Wednesday, 8 October 2014

Bahaya Darah Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya nak kongsikan tentang darah tinggi .

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

• Sebab yang tidak diketahui (90%)

• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
- Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :
- Coronary Heart Disease
- Congestive Heart Failure
- Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang
- Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
- Aneurysm
- Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

• tanpa menggunakan ubatan
- Perlu mengubah amalan cara hidup andae
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman berkala
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima

• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.

Pra Hypertensi

• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan

• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :
- Jantung
- Ginjal
- Mata

Tuesday, 7 October 2014

Set tambah berat badan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sayang semua pembaca setia blogger yati. Masih dalam mood beraya ker? Hihi...mesti banyak makan daging kan..saya hari hari menu masakan berasakan daging...Alhamdulillah rezeki jiran jiran yang bagi.

Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang set tambah berat badan. Adakah anda seorang yang kurus kering sampai apabila ditiup angin seakan nak terbang? Kurung kering sehinggakan orang mengelarkan orang lidi?? Pasti perasaan yang tidak enak kita rasa apabila mempunyai tubuh badan sedemikian. Berat badan yang ideal, ramping dan menawan adalah pujaan bagi setiap orang lebih lebih lagi yang perempuan yang sangat mementingkan penampilan diri. Yelah kan kalau perempuan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan tubuh badan yang cantik untuk tatapan suami yang tersayang. Apa  tidaknya kalau tidak suami pandang perempuan lain pasti perkara ini tidak diingini oleh wanita.


Disini saya ingin ceritakan set tambah berat badan dari Shaklee yang terdiri daripada mealshake, vitalea dan b complex. Semua vitamin vitamin ini mempunyai fungsi fungsinya di dalam membantu menambah berat badan seseorang.

Jom kita lihat antara fungsi fungsi set ini.

Mealshake

Berfungsi sebagai makanan tambahan yang terdiri daripada protein. Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, Meal Shakes merupakan pilihan paling bijak.

Manfaat utama :-

1. Nutrisi yang lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh badan . Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

2. membantu tumbesaran

3. Anti Oksida

4. Mengembalikan seri wajah

5. Lazat - minuman yang lazat untuk dinikmati bersama fuktosa semulajadi. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Vita-lea

Membantu memberi extra tenaga dan
Menambahkan selera makan. Vita-lea Shaklee merupakan mutivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di dunia. Tablet vita-lea disaluti dengan serbuk nutrisi- spirulina. Ia merupakan tablet multi-vitamin paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung  di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Manfaat utamanya :-

1.Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.

2. Pelengkap nutrisi

3. keupayaan sistem produktif

4. Metabolisme

5. Elemen penting pada sel tubuh

6. Melindungi organ.

B complex

B- Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Manfaat utama :-

1. menukarkan makanan kepada tenaga.

2. melawan tekanan- memastikan kesihatan fungs saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4. rambut beruban dan gugur

5. baik untuk mata

6. mencegah anemia

7. meredakan senggugut

Set ini sangat besesuaian bagi yang ingin menambah berat badan disamping mengamalkan pemakanan yang sihat serta senaman. 

Ingin jadi ahli Shaklee dan mengetahui keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman dan Dungun untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

Untuk maklumat lanjut dan order boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 ( Puan Yati)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Petua kekal rampin selepas bersalin

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blogger yati. Entry pada kali ini saya nak kongsikan tentang petua kekal ramping selepas bersalin.

Mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing adalah idaman setiap ibu-ibu yang bersalin. Pada waktu ini, berat badan akan meningkat dengan mendadak. Perut pula akan nampak menggeleber. Seluar yang dipakai ketika sebelum bersalin sudah tidak muat lagi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa petua untuk cantik selepas bersalin yang boleh diamalkan. Ianya adalah gabungan beberapa petua orang dulu-dulu dan kaedah moden.


Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

1. Mengambil herba-herba tradisional
Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal. Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.
Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:

¤ Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.

¤ Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.

¤ Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.

¤ Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.

