Pages

Monday, 30 September 2013

Basic H Shaklee

Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.


KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.

Sunday, 29 September 2013

Supplement Diet Shaklee


 Cinch Inch Loss Plan

Adakah anda makan makanan sihat setiap hari?
Adakah anda makan secara tidak teratur?
Adakah anda gemar makan makanan ringan?
Adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat kerana sentiasa sibuk?

Jadi, program shaklee body perfector adalah jawapannya. Ia merupakan cara mudah untuk mengekalkan berat badan ideal di samping rasanya yang lazat.

Kebaikkannya:
  • Makanan segera untuk mereka yg aktif
  • Tinggi kandungan serat & beri rasa kenyang dan puas
  • Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.

Apakah kandungan Body Perfector Program?
Hanya Cinch Shake Mix yang boleh dipilih dalam 3 rasa hebat.


Cinch™ Shake Mix:

Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?".

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.






Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.


-Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
-Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
-Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
-Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
-Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
-Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
-Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
-Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
-Soya bukan GMO

Thursday, 26 September 2013

Nutrisi Yang Diperlukan Semasa Hamil

1) Vita Lea Iron Formula 

Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting & mineral perlu utk kesihatan optimum dan tenaga. Vita Lea diperlukan semasa kehamilan kerana kandungan zat besinya membantu mengelakkan risiko Anemia pd ibu yang hamil. Ia membantu meningkatkan kuantiti darah semasa kehamilan dan mengelakkan  risiko kelahiran bayi kurang matang.

2) B-Complex

Mengandungi kesemua jenis Vitamin B dan juga Acid Folic yang sangat diperlukan oleh ibu yg hamil. Utk pengetahun, 400mcg Acid Folic diperlukan setiap hari sebelum konsepsi dan semasa awal kehamilan bagi mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%. Acid Folic juga membantu menyokong sistem saraf yang sihat, penghasilan hormon & sel2 darah merah serta penghasilan tenaga.


3) Vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh ibu yang hamil utk penghasilan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang fetus. Ia jugak bertindak membantu melawan jangkitan & penyakit bg ibu yg hamil, meyusu dan juga bayi.

satu kajian menunjukkan ibu2 menyusu yang mengambil Vitamin C mempunyai konsentrasi Vitamin C pada bayi. Oleh yang demikian, bayi-bayi yang menyusu secara ekslusif tidak mengalami kekuarangan Vitamin C.


4) Soy Protein Isolate Powder (ESP)

ESP mengandungi asid-asid amino yang lengkap termasuk 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia merupakan soya yang tidah diubah suai secara genetik, bebas laktosa secara semulajadi serta bebas kolestroal secara semulajadi.

Protein diperlukan oleh ibu yg hamil utk pembinaan blok2 asas badan ibu dan bayi terutama sekali semasa dalam tempoh Trimester ke -2 dan ke-3 kerana pada tempoh tersebut, bayi sedang berkembang dengan pantas. ESP juga boleh diambil oleh ibu yang menyusu kerana ia membantu penghasilan susu ibu.


5) Ostematrix

Ostematrix merupakan kalsium yang diperlukan utk tulang kuat dan sihat. Ostematrix terdiri daripada :

a) 1000 mg kalsium yg merupakan sumber semulajadi yang mudah diserap
b) 400 mg magnesium yg membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
c) 400 IU Vitamin D yg merangsang peyerapan kalsium
d) Boron yg membantu dalam metabolisma tulang
e) Manganese, Kopper dan Zinc bertindak mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Shaklee Ostematrix penting kerana penyerapan dibukti secara klinikal dimana kajian menunjukkan kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya sepeas 12 jam di ambil.

6) OmegaGuard
OmegaGuard mengandungi EPA & DHA yang memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi. Pengambilan tinggi Omega 3 semasa kehamilan juga boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.

7) Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan supplement yang penting bagi meningkatkan kesihtan semasa dalam pantang. Ia bertindak mengurangkan masaalah sembelit yang sering dialami oleh ibu yang dalam pantang serta bertindak mengurangkan retensi air. Alfalfa juga digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.


