Thursday, 26 September 2013

Nutrisi diperlukan Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Entry saya pada kali ini adalah sedikit perkongsian kehamilan.
Saat kehamilan adalah moment yang paling manis bagi semua ibu ibu. Kehamilan sangat ditunggu tunggu bagi ibu ibu. Sepanjang kehamilan ibu ibu mestilah perlu menitikberatkan tahap kesihatan mereka. Makanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diperolehi sepanjang kehamilan bagi menjamin bayi dalam kandungan memperoleh khasiat yang mencukupi. Ibu hamil memerlukan nutrisi yang mencukupi bagi menjamin bayi dalam kandungan sihat dan cukup nutrisi.

Di awal kehamilan majoriti ibu ibu mengalami muntah muntah dan pening pening. Simptom ini adalah normal kerana janin baru nak membentuk dan menempel di dinding rahim. Pada trimester pertama ibu ibu akan mengalami simptom sebegini. Ibu ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat seimbang dan berkhasiat sepanjang hamil.

Jom kita lihat antara ciri ciri makanan ibu hamil perlu amalkannya. Antaranya ;-

1. Sereal

Pada pagi hari seringkali menjadi masalah bagi ibu hamil untuk mengambil makanan. Sehingga anda dapat mengatasi gangguan mual, muntah dan kehilangan nafsu makan dengan mengamalkan sereal. Sereal selain memiliki variasi rasa yang dapat disesuaikan dengan anda juga mengandungi aneka mineral, vitamin B, karbohidrat, kalsium yang disesuaikan dengan nutrisi janin. Kandungan dari gandum utuh dapat mengandungi energi dan serat yang disesuaikan dengan ibu hamil.

2. Produk susu

Kandungan yang terdapat di dalam susu dapat membantu anda dalam meningkatkan pertumbuhan jaringan baru pada bayi, memperbaiki jaringan yang rosak dan pembentukan otot dan juga transportasi oksigen ke janin. Dengan terpenuhinya protein dan mineralyang mencukupi maka dapat menunjang perkembangan dan pertumbuhan bayi. Pilihan susu yang bagus dapat menjadi alternatif anda yang mempunyai kecukupan vitamin D dan rasa yang berbeza juga tambahan manfaat bagi ibu hamil.

3. Buah dan Sayur

Pada kehamilan trimester pertama kandungan vitamin C dari jus jeruk adalah untuk menambah kekebalan tubuh dan memerangi infeksi. Selain itu kandungan dari asupan makanan yang kaya akan kandungan zat besi dapat mencegah dari anemia. Lengkapi pula dengan tambahan sayuran yang mengandung zat besi yang didapat dari sayuran hijau dan mampu meningkatkan hemoglobin ke sel-sel tubuh dan memberikan energi.

4. Ikan

Makanan yang mengandungi protein dan asam lemak omega 3 dapat membantu pembentukan otak janin meskipun demikian anda harus berhati-hati kerana kandungan merkuri pada jenis ikan tertentu akan menggangu perkembangan janin. Hindari pula mengamalkan ikan yang mentah kerana dapat meningkatkan kadar lemak tepu di dalam tubuh badan.

5. Kekacang

Tambahkan pula makanan jenis kekacang yang diperlukan dalam pengembangan sistem saraf pada bayi misalnya kacang hijau yang akan kandungan asam folat dan vitamin B. Selain itu kekacang berguna bagi energi dan kekebalan tubuh ibu hamil.

6. Air dan Vitamin

Kandungan air dan vitamin penting untuk diperolehi bagi ibu hamil. Bagi ibu hamil yang seringkali mengalami mual maka anda dapat mengamalkannya dengan minum lebih banyak air putih yang dicampurkan dengan sari buah tanpa tambahan gula.

Penting untuk menambah vitamin yang mendukung masa kehamilan apalagi diusia kehamilan muda. Anda dapat berkonsultasi terlebih dahulu pada bidan atau doktor untuk mendapatkan vitamin yang sesuai dengan usia kandungan anda.

.

Supplement vitamin daripada Shaklee sesuai bagi ibu hamil. Set lengkap untuk ibu hamil terdiri daripada energizing soy protein, vitalea, b complex, vitamin c dan ostematrix. Ke semua vitamin ini mempunyai khasiat khasiat tersendiri dan sangat sesuai untuk ibu hamil.

1) Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Sustained Release Vita- C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sebanyak mana pun takkan diserap badan .

3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix (Calcium & Magnisium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Apa tunggu lagi ? Jom dapatkan segera set hamil Shaklee ini. Boleh hubungi talian seperti di bawah.

No comments:

Post a Comment