Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Friday, 19 September 2014

Set Intim Suami Isteri Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ini sedikit perkongsian tentang hubungan suami isteri. Adakah bahagia sesebuah perkahwinan sekiranya suami isteri tidak mencapai kenikmatan perkahwinan itu? Hubungan intim sangat perlu dititik beratkan dalam rumah tangga. Tak nak suami cari lain kan pasti sang isteri perlu bertindak sebelum terlambat.


Disini saya kongsikan beberapa punca suami isteri merasakan kurang nikmat keintiman.

Punca atau sebab anda kurang merasakan nikmat keintiman :

Pertama, kurang Lubrikasi - Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas monopuos, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.

Kedua jangkitan kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks. Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali mengunakannya.

Ketiga, Vaginismus - Iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.

Keempat, masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst.

Kelima, masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan - Sesetengah wanita diahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjdi punca kesakitan yang teruk semasa seks,

Keenam, radang dan iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.

Ketujuh, parut pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.

Yang terakhir, faktor emosi - Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.

Vitamin yang Membantu Meningkatkan Keintiman Suami Isteri :

Antara khasiat Alfalfa Complex bagi hubungan keintiman suami isteri :
- Mengandungi phytoestrogens yang menyebabkan ia mempunyai khasiat seperti kacip fatimah untuk merapatkan bahagian intim wanita.
- Membantu meningkatkan libido.
- Meningkatkan keinginan untuk bersama.
- Membantu mengurangkan masalah keputihan.
- Merawat masalah kekeringan vagina

Khasiat Vitamin E Shaklee untuk meningkatkan keintiman suami isteri :

Peranan vitamin E kepada suami:
1. Lebih tenaga
2. Ereksi yang lebih lama
3. Lebih cepat terangsang
4. Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vitamin E untuk isteri:
1. Lebih tenaga
2. Ereksi yang lebih lama
3. Lebih cepat terangsang
4. Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu
yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi



Untuk suami isteri tak nak hubungan intim menjadi dingin bolehlah cuba set intim suami isteri ini. Insya Allah anda pasti berpuas hati dan pasti tersenyum selalu. Hargailah pasangan anda sekarang..Jaga elok elok hubungan jangan sampai ada orang ketiga. Pasti kita semua sayangkan suami dan isteri masing masing kan. So apa lagi buktikan sekarang jangan tangguh tangguh lagi nanti anda yang rugi.

Nak dapatkan produk shaklee dan maklumat lanjut boleh hubungi talian di bawah.

☆ Cod area Kemaman dan Dungun
☆ Pos seluruh Malaysia 

Sunday, 14 September 2014

Atasi selulit dengan shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entry saya yang saya karang hari ini ialah tentang selulit. Selulit paling tidak disukai oleh para pengemar cintakan kecantikan kan. Memang tidak cantik dan paling merimaskan pemandangan mata sekiranya kita ada selulit kan. Suami melihat pun pasti kita akan merasa rendah diri.

Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Gabungan kolagen itulah yang memberikan selulit rupa seperti 'cottage cheese' yang tidak diingini. Biasanya laa kan, selulit terbentuk di peha, punggung, dan kadangkala pada lengan, betis dan torso atas.Selulit adalah perubahan pada topografi kulit yang pastinya tidak menyenangkan sesiapa pun lebih-lebih lagi kaum wanita. Selulit selalunya terjadi kepada wanita yang telah menjejak kedewasaan.

Kenapa kita ada selulit?

Kanak-kanak dan lelaki umumnya jarang mempunyai masalah berkaitan selulitWanita yang mempunyai kulit licin tetapi selepas akil baligh dan apabila berlaku perubahan hormon, selulit mulai muncul pada lengan, punggung dan pehaLelaki : tisu perantara yang memegang kulit dan otot adalah dalam bentuk menetas silang, menyediakan lapisan licin dan tisu perantara yang kuat. Tempat penyimpanan lemak lebih kecil dari wanita dan memiliki kulit tebal Wanita : tisu perantara wanita berbentuk berserenjang dari otot dan kulit dalam garisan menegak. Apabila tisu perantara semakin lemah seiring dengan penigkatan umur dan lemak, maka selulit mulai menonjol keluar.

Jom kita lihat cara cara untuk mencegah selulit. Di bawah ini antara cara caranya;-

1. Rajin Bersenam

Selulit timbul akibat pengumpulan sel-sel lemak. Jadi, cara menghilangkannya ialah dengan menghapuskan sel-sel lemak tadi. Oleh itu, anda perlulah rajin bersenam. Senaman diakui dapat menjadikan otot tubuhmenjadi lebih fit, sihat dan segar.Namun, untuk mengatasi selulit anda tidak boleh sembarangan memilih senaman tanpa mengetahui fungsinya. Dalam merealisasikan impian anda, pilihlah jenis senaman yang dapat membakar lemak di bahagian tubuh di mana selulit bertapak. Contoh terbaik ialah dengan berenang dan berbasikal.Sehubungan itu, jika anda memilih untuk menggunakan senaman sebagai satu cara untuk melawan selulit, anda perlu pastikan tubuh benar-benar kuat untuk melakukannya. Biasanya, anda yang bersalin normal sudah boleh melakukan senaman selepas 40 bersalin. Namun, bagi yang melalui pembedahan caesarean, tunda dahulu keinginan anda. Anda boleh mula bersenam selepas tempoh tiga bulan tetapi sebaik-baiknya minta nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Gizi Seimbang

Biarpun anda ingin kembali langsing, harus diingat anda masih perlu menyusukan bayi. Jadi, anda memerlukan zat pemakanan yang mencukupi agar susu yang dihasilkan berkualiti. Meskipun begitu, ini tidak bererti anda perlu makan dalam jumlah yang banyak. Anda perlu bijak mengatur menu makanan agar setiap hidangan mempunyai nilai gizi yang diperlukan tubuh setiap hari.

