Monday, 30 September 2013

Basic H Shaklee

Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.


KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.

Sunday, 29 September 2013

Supplement Diet Shaklee


 Cinch Inch Loss Plan

Adakah anda makan makanan sihat setiap hari?
Adakah anda makan secara tidak teratur?
Adakah anda gemar makan makanan ringan?
Adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat kerana sentiasa sibuk?

Jadi, program shaklee body perfector adalah jawapannya. Ia merupakan cara mudah untuk mengekalkan berat badan ideal di samping rasanya yang lazat.

Kebaikkannya:
  • Makanan segera untuk mereka yg aktif
  • Tinggi kandungan serat & beri rasa kenyang dan puas
  • Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.

Apakah kandungan Body Perfector Program?
Hanya Cinch Shake Mix yang boleh dipilih dalam 3 rasa hebat.


Cinch™ Shake Mix:

Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?".

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.






Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.


-Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
-Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
-Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
-Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
-Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
-Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
-Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
-Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
-Soya bukan GMO

Thursday, 26 September 2013

Nutrisi Yang Diperlukan Semasa Hamil

1) Vita Lea Iron Formula 

Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting & mineral perlu utk kesihatan optimum dan tenaga. Vita Lea diperlukan semasa kehamilan kerana kandungan zat besinya membantu mengelakkan risiko Anemia pd ibu yang hamil. Ia membantu meningkatkan kuantiti darah semasa kehamilan dan mengelakkan  risiko kelahiran bayi kurang matang.

2) B-Complex

Mengandungi kesemua jenis Vitamin B dan juga Acid Folic yang sangat diperlukan oleh ibu yg hamil. Utk pengetahun, 400mcg Acid Folic diperlukan setiap hari sebelum konsepsi dan semasa awal kehamilan bagi mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%. Acid Folic juga membantu menyokong sistem saraf yang sihat, penghasilan hormon & sel2 darah merah serta penghasilan tenaga.


3) Vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh ibu yang hamil utk penghasilan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang fetus. Ia jugak bertindak membantu melawan jangkitan & penyakit bg ibu yg hamil, meyusu dan juga bayi.

satu kajian menunjukkan ibu2 menyusu yang mengambil Vitamin C mempunyai konsentrasi Vitamin C pada bayi. Oleh yang demikian, bayi-bayi yang menyusu secara ekslusif tidak mengalami kekuarangan Vitamin C.


4) Soy Protein Isolate Powder (ESP)

ESP mengandungi asid-asid amino yang lengkap termasuk 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia merupakan soya yang tidah diubah suai secara genetik, bebas laktosa secara semulajadi serta bebas kolestroal secara semulajadi.

Protein diperlukan oleh ibu yg hamil utk pembinaan blok2 asas badan ibu dan bayi terutama sekali semasa dalam tempoh Trimester ke -2 dan ke-3 kerana pada tempoh tersebut, bayi sedang berkembang dengan pantas. ESP juga boleh diambil oleh ibu yang menyusu kerana ia membantu penghasilan susu ibu.


5) Ostematrix

Ostematrix merupakan kalsium yang diperlukan utk tulang kuat dan sihat. Ostematrix terdiri daripada :

a) 1000 mg kalsium yg merupakan sumber semulajadi yang mudah diserap
b) 400 mg magnesium yg membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
c) 400 IU Vitamin D yg merangsang peyerapan kalsium
d) Boron yg membantu dalam metabolisma tulang
e) Manganese, Kopper dan Zinc bertindak mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Shaklee Ostematrix penting kerana penyerapan dibukti secara klinikal dimana kajian menunjukkan kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya sepeas 12 jam di ambil.

6) OmegaGuard
OmegaGuard mengandungi EPA & DHA yang memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi. Pengambilan tinggi Omega 3 semasa kehamilan juga boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.

7) Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan supplement yang penting bagi meningkatkan kesihtan semasa dalam pantang. Ia bertindak mengurangkan masaalah sembelit yang sering dialami oleh ibu yang dalam pantang serta bertindak mengurangkan retensi air. Alfalfa juga digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.


8) GLA Complex

Ia beritndak mengimbangi sistem hormon ibu lepas bersalin




Dapatkan SET KEHAMILAN, SET BERPANTANG & SET MENYUSU dengan harga yang super doooper hebat. Pilihan mengikut bajet anda.. :-)

Nutrisi diperlukan Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Entry saya pada kali ini adalah sedikit perkongsian kehamilan.
Saat kehamilan adalah moment yang paling manis bagi semua ibu ibu. Kehamilan sangat ditunggu tunggu bagi ibu ibu. Sepanjang kehamilan ibu ibu mestilah perlu menitikberatkan tahap kesihatan mereka. Makanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diperolehi sepanjang kehamilan bagi menjamin bayi dalam kandungan memperoleh khasiat yang mencukupi. Ibu hamil memerlukan nutrisi yang mencukupi bagi menjamin bayi dalam kandungan sihat dan cukup nutrisi.