¤ Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.

¤ Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
Memang banyak lagi herba-herba yang boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin. Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.

2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.
Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.

Bengkung baik untuk:
– mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
– mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
– menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
– menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
– menghalang peranakan daripada ‘turun’.

3. Mengambil makanan yang berkhasiat.
Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.
Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

4. Sentiasa menyusukan anak.
Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

5. Kerap bersenam
Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing. Insya-Allah suami anda pasti akan tersenyum dan gembira melihat isterinya kembali cantik seperti mula-mula berkahwin dulu :)

Sekiranya ibu ibu ingin memilih set berpantang moden boleh cuba set berpantang Shaklee. Insya Allah pasti berpuas hati.

Macam mana nak dapatkan set berpantang shaklee?
Boleh hubungi saya seperti talian di bawah 

0179753858 (Puan Yati)

Monday, 6 October 2014

Set Kesihatan Kanak Kanak Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang set kesihatan shaklee untuk kanak kanak.

Perlukah makanan tambahan untuk kanak-kanak? Asasnya, jika anak- anak kita bukan jenis fussy eater serta mendapat segala nutrien daripada meals hariannya, makan makanan tambahan tidak perlu. Namun, jika sebaliknya, kita boleh memberinya makanan tambahan sebagai usaha untuk membekalkan zat-zat penting untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.


Kesihatan dan kecerdasan anak-anak merupakan nikmat yang paling berharga untuk ibu bapa. Mencegah anak-anak dari jatuh sakit adalah jauh lebih bijak dan berbaloi berbanding merawat mereka setelah mereka sakit.

Set kesihatan kanak kanak shaklee terdiri daripada omega guard, mealshake dan vitamin c chewable.








Omega Guard Shaklee (Minyak Ikan Terbaik Di Dunia)

♧ Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
♧ Mengandungi minyak ikan
♧ Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
♧ DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
♧ Imuniti badan
♧ Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
♧ Sistem peredaran darah yang teratur

Mealshake

6 fakta menarik tentang Mealshakes

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan. Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Vitamin C Chewable

Vitamin C Chewable memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  hewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Kelebihan Dan Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee

Vitamin C Chewable 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan dengan cara berikut:

☆ Menyokong sistem pertahanan
☆ antioksidan semulajadi dalam tubuh
☆ Membantu memelihara sel badan
☆ Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah
☆ Rasa sitrus yang hebat
☆ Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
☆ Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik
☆ Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan
☆ Memperbaiki insomnia
☆ Mengekalkan kolestrol sihat

Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman dan Dungun untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

Untuk maklumat lanjut dan order boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 ( Puan Yati)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Perkara yang perlu dielakkan ketika hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pada kali ini saya nak kongsikan tentang Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung dan Makanan yang harus dielak sewaktu hamil.

Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung.

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.

Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu hamil bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu. Selelah menampakkan Tanda Awal Hamil Atau Mengandung, anda hendaklah bersedia dengan pantang larang tersebut:

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

》Penjagaan kuku tangan kaki – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

》Jalani rawatan muka – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

》Mewarna rambut – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

》Kasut bertumit – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

》Ubat nyamuk – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

》Derma darah – Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

》Bawa barang – Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

》Durian – Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

》Kapal terbang – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

》Gincu bibir – Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

》Krim pemutih – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

》Ubat jerawat – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

Sunday, 5 October 2014

Cara semulajadi banyakkan susu ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini sedikit perkongsian cara banyakkan air susu ibu
secara semulajadi. Air susu ibu yang banyak pastilah menjadi keinginan semua ibu yang punyai bayi. Ibu manalah yang tak risau jika susu badan seakan-akan tak keluar. Macam-macam cara nak banyakkan air susu ibu ni, ada yang traditional, moden, ubat farmasi, supplimen, juga cara yang 100% asli dan semulajadi.



1001 tumbuhan Allah ciptakan untuk banyakkan susu ibu, yang penting ibu sanggup berusaha dan tak mengalah begitu je. Jadi inilah cara banyakkan air susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.