8) GLA Complex

Ia beritndak mengimbangi sistem hormon ibu lepas bersalin




Dapatkan SET KEHAMILAN, SET BERPANTANG & SET MENYUSU dengan harga yang super doooper hebat. Pilihan mengikut bajet anda.. :-)

Nutrisi diperlukan Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Entry saya pada kali ini adalah sedikit perkongsian kehamilan.
Saat kehamilan adalah moment yang paling manis bagi semua ibu ibu. Kehamilan sangat ditunggu tunggu bagi ibu ibu. Sepanjang kehamilan ibu ibu mestilah perlu menitikberatkan tahap kesihatan mereka. Makanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diperolehi sepanjang kehamilan bagi menjamin bayi dalam kandungan memperoleh khasiat yang mencukupi. Ibu hamil memerlukan nutrisi yang mencukupi bagi menjamin bayi dalam kandungan sihat dan cukup nutrisi.

Di awal kehamilan majoriti ibu ibu mengalami muntah muntah dan pening pening. Simptom ini adalah normal kerana janin baru nak membentuk dan menempel di dinding rahim. Pada trimester pertama ibu ibu akan mengalami simptom sebegini. Ibu ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat seimbang dan berkhasiat sepanjang hamil.

Jom kita lihat antara ciri ciri makanan ibu hamil perlu amalkannya. Antaranya ;-

1. Sereal

Pada pagi hari seringkali menjadi masalah bagi ibu hamil untuk mengambil makanan. Sehingga anda dapat mengatasi gangguan mual, muntah dan kehilangan nafsu makan dengan mengamalkan sereal. Sereal selain memiliki variasi rasa yang dapat disesuaikan dengan anda juga mengandungi aneka mineral, vitamin B, karbohidrat, kalsium yang disesuaikan dengan nutrisi janin. Kandungan dari gandum utuh dapat mengandungi energi dan serat yang disesuaikan dengan ibu hamil.

2. Produk susu

Kandungan yang terdapat di dalam susu dapat membantu anda dalam meningkatkan pertumbuhan jaringan baru pada bayi, memperbaiki jaringan yang rosak dan pembentukan otot dan juga transportasi oksigen ke janin. Dengan terpenuhinya protein dan mineralyang mencukupi maka dapat menunjang perkembangan dan pertumbuhan bayi. Pilihan susu yang bagus dapat menjadi alternatif anda yang mempunyai kecukupan vitamin D dan rasa yang berbeza juga tambahan manfaat bagi ibu hamil.

3. Buah dan Sayur

Pada kehamilan trimester pertama kandungan vitamin C dari jus jeruk adalah untuk menambah kekebalan tubuh dan memerangi infeksi. Selain itu kandungan dari asupan makanan yang kaya akan kandungan zat besi dapat mencegah dari anemia. Lengkapi pula dengan tambahan sayuran yang mengandung zat besi yang didapat dari sayuran hijau dan mampu meningkatkan hemoglobin ke sel-sel tubuh dan memberikan energi.

4. Ikan

Makanan yang mengandungi protein dan asam lemak omega 3 dapat membantu pembentukan otak janin meskipun demikian anda harus berhati-hati kerana kandungan merkuri pada jenis ikan tertentu akan menggangu perkembangan janin. Hindari pula mengamalkan ikan yang mentah kerana dapat meningkatkan kadar lemak tepu di dalam tubuh badan.

5. Kekacang

Tambahkan pula makanan jenis kekacang yang diperlukan dalam pengembangan sistem saraf pada bayi misalnya kacang hijau yang akan kandungan asam folat dan vitamin B. Selain itu kekacang berguna bagi energi dan kekebalan tubuh ibu hamil.

6. Air dan Vitamin

Kandungan air dan vitamin penting untuk diperolehi bagi ibu hamil. Bagi ibu hamil yang seringkali mengalami mual maka anda dapat mengamalkannya dengan minum lebih banyak air putih yang dicampurkan dengan sari buah tanpa tambahan gula.

Penting untuk menambah vitamin yang mendukung masa kehamilan apalagi diusia kehamilan muda. Anda dapat berkonsultasi terlebih dahulu pada bidan atau doktor untuk mendapatkan vitamin yang sesuai dengan usia kandungan anda.

.

Supplement vitamin daripada Shaklee sesuai bagi ibu hamil. Set lengkap untuk ibu hamil terdiri daripada energizing soy protein, vitalea, b complex, vitamin c dan ostematrix. Ke semua vitamin ini mempunyai khasiat khasiat tersendiri dan sangat sesuai untuk ibu hamil.

1) Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Sustained Release Vita- C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sebanyak mana pun takkan diserap badan .

3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix (Calcium & Magnisium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Apa tunggu lagi ? Jom dapatkan segera set hamil Shaklee ini. Boleh hubungi talian seperti di bawah.

Info Kehamilan


INFO UNTUK IBU HAMIL


Ibu hamil memerlukan makanan lebih banyak daripada biasa. Selain untuk keperluan dirinya, ibu hamil juga harus makan untuk janin yang dikandung. Agar janin dapat berkembang dan membesar dengan baik, makanan ibu hamil harus memenuhi keperluan gizi berikut.



Protein.
******
Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan


 untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram setiap hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.
~~untuk lebih mudah dan khasiat yang terpelihara, consume jek ESP..kan senang...:-)


Kalsium.
*******
Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.

Vitamin D.
********
Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang kerana membantu penyerapan kalsium.
~~Jadi, consume lah OSTEMARTIX yang lengkap dengan vitamin D supaya penyerapan kalsium lebih OPTIMUM.

Vitamin A.
*******
Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun begitu, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena dapat mengganggu pertumbuhan embrio..(ingat ye!!)

Zat Besi.
*******
Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.
~~Seeloknya, pengambila zat besi diambil seawal kehamilan lagi..Dan bagi anda yang mempunyai masalah Hb rendah, boleh mengambil VITALEA 2biji sehari..
Vitamin C.
********
Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesehatan gigi dan gusi..Dan membantu ibu untuk meningkatkan imunisasi badan...

Tuesday, 24 September 2013

Set Bajet Shaklee

Nak Set Bajet???
Harga mmg bajet dn mampu dimiliki..
Memang marvelles!!!

Mai2 pilih..macam2 ada..
Set Slimming
Set Kecantikan
Set Skin Care
Set Menyusu
Set Hamil
Set Sendi/Tulang
Set Kanak-kanak
Set Kesuburan

Pendek kata semua ada lah...
Nak harga best dan murah dr biasa???
Meh PM atau SMS/Wassap 017 9753858


Tuesday, 17 September 2013

Khasiat susu ibu

* SUSU IBU JIMATKAN WANG*
===================



Walaupun dia yang paling kecil dalam keluarga tetapi jangan terkejut kerana kos perbelanjaannya paling mahal. Keperluannya termasuk pakaian, lampin pakai buang, susu dan bermacam-macam lagi menelan belanja yang banyak.

Makanan awal bayi baru lahir pastinya susu ibu. Anda punya dua pilihan sama ada memberinya susu ibu atau susu formula.

Terdapat pelbagai jenis susu formula yang dicipta mengandungi bermacam-macam rumusan khasiat untuk bayi. Namun jangan terkejut apabila melihat kebanyakan harga setin susu formula mencecah hampir RM100.

Bayangkan setiap bulan anda perlu membeli sekurang-kurangnya tiga hingga empat tin susu untuk bayi, jadi berapa kos yang dihabiskan untuk susu sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang dan lain-lain.

Cara terbaik untuk menjimatkan kos sudah semestinya memberi si comel susu ibu. Selain ia berkhasiat dan mudah diberi kepada bayi pada bila-bila masa, susu ibu juga menjimatkan wang anda. Benarkah?

Cuba lihat dua situasi ini:

Situasi 1

Rina memberi bayi baru lahirnya susu formula. Sebulan dia perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM240 untuk empat tin susu yang berharga RM60 setin. Selain daripada itu, anaknya juga kerap mendapat batuk dan selesema. Boleh dikatakan dua bulan sekali pasti dia membawa anaknya berjumpa doktor kanak-kanak. Kos ubat-ubatan menelan belanja antara RM80 – RM120 setiap kali berjumpa doktor.

Situasi 2

Sarah juga baru melahirkan bayi. Dia berazam menyusukan bayinya dengan susu ibu sejak hamil lagi. Sebelum bersalin dia melaburkan sebanyak RM1000 untuk membeli pam susu dan aksesori penyusuan yang lengkap sebagai persediaan. Dia turut membeli peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu perahan yang berharga kira-kira RM700. Sepanjang setahun kehidupan anaknya, jarang demam atau selesema. Jadi dia dapat menjimatkan kos ubat-ubatan dan susu sekali gus.

Selepas melihat dua situasi tersebut, kita dapat buat kesimpulan yang mana satu membantu penjimatan wang sepanjang tahun pertama membesarkan anak. Secara kasarnya jika menyusukan anak dengan susu ibu, anda dapat menjimatkan wang antara RM1500 hingga RM2500 (yang diperuntukan untuk membeli susu formula ketika tahun pertama anak).