Di awal kehamilan majoriti ibu ibu mengalami muntah muntah dan pening pening. Simptom ini adalah normal kerana janin baru nak membentuk dan menempel di dinding rahim. Pada trimester pertama ibu ibu akan mengalami simptom sebegini. Ibu ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat seimbang dan berkhasiat sepanjang hamil.

Jom kita lihat antara ciri ciri makanan ibu hamil perlu amalkannya. Antaranya ;-

1. Sereal

Pada pagi hari seringkali menjadi masalah bagi ibu hamil untuk mengambil makanan. Sehingga anda dapat mengatasi gangguan mual, muntah dan kehilangan nafsu makan dengan mengamalkan sereal. Sereal selain memiliki variasi rasa yang dapat disesuaikan dengan anda juga mengandungi aneka mineral, vitamin B, karbohidrat, kalsium yang disesuaikan dengan nutrisi janin. Kandungan dari gandum utuh dapat mengandungi energi dan serat yang disesuaikan dengan ibu hamil.

2. Produk susu

Kandungan yang terdapat di dalam susu dapat membantu anda dalam meningkatkan pertumbuhan jaringan baru pada bayi, memperbaiki jaringan yang rosak dan pembentukan otot dan juga transportasi oksigen ke janin. Dengan terpenuhinya protein dan mineralyang mencukupi maka dapat menunjang perkembangan dan pertumbuhan bayi. Pilihan susu yang bagus dapat menjadi alternatif anda yang mempunyai kecukupan vitamin D dan rasa yang berbeza juga tambahan manfaat bagi ibu hamil.

3. Buah dan Sayur

Pada kehamilan trimester pertama kandungan vitamin C dari jus jeruk adalah untuk menambah kekebalan tubuh dan memerangi infeksi. Selain itu kandungan dari asupan makanan yang kaya akan kandungan zat besi dapat mencegah dari anemia. Lengkapi pula dengan tambahan sayuran yang mengandung zat besi yang didapat dari sayuran hijau dan mampu meningkatkan hemoglobin ke sel-sel tubuh dan memberikan energi.

4. Ikan

Makanan yang mengandungi protein dan asam lemak omega 3 dapat membantu pembentukan otak janin meskipun demikian anda harus berhati-hati kerana kandungan merkuri pada jenis ikan tertentu akan menggangu perkembangan janin. Hindari pula mengamalkan ikan yang mentah kerana dapat meningkatkan kadar lemak tepu di dalam tubuh badan.

5. Kekacang

Tambahkan pula makanan jenis kekacang yang diperlukan dalam pengembangan sistem saraf pada bayi misalnya kacang hijau yang akan kandungan asam folat dan vitamin B. Selain itu kekacang berguna bagi energi dan kekebalan tubuh ibu hamil.

6. Air dan Vitamin

Kandungan air dan vitamin penting untuk diperolehi bagi ibu hamil. Bagi ibu hamil yang seringkali mengalami mual maka anda dapat mengamalkannya dengan minum lebih banyak air putih yang dicampurkan dengan sari buah tanpa tambahan gula.

Penting untuk menambah vitamin yang mendukung masa kehamilan apalagi diusia kehamilan muda. Anda dapat berkonsultasi terlebih dahulu pada bidan atau doktor untuk mendapatkan vitamin yang sesuai dengan usia kandungan anda.

.

Supplement vitamin daripada Shaklee sesuai bagi ibu hamil. Set lengkap untuk ibu hamil terdiri daripada energizing soy protein, vitalea, b complex, vitamin c dan ostematrix. Ke semua vitamin ini mempunyai khasiat khasiat tersendiri dan sangat sesuai untuk ibu hamil.

1) Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Sustained Release Vita- C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sebanyak mana pun takkan diserap badan .

3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix (Calcium & Magnisium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Apa tunggu lagi ? Jom dapatkan segera set hamil Shaklee ini. Boleh hubungi talian seperti di bawah.

Info Kehamilan


INFO UNTUK IBU HAMIL


Ibu hamil memerlukan makanan lebih banyak daripada biasa. Selain untuk keperluan dirinya, ibu hamil juga harus makan untuk janin yang dikandung. Agar janin dapat berkembang dan membesar dengan baik, makanan ibu hamil harus memenuhi keperluan gizi berikut.



