Friday, 18 April 2014

Seronoknya bisnes shaklee

Assalamualaikum.....aku hanya insan biasa hidup seperti manusia lain juga. Pengalaman,dugaan cabaran suka duka membuatkan ku lebih matang dan dewasa dalam meniti hari hariku.Allah duga sebab Allah sayang aku. Bertapa banyaknya nikmat hidup duniawi yang Kau hadirkan dalam hidupku. 
Bekerja dari rumah dan menjadi suri rumah sepenuh masa adalah pilihan yang tepat bagi semua yang bergelar ibu. Siapa tak nak kan melihat tumbesaran anak anak depan mata dan rumah tangga terurus. Dek kerana itu saya nekad berhenti kerja di sebuah syarikat swasta dan fokus untuk lebih mempergiatkan empayar bisnes shaklee ni. Saya sekarang merupakan suri rumah berijazah yang menjana pendapatan dari rumah secara online dan offline. Sungguh seronok berbisnes ni.
Semua manusia didunia ni tak pernah lari dari pengalaman pahit suka duka mahupun manis. Allah uji semua hambanya. Allah tak akan uji hamba Nya kalau kita tak mampu untuk tanggung ujian itu. Semua orang pernah diuji olehNya.Sebagai tanda Allah mengingati hambaNya. Perancangan Allah adalah sebaik baik nya. Pasti setiap ujian akan berakhir dengan kemanisan dan kebahagiaan.
Alhamdulillah syukur diperkenalkan dengan bisnes Shaklee ini. Banyak pengalaman berharga suka duka cabaran dugaan dalam menghadapi liku liku bisnes ini. Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Walaupun kesihatan kurang mengizinkan selepas menjalani pembedahan namun rezeki bersama Shaklee tetap ada. Bisnes pun berjalan seperti biasa kerana bisnes ini sangat mudah hanya online dan semua dihujung jari.
Sape sape yang berminat untuk join team hebat kami dalam bisnes ni boleh hubungi yati 0179753858. Sms/whatsapp/telegram.

Tuesday, 15 April 2014

Kenangan terindah

Assalamualaikum...bersiaran di hospital Kuantan medical centre sekarang. Hope Allah bagi kekuatan untuk saya coretkan secebis bingkisan rindu perjalanan insan kerdilMu ni. Saya bukan wanita yang hebat saya hanya manusia biasa Allah ciptakan. Sebagai hamba dibumi mu ni Ya Allah saya bersyukur sangat sangat kerana Allah masih memberi peluang untuk saya rasa nikmat duniawi ni. Yang kekal hanyalah amalan untuk kita bawa kesana nanti.

Hari ni 17 April 2014 hari bahagia saya kerana hari ini merupakan hari lahir puteri sulongku. Tanggal 17 April 2012 menyaksikan segala galanya. Allah sayang kamu sayang Siti Khadijah tunggu mama dan papa di pintu syurga. Hebat ujian mu Ya Allah. Perancangan mu memang betul betul hebat untuk saya lebih dekat denganMu.

Sekali lagi Allah hadiahkan sesuatu yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Tanggal 2 April 2013 lahirlah insan yang sangat sangat comel untuk membahagiakan sebuah ikatan keluarga. Muhammad Farish Aryyan Bin Khairol sangat comel bagi saya. Pengubat duka dikala Papa nya pergi berkhidmat sebagai pemimpin keluarga. Seorang anak yang memahami jiwa mama mu. Adik duduk elok elok dengan mak ngah yer. Jangan nakal nakal.Mama sangat sayang rindu kamu. Susu mama dah bengkak ni sayang. cepat cepatla adik datang sini yer. Mama nak bagi susu kat adik ni. Ya Allah...mama rindu adik.

Sekali lagi tanggal 15 April 2014 saya diuji lagi. Allah uji sebab Allah sayang yati. Semakin diuji semakin ku terasa dekat denganMu ya Allah. Allahu hebat sungguh perancangan mu ya Allah. Saya redha..saya percaya qada dan qadar saya ...Perancangan Allah adalah sebaik baik rancangannya. Jangan kita ubah walau sesaat. Aku rindu pada Mu ya Allah.

Cukuplah setakat ni yang saya coret yer...to be continued....Assalamualaikum. Sayang kamu semua.....

April..bulan penuh suka duka ku

pertama...17/4/2012 Allah tarik nikmat puteri sulongku

kedua 2/4/ 2013 Allah gntikan baby no 2 yati Farish Arryan

ketiga 15/4 Allah tarik segala galanya yg aku syg...

keempat 28/4 birthday my hubby...

Hope Allah bg kekuatan utk terima semua ni...Aku redha ya Allah...aku terima qada n qadar mu...

Terima kasih Allah...alhamdulillah...amin...