Pilihan di tangan anda. Selain bayi mendapat kebaikan daripada susu ibu, papa dan mama turut boleh menjimatkan jumlah wang yang sangat besar.
Ibu yang ingin memperbanyakkan susu ibu boleh mencuba SET PENYUSUAN dari shaklee. Insya Allah dengan kerapnya menyusukan bayi susu ibu akan semakin bertambah. Set menyusu basic terdiri daripada Energizing soy protein dan alfalfa(milk booster). Bagi yang ada lebihan budget boleh beli yang set lengkap menyusu. Iaitu terdiri daripada : *Esp *alfalfa *vitamin c *b complex *vitalea *ostematrix

Cara cegah jerawat


✔ 5 CARA MENCEGAH TUMBUHNYA JERAWAT
==============================
✔ Banyakkan makan bawang putih
✔ Sinari kulit dgn matahari
✔ Exercise dan tidur yang cukup
✔ Cuci muka dengan air suam
✔ Bersihkan toksin dari tubuh

Antara supplement yang membantu mengurangkan jerawat dari terus merebak ialah :

Energizing Soy Protein- ini kerana ia memastikan sel kita sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari.

Vitamin B dan C – dua vitamin ini sangat penting untuk pembinaan kolagen.

Vitamin A dan E – sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.

GLA – ia membantu keseimbangan hormon dalam badan kita.

Nutriferon


Menghilangkan Batuk&Demam pada Bayi Penyusuan Ibu
======================================
Atasinya dengan NUTRIFERON.........

Bagi yang ada bayi yang masih kecil dan alami batuk dan demam pasti ada yang berasa ragu-ragu untuk memberikan ubat kepada si kecil. Saya sendiri pun semasa anak saya berusia 1 bulan, takut untuk memberikan ubat demam pada pada bayi saya. Sebenarnya di sini saya nak kongsikan alternatif cara yang lebih semulajadi cara menghilangkan batuk dan demam pada bayi penyusuan ibu.

Cara yang ibu-ibu boleh buat adalah dengan meningkatkan tahap imun pada bayi melalui susu ibu. Jadi ibu-ibu yang menyusu perlu ambil makanan atau suplemen yang dapat tingkatkan daya tahan tubuh ibu terhadap penyakit. Selain daripada bawang putih, tembikai, cendawan butang, buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, suplemen yang sangat bagus ibu-ibu menyusu ambil adalah NUTRIFERON Shaklee.

Suplemen ni memang sangat membantu meningkatkan tahap imunisasi tubuh ibu kerana mengandungi Interferon yang diperoleh daripada satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Interferon telah dikenalpasti oleh saintis dan komuniti perubatan di sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Tip Ibu Berkerjaya


✔✔Tip Pantas Ibu Berkerjaya
=====================
JOM PRAKTIKKAN

Bergelar ibu berkerjaya memang mencabar. Banyak yang hendak diuruskan, keperluan suami, anak-anak dan rumah tangga semuanya sama penting. Pasti setiap ibu punya cara tersendiri memastikan semuanya terurus rapi.

Semoga panduan berikut mampu membantu ibu-ibu berkerjaya menjadi bertambah hebat dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya.

Tip menyediakan sarapan
================
*Sediakan menu ringkas berasaskan roti seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.

Tip menyediakan makan malam
====================
*Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.

*Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.

*Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.

*Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.

Tip menggosok pakaian
===============
*Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.

*Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.

Tip mengemas rumah
==============
*Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.

*Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.

*Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.

*Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.

Tip mencuci pakaian
=============

*Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.

* Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.

Biarpun sibuk dengan urusan kerja-kerja rumah jangan abaikan anak-anak yang perlukan perhatian. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam dengan anak-anak. Pelukan, ciuman dan berbual-bual dengan mereka sambil membuat kerja membantu mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastikan sebelum tidur anda bercerita atau membacakan buku cerita untuk mereka.


Mitos fakta kesuburan


10 MITOS DAN FAKTA KESUBURAN
======================
Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita

Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah

Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.

Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.

Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.

Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.

Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.

Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an

Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35 iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.

Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.

Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.
credit: sayanaksihat

Makanan terbaik untuk anak


✿ INFO -
BERIKAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTU ANAK2 ANDA DAN LEBIH KREATIF DALAM MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK SI MANJA ANDA..

Sebagai ibu anda perlu pastikan anak membesar dengan diet pemakanan yang sihat. Mulakan menu sihat sejak anak-anak mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Walaupun sukar namun jangan berputus asa.

Justeru, pastikan beberapa perkara wajib tersebut sentiasa dipraktikkan ketika menyediakan hidangan untuk si manja kesayangan.

✿ Makanan berkualiti
Elakkan daripada menghidangkan makanan segera untuk anak anda kerana kebanyakan makanan tersebut tidak berkhasiat. Sebaiknya masak sendiri makanan untuk keluarga kerana ia lebih berkualiti. Selain berkhasiat, pastikan ia bersih dan selamat dimakan.

✿ Variasikan menu
Anak-anak kecil mudah bosan dengan makanan yang sama setiap hari. Jadi, mama perlulah rajin mempelbagaikan hidangan untuk anak-anak agar mereka lebih teruja untuk memakannya. Mungkin anda boleh membuat menu untuk seminggu bagi mengelakkan tiada idea ketika waktu memasak.

✿Nutrien yang cukup
Setiap kali menyediakan hidangan untuk anak, pastikan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak sedang membesar adalah cukup. Pelajari piramid pemakanan agar ia menjadi panduan berguna kepada anda untuk memastikan anak mendapat nutrien yang lengkap bagi membantu tumbesaran sihat.

✿Hiasan menarik
Kanak-kanak terkenal dengan sikap suka akan sesuatu yang menarik perhatian mereka. Justeru, jika hidangan makanan yang disediakan kepada mereka biasa sahaja, mereka mugkin tidak tertarik untuk menjamah makanan tersebut. Tetapi dengan persembahan makanan yang berwarna-warni, dihidangkan dalam bentuk karektor kartun dan sebagainya, anak anda pasti tak sabar hendak menghabiskan makanan tersebut.

✿Usah berputus asa
Sekiranya anak anda tidak mahu makan sayur-sayuran, ia adalah perkara normal. Kanak-kanak dan sayur-sayuran umpama musuh ketat. Namun bukan bermakna selamanya mereka tidak perlu makan sayur. Kreatif dan tidak berputus asa mengajar anak makan sayur perlu ada dalam setiap diri seorang ibu. Misalnya jika anak tidak suka makan sayur secara terus, anda boleh ubah suai cara masakan sayuran tersebut. Contohnya sayur bayam dibuat seperti kerepek bayam yang rangup. Mungkin selepas itu, anak pula yang menghabiskan hidangan tersebut.

Jangan biar perut kosong


INFO Sihat: Jangan Biar Perut Kosong
=========================
Apabila trlalu lapar, anda akan makan dengan kadar yg banyak. Segala makanan yg terhidang di depan mata mahu dihabiskan. Kadang kala anda lewatkan makan malam. Sekiranya anda benar-benar sibuk, pastikan anda bawa sedikit makanan yg ringkas seperti buah epal, pisang atau biskut kraker di dalam beg tangan supaya anda tidak kelaparan...

Apa itu G6PD


Apa Itu G6PD Pada Bayi..??
=================
Pernah dengar tak nama penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

Apa maksud kekurangan enzim G6PD?

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.

Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.


Monday, 16 September 2013

Set kesuburan Shaklee


SET KESUBURAN SHAKLEE
=================

Vitamin Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga :

# memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, & pelekatan telur
# mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
# bantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub Fallopio
# hasilkan servikal mukus yang berkualiti & subur
# menstabilkan hormon
# menguatkan rahim
# menghasilan sperma yang sihat
# melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
# membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
# mengecutkan CYST / FIBROID / ENDOMETRIOSIS


Apakah KEISTIMEWAAN Gabungan nutrien di bawah yang boleh membantu meningkatkan tenaga, kesihatan serta kesuburan anda ?

GLA COMPLEX SHAKLEE
*********************
◘ Membantu menstabilkan hormon
◘ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
◘ Membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair serviks)
◘ Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain,
breast pain
◘ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi
mengelak risiko keguguran

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
************************
◘ Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
tubuh manusia.
◘ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
◘ Menegangkan payudara (untuk wanita).
◘ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (mengetatkan
keintiman wanita).
◘ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
◘ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
◘ Meningkatkan stamina seorang suami & isteri.