3. Urutan + Aromaterapi

Selain daripada memperoleh kenikmatan, urutan dipercayai membantu mengurangkan selulit. Teknik urutan yang betul berfungsi melancarkan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia dapat menghancurkan timbunan lemak dalam tubuh yang sekali gus membuat tubuh jadi segar. Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, anda boleh menggabungkan urutan dengan penggunaan minyak aromaterapi yang dihasilkan daripada tumbuhan tertentu seperti minyak bunga mawar ataupun lavender.

4. Penggunaan Krim Atau Losyen

Di pasaran banyak terjual krim atau losyen yang dikatakan dapat menghilangkan selulit. Sama ada krim atau losyen, kedua-duanya dipercayai dapat menghancurkan lemak, menghaluskan dan melembutkan kulit.Walau bagaimanapun, tanya pendapat doktor terlebih sebelum menggunakan sebaran jenis krim atau losyen bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.

5. Minum Ikut Keperluan

Amalkan meminum air putih yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari bergantung kepada keperluan. Air membantu melancarkan sistem pembuangan termasuk pengeluaran zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

6. Rokok Beracun

Sekiranya anda perokok, hentikan amalan ini. Rokok sudah jelas mengandungi bahan berbahaya yang dapat meracuni paru-paru. Racun daripada rokok akan menyebabkan pembuluh-pembuluh darah halus tersumbat. Ini sedikit sebanyak akan melemahkan fungsi kelenjar dan kelenturan kulit yang akhirnya akan menambahkan lagi selulit di tubuh anda.

7. Hindari Tekanan

Cuba kawal tekanan yang anda alami dengan sebaik mungkin. Ketegangan boleh menyebabkan otot tertekan dan menghambat fungsi kelenjar yang bertugas mengatur sistem pembuangan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Jangan tidak tahu Produk Shaklee ada yang dapat  bantu kurangkan selulit yer. Tidak percaya??Baca entry ini sehingga habis dulu yer.

Antara produk yang boleh membantu untuk kurangkan selulit adalah seperti di bawah:

* Vitamin C
Ia berfungsi untuk meransang pembentukan kolagen yang ada dalam badan. Kolagen sangat penting kerana ia menghalang otot jadi lembik. Kandungan bioflavonoid membantu memperkuat dinding pembuluh kapiler.

* Vitamin E
Ia berfungsi sebagai antioksida, memerangkap radikal bebas yang terdapat dalam tubuh dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, vitamin E bantu meningkatkan keanjalan salur darah.

* Carotomax
Di dalam carotomax mengandungi Vitamin A yang bertindak menghalang pembentukan selulit.

Senarai diatas adalah vitamin yang sesuai untuk kurangkan masalah selulit .

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian seperti di bawah.

Pengedar Shaklee Anda
Cod area Kemaman dan Dungun


Friday, 12 September 2014

Set Kesihatan Lelaki Shaklee

Assalamuaikum dan salam sejahtera....

Entry saya pada hari ini tentang set kesihatan lelaki. Sebelum sebelum ini banyak saya kongsikan tentang wanita kali ini kita fokus untuk lelaki pula. Hihi...Hendak hadiahkan pada suami ayah  yang tersayang supplemen kesihatan jadi pilihlah set Shaklee. Insya Allah pasti berbaloi dan kesihatan terjamin sepanjang masa.

LELAKI secara umumnya lebih terdedah dengan penyakit-penyakit kronik dan yang berisiko tinggi seperti Sakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi, Masalah Prostat, Barah Punggung, Mati Pucuk dan lain lain. Zaman sekarang ramai lelaki meninggal waktu muda salah satunya akibat serangan jantung. Sekiranya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat pasti penyakit itu dapat kita hindari. Yelah kan mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu pilihlah supplemen yang terbaik untuk hadiahkan kepada suami dan ayah tersayang.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

- Mati pucuk

- Pembesaran prostat

- Kelesuan

- Kurang tenaga

Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, tidak merokok,makan makanan yang sihat dan jangan lupakan makanan tambahan ataupun suplemen untuk kesihatan. Apa lagi pilihlah supplemen yang terbaik dari Shaklee. Shaklee menawarkan Set kesihatan lelaki terdiri daripada Omega guard, vitamin E complex dan zinc.

Set kesihatan lelaki mengandungi 3 produk dan kelebihannya tersendiri.Jom kita lihat apa kelebihan kelebihan set ini :-

1. Omega Guard

- Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain

- Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung

- Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fumgsi sendi

2. Zinc Complex

- Membantu meningkatkan kualiti sperma

- Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat

- Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat

- Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik

- Mencecah masalah mati pucuk

- Mengelakkan masalah keguguran rambut

3. Vitamin E

- dapat menghasilkan sperma yang lebih banyak

- dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma

- meningkatkan paras testosteron di dalam badan

Antara lain lain kebaikan Set ini ialah :-

1) Memelihara kesihatan prostat

2) Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan

3) Memelihara jantung yang sihat

4) Membantu mengekalkan tekanan darah normal

5) Mengawal tahap kolestrol dalam badan

Apa tunggu lagi sayangilah diri anda sekarang! Jangan tunggu sampai kita sakit dahulu baru hendak cuba supplemen apa apa. Sayangi diri anda dan keluarga anda. Buatlah pilihan yang tepat untuk masa hadapan. Duit boleh dicari tapi kesihatan tiada tolak gantinya.

Nak harga diskaun? Nak lebih jimat? Daftarlah sebagai ahli shaklee hari ini. Penjimatan yang berbaloi baloi.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no seperti di bawah yer..

Cod area Kemaman dan Dungun

Pos seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura