Menyediakan susu perahan

Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan de­ngan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai lebih daripada stok susu lima hari bekerja di dalam peti ais beku.

Contohnya, katakan ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais.

Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu mengang­gar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi kerana bergantung kepada keperluan bayi itu.

Sebaiknya anda membawa susu perahan ke rumah pengasuh mengikut kadar yang diminum. Misalnya untuk sehari, anda boleh menyediakan sukatan dua atau tiga auns di dalam empat botol bersama campuran susu yang sudah disejukkan.

Mengepam susu tiga jam sekali ketika bekerja

Bagi ibu menyusu dan bekerja, mereka perlu mengepam susu setiap selang tiga jam selama 15 minit sebelah payudara. Pam elektrik yang mempunyai dua corong boleh menjimatkan masa dan membantu ibu berkerjaya bertenang dan gembira semasa menyusu.

Gunakan masa mengepam untuk melihat gambar anak, berzikir mahupun berfikir mengenai perkara baik yang menggembirakan. Pasti susu mudah mengalir keluar. Pam susu yang ri­ngan dan fleksibel memudahkan anda mengepam walau di mana saja sama ada di dalam kereta atau ketika anda terpaksa berhenti di mana-mana untuk mengepam susu.

Simpan susu di dalam beg penyejuk

Susu perahan serta peralatan mengepam boleh disimpan di dalam beg penyejuk untuk dibawa pulang ke rumah.

Makan dan minum dengan sihat

Ibu menyusu perlu me­ngamalkan lima jenis warna makanan dalam makanan tengah hari dan makan malam. Contohnya nasi (putih), ayam goreng (coklat), sayur campur (hijau), air jus oren (jingga) dan telur (kuning).

Terdapat beberapa makanan yang senang diamalkan untuk membanyakkan susu. Antaranya ialah minuman halba bercoklat dan teh moringa. Minuman ini adalah herba yang boleh memba­nyakkan susu ibu dan tidak memberikan kesan sampi­ngan terhadap bayi. Ia juga boleh diambil sejak dari dalam pantang.

Selain itu, sayur seperti lobak putih dan sawi dipercayai boleh membanyakkan susu ibu dan elok diambil oleh ibu menyusu.

Tuesday, 17 September 2013

Khasiat susu ibu

* SUSU IBU JIMATKAN WANG*
===================



Walaupun dia yang paling kecil dalam keluarga tetapi jangan terkejut kerana kos perbelanjaannya paling mahal. Keperluannya termasuk pakaian, lampin pakai buang, susu dan bermacam-macam lagi menelan belanja yang banyak.

Makanan awal bayi baru lahir pastinya susu ibu. Anda punya dua pilihan sama ada memberinya susu ibu atau susu formula.

Terdapat pelbagai jenis susu formula yang dicipta mengandungi bermacam-macam rumusan khasiat untuk bayi. Namun jangan terkejut apabila melihat kebanyakan harga setin susu formula mencecah hampir RM100.

Bayangkan setiap bulan anda perlu membeli sekurang-kurangnya tiga hingga empat tin susu untuk bayi, jadi berapa kos yang dihabiskan untuk susu sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang dan lain-lain.

Cara terbaik untuk menjimatkan kos sudah semestinya memberi si comel susu ibu. Selain ia berkhasiat dan mudah diberi kepada bayi pada bila-bila masa, susu ibu juga menjimatkan wang anda. Benarkah?

Cuba lihat dua situasi ini:

Situasi 1

Rina memberi bayi baru lahirnya susu formula. Sebulan dia perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM240 untuk empat tin susu yang berharga RM60 setin. Selain daripada itu, anaknya juga kerap mendapat batuk dan selesema. Boleh dikatakan dua bulan sekali pasti dia membawa anaknya berjumpa doktor kanak-kanak. Kos ubat-ubatan menelan belanja antara RM80 – RM120 setiap kali berjumpa doktor.

Situasi 2

Sarah juga baru melahirkan bayi. Dia berazam menyusukan bayinya dengan susu ibu sejak hamil lagi. Sebelum bersalin dia melaburkan sebanyak RM1000 untuk membeli pam susu dan aksesori penyusuan yang lengkap sebagai persediaan. Dia turut membeli peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu perahan yang berharga kira-kira RM700. Sepanjang setahun kehidupan anaknya, jarang demam atau selesema. Jadi dia dapat menjimatkan kos ubat-ubatan dan susu sekali gus.

Selepas melihat dua situasi tersebut, kita dapat buat kesimpulan yang mana satu membantu penjimatan wang sepanjang tahun pertama membesarkan anak. Secara kasarnya jika menyusukan anak dengan susu ibu, anda dapat menjimatkan wang antara RM1500 hingga RM2500 (yang diperuntukan untuk membeli susu formula ketika tahun pertama anak).

Pilihan di tangan anda. Selain bayi mendapat kebaikan daripada susu ibu, papa dan mama turut boleh menjimatkan jumlah wang yang sangat besar.
Ibu yang ingin memperbanyakkan susu ibu boleh mencuba SET PENYUSUAN dari shaklee. Insya Allah dengan kerapnya menyusukan bayi susu ibu akan semakin bertambah. Set menyusu basic terdiri daripada Energizing soy protein dan alfalfa(milk booster). Bagi yang ada lebihan budget boleh beli yang set lengkap menyusu. Iaitu terdiri daripada : *Esp *alfalfa *vitamin c *b complex *vitalea *ostematrix