VITAMIN E SHAKLEE
*******************
◘ SEX Vitamin
◘ meningkatkan kualiti & meningkatkan "sperm count"
◘ Membantu dalam masalah "mati pucuk"
◘ Meningkatkan libido (keinginan seks)
◘ Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita.

COQ10
***********
◘ Sebagai Boost energy, bolehmeningkatkan stamina dan mengelakkan keletihan.
◘ Coq10 berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel yang banyak berada dalam mithocondrian.
◘ Ia menghasilkan ATP iaitu molekul untuk menghasilkan tenaga.
◘ Ia banyak dijumpai di dalam organ yang banyak perlukan tenaga contohnya di jantung, hati ginjal dan pankreas.
◘Pakar saintis menyatakan bahawa CoQ10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebihlaju menuju ke telur ovum.
◘ Banyak Kajian di jalankan dlm keberkesanan Coq10 dalam memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
◘Dari University of Ancona, mendapati bahawa pengambilan CoQ10 telah menyebabkan kehamilan pada 13.6% pasangan yang mengalami masalah disebabkan oleh faktor kesuburan suami setelah menggunakannya selama 3 bulan.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Dapatkan segera!
10 pelanggan pertama akan mendapat harga potongan istimewa!! (✿◠‿◠)

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

Thursday, 12 September 2013

Tips dalam penyusuan susu ibu

Ramai ibu sekarang telah pun ada kesedaran untuk menyusukan bayi mereka sendiri. Namun berapa ramai yang boleh bertahan dengan "breastfeeding journey" ini? Bukan mudah dan tidaklah pula terlalu sukar. Untuk jayakan penyusuan anda berikut beberapa tips yang boleh diikuti:


SUSUKAN BAYI SERTA MERTA SELEPAS DILAHIRKAN

Pastikan perkara pertama dan cecair pertama yang masuk ke perut bayi adalah susu ibu. Khasiat kolostrum amat tinggi nilainya dan selalu digambarkan sebagai cecair emas. Maka amatlah rugi jika ibu membiarkan sahaja cecair emas ini terbuang begitu sahaja. Dakapkan bayi anda ke dada untuk sentuhan kulit ke kulit dan ini amat penting untuk "bonding" antara ibu dan bayi. bayi akan mencari-cari payudara anda untuk menyusu dan saat inilah bermula di mana lebih banyak susu akan dihasilkan hasil dari rangsangan hisapan bayi.

susukan bayi selepas dilahirkan


BIARKAN IA BERMULA

Semasa awal kelahiran, payudara ibu akan mengeluarkan kolostrum yang mana ianya penuh dengan protein, antibodi dan vitamin yang diperlukan oleh bayi. Semasa ini bayi hanya perlukan sedikit sahaja sus ibu dan tidak hairanlah semasa ini hanya kolostrum sahaja yang pekat dan sesuai dengan perut bayi. Untuk melihat berapa banyak jumlah susu yang bayi perlukan, boleh rujuk gambar di bawah. Jadi ibu-ibu baru terutamanya jangan putus asa jika susu badan tidak banyak pada masa ini kerana bayi anda tidak perlukan segelas susu sehari pun!

Anda juga boleh cuba tips ini untuk menarik perhatian si manja memulakan penyusuan. Perahkan sedikit susu menggunakan tangan dan biarkan pada puting payudara untuk galakkan bayi menyusu. Semakin kerap bayi menyusu maka semakin banyak juga susu anda. Konsep penyusuan adalah mengikut "demand & supply".


jumlah susu ibu untuk bayi


PERHATIKAN BAYI ANDA

Dalam minggu pertama bayi anda akan kerap menyusu sehingga 8 kali atau lebih dalam masa 24 jam. Ini membolehkan pengeluaran susu anda menjadi semakin meningkat terutama sekali jika penyusuannya juga berlaku pada waktu malam. Kekerapan menyusu ini penting untuk bayi mendapat peningkatan berat badan yang sepatutnya semasa minggu-minggu pertama. Waktu malam boleh kejutkan bayi anda untuk menyusu.

Anda tidak perlu perhatikan jam semata ingin susukan bayi mengikut waktu. Susukan bayi setiap 2 atau 3 jam sekali dan berikan susu badan anda pada bila-bila masa berpandukan pada reaksi bayi anda yang hanya anda sahaja yang faham bila bayi anda perlukan susu.

Susu ibu senang dihadam oleh perut bayi. jadi pada peringkat ini bayi tidak perlukan sebarang cecair lain melainkan susu ibu semata untuk tumbesarannya.

tips penyusuan bayi


PENGELUARAN SUSU

Penyusuan berasaskan konsep "supply & demand". Maknanya semakin banyak permintaan, semakin banyak susu akan dikeluarkan. 

Untuk merangsang susu, kerapkan susukan bayi anda dan juga amalkan pam secara berkala. Jangan skip jadual pam atau jadual penyusuan anda kerana ini akan mempengaruhi pengeluaran susu badan anda. Ada masanya bayi akan mengalami growth spurt namun tiada apa yang perlu dibimbangkan, hanya susukan bayi mengikut kehendaknya.

tips susu banyak


MAKANAN LENGKAP

Tahukah anda yang susu ibu adalah makanan paling lengkap untuk bayi anda selama 6 bulan pertama. Bayi tidak perlukan sebarang cecair atau makanan tambahan lagi semasa umur begini. Dan yang paling menakjubkan adalah kandungan susu badan anda boleh berubah mengikut cuaca dan keperluan bayi mengikut umurnya. Susu badan sentiasa pada suhu yang sesuai, keadaan persekitaran yang seseuai dan ekonomi juga untuk perancangan kewangan keluarga. Menkjubkan bukan?

susu ibu terbaik

farish aryyan vitamins & healthy supplements: farish aryyan vitamins & healthy supplements: esp....

 Jom cuba produk shaklee yg betol2 meletop ni..saya dah jatuh cinta ngn esp ni.. ...

Kebaikan Air Putih

5 Sebab Minum Air Putih Sebaik Bangun Tidur
***********************************


Kebanyakan daripada kita sangat-sangat susah nak minum air putih. Kita leih cenderung untuk minum air manis apabila dahaga sedangkan air putih sangat bagus khasiatnya lebih-lebih lagi ianya diambil sebaik sahaja bangun dari tidur.

Antara 5 sebab kenapa kita perlu minum air putih sebaik bangun dari tidur adalah:

1) UNTUK SEIMBANGKAN SISTEM BUAH PINGGANG

Tubuh yang memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

2) KULIT LEBIH BERSERI

Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kuit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membersihkan racun dalam darah.

3) MELANGSINGKAN TUBUH

Cuba minum dua gelas air setiap kali bangun dari tidur. Rajin-rajinkanlah minum air pada pagi hari kerana ia boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

4) MENAMBAH DARAH

Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

5) MEMBERSIHKAN USUS

Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.

Tengok betapa pentingnya air putih. Ini tidak, kita biasa bangun pagi-pagi, air pertama yang diminum teh ata coffe. Memang tidak bagus untuk kesihtan. Jadi sekarang jom kita beralih dan tukar cara pemakanan kita. Kalau yang ada penyakit sembelit, past nak cantik, nak kurus dan nak apa-apa jer lagi..ianya bermula dengan pemakanan kita. Kalau ambil supplement, lagilah perlukan air utk membantu peroses pembaikan dari dalam. Sebab itu air putih ni pening sebab dialah penawar segala penyakit kalau ia sentiasa di amalkan.

Tuesday, 10 September 2013

farish aryyan vitamins & healthy supplements: esp..

farish aryyan vitamins & healthy supplements: esp..: Jom cuba produk shaklee yg betol2 meletop ni..saya dah jatuh cinta ngn esp ni.. jom cuba...best giler!!! berminat?? leh pm/wassap yati 0...

promo september












Kenapa kita perlukan COQ Health???
Antara kelebihan COQ10:

(a) Penurunan berat badan - merangsang metabolism. CoQ10 diperlukan oleh sel-sel badan untuk menukarkan lemak kepada tenaga.
(b) Gusi yang sihat – menghalang keradangan gusi
(c) Kesuburan lelaki – meningkatkan pergerakan sperma
(d) Antioksidan - Melindungi badan dari kerosakan radikal bebas yang akan menyebabkan kerosakan kepada tisu-tisu badan dan DNA
(e) Jawapan kepada permasalahan jantung - Meningkatkan kesihatan jantung dengan membantu mengukuhkan otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki pengedaran darah ke seluruh badan
(f) Immune Sistem – meningkatkan imun system anda
(g) Tekanan darah tinggi - Membantu mengekalkan tahap tekanan darah ke julat normal
(h) Sebagai anti-aging
(i) Menyokong system saraf