Protein.
******
Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan


 untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram setiap hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.
~~untuk lebih mudah dan khasiat yang terpelihara, consume jek ESP..kan senang...:-)


Kalsium.
*******
Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.

Vitamin D.
********
Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang kerana membantu penyerapan kalsium.
~~Jadi, consume lah OSTEMARTIX yang lengkap dengan vitamin D supaya penyerapan kalsium lebih OPTIMUM.

Vitamin A.
*******
Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun begitu, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena dapat mengganggu pertumbuhan embrio..(ingat ye!!)

Zat Besi.
*******
Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.
~~Seeloknya, pengambila zat besi diambil seawal kehamilan lagi..Dan bagi anda yang mempunyai masalah Hb rendah, boleh mengambil VITALEA 2biji sehari..
Vitamin C.
********
Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesehatan gigi dan gusi..Dan membantu ibu untuk meningkatkan imunisasi badan...

Tuesday, 24 September 2013

Set Bajet Shaklee

Nak Set Bajet???
Harga mmg bajet dn mampu dimiliki..
Memang marvelles!!!

Mai2 pilih..macam2 ada..
Set Slimming
Set Kecantikan
Set Skin Care
Set Menyusu
Set Hamil
Set Sendi/Tulang
Set Kanak-kanak
Set Kesuburan

Pendek kata semua ada lah...
Nak harga best dan murah dr biasa???
Meh PM atau SMS/Wassap 017 9753858


Tuesday, 17 September 2013

Khasiat susu ibu

* SUSU IBU JIMATKAN WANG*
===================



Walaupun dia yang paling kecil dalam keluarga tetapi jangan terkejut kerana kos perbelanjaannya paling mahal. Keperluannya termasuk pakaian, lampin pakai buang, susu dan bermacam-macam lagi menelan belanja yang banyak.

Makanan awal bayi baru lahir pastinya susu ibu. Anda punya dua pilihan sama ada memberinya susu ibu atau susu formula.

Terdapat pelbagai jenis susu formula yang dicipta mengandungi bermacam-macam rumusan khasiat untuk bayi. Namun jangan terkejut apabila melihat kebanyakan harga setin susu formula mencecah hampir RM100.

Bayangkan setiap bulan anda perlu membeli sekurang-kurangnya tiga hingga empat tin susu untuk bayi, jadi berapa kos yang dihabiskan untuk susu sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang dan lain-lain.

Cara terbaik untuk menjimatkan kos sudah semestinya memberi si comel susu ibu. Selain ia berkhasiat dan mudah diberi kepada bayi pada bila-bila masa, susu ibu juga menjimatkan wang anda. Benarkah?

Cuba lihat dua situasi ini:

Situasi 1

Rina memberi bayi baru lahirnya susu formula. Sebulan dia perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM240 untuk empat tin susu yang berharga RM60 setin. Selain daripada itu, anaknya juga kerap mendapat batuk dan selesema. Boleh dikatakan dua bulan sekali pasti dia membawa anaknya berjumpa doktor kanak-kanak. Kos ubat-ubatan menelan belanja antara RM80 – RM120 setiap kali berjumpa doktor.

Situasi 2

Sarah juga baru melahirkan bayi. Dia berazam menyusukan bayinya dengan susu ibu sejak hamil lagi. Sebelum bersalin dia melaburkan sebanyak RM1000 untuk membeli pam susu dan aksesori penyusuan yang lengkap sebagai persediaan. Dia turut membeli peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu perahan yang berharga kira-kira RM700. Sepanjang setahun kehidupan anaknya, jarang demam atau selesema. Jadi dia dapat menjimatkan kos ubat-ubatan dan susu sekali gus.

Selepas melihat dua situasi tersebut, kita dapat buat kesimpulan yang mana satu membantu penjimatan wang sepanjang tahun pertama membesarkan anak. Secara kasarnya jika menyusukan anak dengan susu ibu, anda dapat menjimatkan wang antara RM1500 hingga RM2500 (yang diperuntukan untuk membeli susu formula ketika tahun pertama anak).

Pilihan di tangan anda. Selain bayi mendapat kebaikan daripada susu ibu, papa dan mama turut boleh menjimatkan jumlah wang yang sangat besar.
Ibu yang ingin memperbanyakkan susu ibu boleh mencuba SET PENYUSUAN dari shaklee. Insya Allah dengan kerapnya menyusukan bayi susu ibu akan semakin bertambah. Set menyusu basic terdiri daripada Energizing soy protein dan alfalfa(milk booster). Bagi yang ada lebihan budget boleh beli yang set lengkap menyusu. Iaitu terdiri daripada : *Esp *alfalfa *vitamin c *b complex *vitalea *ostematrix