Sunday, 13 April 2014

Nikmatilah shaklee dengan join ahli shaklee

Harga ahli shaklee hanya untuk ahli shaklee sahaja http://mummyfarisharyyan.blogspot.com/2014/04/harga-ahli-shaklee-hanya-untuk-ahli.html

Friday, 11 April 2014

Aku dan bisnes shaklee

Assalamualaikum....
Dihening pagi yang indah dan nyaman ini..ingin saya coretkan sedikit bingkisan kisah saya dan bisnes shaklee.

Tarikh keramat 19 Julai 2013 bermula la kisahku dengan shaklee iaitu pada bulan yang mulia bulan ramadhan..yang pada mulanya hanya suka suka nak join ahli kerana untuk makan sendiri sahaja. Saya register ahli dibawah master Farhah Amirah yang banyak beri tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sehingga saya berjaya rasa bonus empat angka sekarang. Tapi saya belum cukup puas , saya nak capai target nak jadi master paling lewat setahun dari sekarang.

Pada bulan pertama saya join ni sekadar hanya suka suka. Tetapi oleh kerana bulan pertama saya join saya dah merasa bonus ianya memberi kesan pada diri saya untuk lebih serius dalam bidang ni. Bulan pertama bonus saya tak banyak pun cuma rm45.50. Cukuplah kerana saya hanya beli untuk makan sendiri dan ahli keluarga. Bulan kedua saya terus giatkan iklan dan alhamdulillah dapat merasa bonus 3 angka. Bulan kedua saya dah ada seorang downline yang join ahli ni. Dan alhamdulillah berkat usaha saya berjaya naik rank sebagai supervisor pada october 2013 . Seronok sangat kerana dapat merasa bonus yang banyak dan mencecah 4 angka.
Dan bulan bulan seterusnya saya terus effective dan tak pernah pun tak effective. Sekarang bulan ini saya mengejar misi saya untuk target naik rank sebagai senoir supervisor.insya Allah...

Alhamdulillah empayar bisnes saya semakin berkembang dari hari ke hari. Doakan bisnes saya semakin maju. Syukur dipertemukan dengan kawan kawan dan customers yang selalu bagi semangat dan support dalam biz ini.

Syukur dipertemukan dengan bisnes ni.ianya banyak mengajar saya erti kehidupan kesabaran dan segala galanya. Alhamdulillah bulan Januari 2014 saya resign keje sebagai account executives di syarikat swasta dan sepenuhnya fokus pada biz ni. sekarang saya seorang suri rumah. I like work at home mama. Anak dan suami seronok dengan pilihan yang saya buat ni. Suami saya banyak menyokong dan menolong saya dalam bidang biz ni.Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. I love my biz. I love shaklee!!!

Semoga saya terus maju dalam bisnes ini.insya Allah usaha doa dan tawakal adalah kunci kejayaan.

Thursday, 10 April 2014

Kelebihan Esp shaklee

ESP Shaklee

Kenapa ramai yang suka sangat ESP Shaklee ni ek? Istimewa sangat ke? Sampaikan esp ni jadi hot selling item dalam Shaklee...

Bagi yang mementingkan 3K: KECANTIKAN, KESIHATAN dan KECERGASAN, esp ini sangat-sangat special bagi mereka.

Kenapa agaknya yer? Baca lagi untuk tahu lebih lanjut...

Apa itu ESP?

ESP ialah energizing soy protein.
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.


Siapa yang boleh mengambil ESP ni?

Sesuai untuk semua lapisan:
Lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

Apakah keistimewaan ESP ni?

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!


Berapa harga satu canister ESP?

Harga ESP adalah rm150.


Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.


Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, boleh campurkan ia dalam minuman lain kegemaran anda.


Bagaimana nak order dan jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Hubungi saya di 017 9753858 (sms/whatsapp/call), Setelah bayaran diterima item akan dipos dengan kadar segera.
Insya-Allah, penghantaran mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.


Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?

Membantu pembentukan sel-sel baru. Dan membantu menghilangkan parut sedia ada
Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

Apa tunggu lagi, jom order ESP anda sekarang!

InsyaAllah anda akan kurus, cantik, sihat dan cergas dengan ESP Shaklee..

Hubungi saya di 017 9753858

Peranan magnesium untuk kesihatan

Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Pada 14 April 2011, British Medical Journal telah melaporkan sebuah analisa berskala besar berdasarkan keputusan lima kajian klinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.

Kesimpulan analisa yang melibatkan lebih dari 8,000 orang itu menunjukkan suplemen kalsium meningkatkan risiko beberapa jenis masalah kardiovaskular terutama serangan jantung.

Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association (http://www.nutritionalmagnesium.org) berkata, kira-kira 30 hingga 40 tahun dahulu, doktor mula mempreskripsikan kalsium secara rutin kepada ramai golongan lelaki dan kebanyakan wanita berusia melebihi 40 bagi mengurangkan kesan osteoporosis berpunca dari proses penuaan.

Ilmu perubatan konvensional memberitahu, punca pereputan tulang ialah kekurangan kalsium. Namun sebuah kajian berjudul ‘Calcium, vitamin D, milk consumption, and hip fractures: a prospective study among postmenopausal women.’ yang diterbitkan dalam
American Journal of Clininal Nutrition (2003) menunjukkan sebaliknya.

“Selepas 40 tahun didapati pengambilan kalsium semata-mata tidak memberhentikan pereputan tulang atau memperlahankannya. Ia tidak berupaya mencegah osteoporosis.”

Amat penting

Sesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.

Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Seperti dinyatakan di atas, mendekripsi suplemen kalsium semata-mata tanpa gandingan mineral magnesium mengundang padah. Kajian demi kajian menunjukkan kalsium dalam bentuk suplemen sepatutnya diambil dengan gandingan magnesium pada kadar 2:1.

GreenMedInfo.com melaporkan bahawa penyelidik telah mengesan 3,751 tapak pelabuhan magnesium pada pelbagai protein dalam tubuh manusia. Peranan magnesium kepada kesihatan manusia dan penyakit dikatakan kurang dihiraukan oleh pengamal perubatan moden dan pakar nutrisi konvensional. Kedua-dua golongan menumpukan preskripsi ubatan (sumber pendapatan) dan penggunaan bahan dipelajari di bangku universiti sahaja.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.

Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Ubatan penghalang beta (beta-blocker) dan penghalang laluan kalsium (calcium channel blocker) biasa di preskripsi oleh doktor kepada mereka yang menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Penghalang beta bertindak menghalang tubuh dari didominasi oleh Sistem Saraf Simpatetik. Ini menyebabkan Sistem Saraf Para Simpatetik mendominasi tubuh dan seterusnya menyebabkan sel otot dan sel arteri mengembang. Keadaan ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan.

Ubatan penghalang laluan kalsium pula menghalang kemasukan kalsium ke dalam sel arteri dan otot. Ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan. Ramai tidak mengetahui pengambilan suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri (mengurangkan tekanan darah).

Ramai juga tidak tahu magnesium berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes). Kalsium sendiri ialah bahan digunakan oleh sel beta pankreas untuk merembes insulin.

Sesungguhnya paras kalsium yang tinggi menyemarakkan keadaan hiperinsulinemia. Hiperinsulinemia ialah keadaan di mana paras hormon insulin dalam darah tinggi, iaitu keadaan biasa yang dialami penghidap diabetes jenis 2.

Ramai saintis percaya hiperinsulinemia berlaku berpunca daripada reseptor (tapak berlabuh) insulin yang terletak pada sel tidak berfungsi untuk membantu insulin berlabuh. Hakikat yang berlaku ialah paras gula sering kali tinggi seperti dialami penghidap diabetes menyebabkan paras magnesium dalam tubuh berkurangan.

Hiperinsulinemia dan hiperglisemia

Mengambil suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) dikatakan menyebabkan kalsium keluar dari sel beta pankreas. Apabila paras magnesium mendominasi sel beta pankreas maka hiperinuslinemia dan hiperglisemia (paras glukos tinggi) berupaya diredakan.

Pada masa sama, reseptor insulin pada membran sel akan berfungsi secara normal dan menerima semula hormon insulin untuk berlabuh.

Ketidakpekaan reseptor insulin berpunca daripada hiperinsulinemia menyebabkan pengangkut glukos dikenali sebagai GLUT4 tidak dibina pada paras sepatunya. Sebaliknya jika reseptor insulin berfungsi sempurna, maka GLUT4 dibina oleh sel pada paras sepatutnya dan akan berada pada membran sel. GLUT4 berfungsi dengan menyambut glukos untuk dibawa ke mitokondria (kilang penjanaan tenaga dalam sel).

Jika orang ramai tahu mengenai peranan dan kegunaan magnesium dalam tubuh, penulis percaya berita mengenai kejadian kesan sampingan negatif seperti penyakit buah pinggang, hepatitis, hati kecut dan serangan jantung berpunca dari pengambilan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 akan berkurangan.

Setakat ini projek pangkalan data GreenMedInfo.com menyenaraikan lebih dari seratus kebaikan magnesium. Ia termasuk kebaikan terapeutik untuk fibromyalgia, denyutan jantung tidak sekata, diabetes jenis 2 dan sindrom premenstruasi.

Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan kegunaan magnesium bagi mengawal penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 pembaca dinasihatkan membaca dua buku penulis yang masing-masing berjudul Serangan Jantung dan Diabetes Jenis 2.