Meal Shake




Mealshake sumber multivitamin..
Membantu mengatasi masaalah:

- Anak2 yang SEMBELIT
- Anak2 yg KURANG SELERA MAKAN
- Anak2 yg kerap DEMAM & SELSEMA
- Anak2 yg pengidap ATHMA
- Anak2 yg kerap BATUK

Juga sesuai utk org Dewasa yg ingin:
- Tambahkan BERAT BAFAN
- IBU MENGANDUNG
- IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Nak harga best???
Tentunya dr sy..
Jom bandingkan harga sy yg sememagnya best ni

tips turunkan berat badan



1. Makan lebih banyak sayuran
Selain sayuran mengandung kalori yang lebih rendah. Juga sayuran sanggup membuat anda merasa kenyang lebih lama.

2. Minum air putih yang banyak
Pada saat makan pagi, anda boleh minum jus. Tapi selepas itu, biasakan hanya minum air putih dan dalam jumlah yang banyak. Minimum 2.5 - 3 liter sehari.

3. Makan 5 hingga 6 kali dalam kuantiti kecil per hari
Jika anda sekarang makan 3 kali sehari dalam kuantiti yang biasa, cubalah mengubahnya menjadi 5-6 kali dalam kuantiti yang kecil per hari. Cara ini sangat efektif untuk mengurangkan berat badan, kerana tubuh akan memproduksi insulin lebih sedikit sehingga kadar gula dalam darah lebih terkawal dan mengurangi rasa lapar.

4. Ganti makan pagi dengan cereal atau oatmeal
Makan pagi menyumbang kalori yang signifikan, dengan menggantinya dengan cereal atau oatmeal anda dapat mengurangi sampai 30% dari kalori yang diserap per hari. Pasti cereal dan oatmeal yang mengandung fiber dan kalsium tinggi, serta rendah lemak.

5. Kurangkan makanan berkadar garam tinggi dan karbohidrat tinggi
Ini cara menurunkan berat badan tercepat, karena dengan anda mengurangi kandungan garam dan karbohidrat, maka tubuh akan mengurangi penyimpanan cairan berlebihan..oleh itu anda dengan mudah dapat menurunkan berat badan hingga 2 kg dengan cara ini.

6. Jangan lupa makan atau mengurangi jumlah makan dalam sehari
Lupa makan atau dengan sengaja mengurangi jumlah makan dapat mengganggu metabolisme pembakaran kalori, dan juga menyebabkan rasa lapar berlebihan. Biasanya jika anda tidak makan siang, anda akan makan lebih banyak pada malam hari.

7. Kurangkan portion makan setelah jam 12 tengahari
Perlu diingat bahwa penambahan berat badan adalah kerana kalori yang tidak habis terbakar, dan dibawa tidur pada malam hari sehingga berubah menjadi lemak. Ubahlah porstion makan anda menjadi lebih kecil setelah jam 12 tengahari, sehingga tubuh mempunyai waktu yang cukup untuk membakar semua kalori yang masuk sebelum anda tidur pada malam hari.

Disamping amalkan tips2 tersebut..jom kita ambil supplement bg membantu penurunan berat badan dengan cepat..

Lecithin/Omega = Pecahkan lelemaksss
Alfalfa = Angkut keluar lemakssss
Cinch Shake/ESP = Bina otot agar tidak menggeleber

Mahu cuba tak???
Harga best nih!!!!

BANDING HARGA DENGAN SAYA!!
Jom order dgn HOTT PRICEE dgn saya!!

Berminat utk dapatkan harga menarik??
Untuk sebarang pertanyaan & order,
SMS/Wassap: 017 9753858

energizing soy protein..esp ooo esp...


ESP Shaklee

Kenapa ramai yang suka sangat ESP Shaklee ni ek? Istimewa sangat ke? Sampaikan esp ni jadi hot selling item dalam Shaklee...

Bagi yang mementingkan 3K: KECANTIKAN, KESIHATAN dan KECERGASAN, esp ini sangat-sangat special bagi m...ereka.

Kenapa agaknya yer? Baca lagi untuk tahu lebih lanjut...

Apa itu ESP?

ESP ialah energizing soy protein.
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.


Siapa yang boleh mengambil ESP ni?

Sesuai untuk semua lapisan:
Lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

Apakah keistimewaan ESP ni?

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!