♡♡ Daun bunga melur dan daun pucuk manis ♡♡

Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. dan jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.

♡♡ Kacang tanah ♡♡

Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.

♡♡ Longan kering ♡♡

Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.

♡♡ Daun Sirih ♡♡

Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.

♡♡ Halba dan jintan hitam ♡♡

Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.

♡♡ Susu ♡♡

Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.

♡♡ Lobak putih ♡♡

Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.

♡♡ Nasi panas, halia muda dan air asam ♡♡

Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.

♡♡ Daun betik muda ♡♡

Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.

Tak semua tumbuhan ini serasi dengan badan semua ibu, 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tapi konsep 'supply dan demand' tak dipenuhi, maka janganlah berharap air susu memancut-mancut keluar.

Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali. Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat jika 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. Dan carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.

Sekiranya ibu ibu berminat untuk mencuba supplement milk booster dari shaklee boleh try set menyusu shaklee. Insya Allah berbaloi baloi badan sihat dan susu banyak.

Untuk maklumat lanjut tentang info penyusuan boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 (Puan Yati)
  
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat dan selamat mencuba :)

Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Selamat hari raya Aidiladha kepada semua...banyak makan daging hari ini...hihi...menu hari ini semua berkaitan dari daging iaitu singgang daging, gulai daging, daging masak merah, daging kicap dan macam macam lagi. Tapi entry saya pada kali ini bukan nak kongsi tentang menu masakan tapi saya nak kongsikan tentang set basic menyusu Shaklee. Ramai sangat ibu ibu yang mengajukan soalan kepada saya tentang set menyusu Shaklee. Pada kali ini saya nak terangkan set basic menyusu.

Set menyusu ini terdiri daripada Energizing soy protein (Esp) , alfalfa complex, vitalea dan ostematrix. Yang ini merupakan set  bagi menyusu. Ibu ibu yang ingin menambah susu badan boleh mencuba set menyusu ini. Set ini sangat membantu memperbanyakkan susu badan disamping ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat.



ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.
Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. 

Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? 
Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.
Bonusnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa.

Antara fungsi lain Esp ialah;-
♤Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
♤Memekatkan susu ibu
♤Sebagai milk booster
♤Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
♤Memberi tenaga berpanjangan ♤menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
♤Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
♤Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
♤Menyokong kesihatan imunisasi badan.
♤Mengawal paras kolesterol.
♤Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
♤Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.



Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.

2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).

3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.

4) Membantu membuang angin dalam badan.

5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.

6)Melegakan sakit sendi dan belakang

7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)

9)Memberi kelegaan semasa haid

10)Merawat arthitis

11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema

12)Mencuci usus bagi membuang toksik

13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang

14)Meneutralkan asid dalam badan

15)Merawat masalah keputihan pada wanita

16)Membesar dan menegangkan payudara

17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

18)Memulihkan urat selepas bersalin

19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

20)Meningkatkan stamina seorang suami

21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau.

Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE



satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam. Dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit,kekejangan otot,simpul biawak dan segala mcm yang berkaitan dengan otot,,,insyaallah,,,,kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang temulang.
Khasiat yang di perolehi jika mengamalkan ostematrik secara konsisten:
~tekanan darah berada di tahap normal.
~melancarkan saraf.
~memberi mood yang baik.
~gigi dan tulang menjadi kuat.
kesan jika kekurangan kalsium:
~kaki dan tangan selalu rasa kebas.
~sering sakit pinggang.
~selalu murung.
~selalu rasa nak marah.
~rasa kejang.

sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana itu ostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.
bila badan segar tiada masalah kemurungan ia amat membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali sebab itu oste ialah antara vitamin yang dimasukkan ke dalam set 3M....untuk pengetahuan anda dalam alfalfa juga turut ada kalsium tetapi dalam jumlah yang sedikit.



Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:

*Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

*Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata

* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi

* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan.

Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet.

Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman dan Dungun untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

Untuk maklumat lanjut dan order boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 ( Puan Yati)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **