Wednesday, 17 September 2014

Resepi ketam goreng telur masin

Ketam Goreng Telur Masin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini entri yang nak saya kongsikan ini merupakan satu resipi. Resipi ini request from my hubby . Pagi pagi lagi kami ke pasar untuk mencari bahan bahan untuk dimasak. Yang pasti kami nak cari ketam yang fresh.

Kadang-kadang apabila berjaya masak resepi baru, saya pun jadi macam tak percaya. Sebabnya, kadang-kadang tu memang tak percaya boleh jadi. Terutamanya kalau rasa masakan yang dibuat tu menjadi sedap sangat. Dan, barulah rasa berbaloi mencuba sesuatu. Seterusnya teruja untuk terus mencuba dan mencuba.hihi...

Hari ni saya cuba masak Ketam Goreng Telur Masin. Nak cuba buat sendiri. Selalunya makan kat kedai makan jer..hihi ..
Nak menyediakannya tak la sesusah mana, cuma kena rajin la sikit. Almaklum, telur nak kena rebus dulu dan ketam perlu digoreng dulu. Bukannya main campak je semua ramuan dalam kuali. Tapi kelazatannya, hingga menjilat jari. Must try resepi dan apabila makan  ketam ni terasa seperti berada di restoran hehehe...

Bahan-bahan

4 ekor ketam
10 biji cili padi (saya potong 2 untuk rasa pedas sedikit)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2 sudu mentega
5 biji telur masin ( buang 3 putih telurnya)
1 sudu gula
3 sudu susu cair
4 ulas bawang putih (diketuk)
4 sudu tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng ketam

Cara-cara
Rebus telur masin. Hancurkan (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).
Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.

Panaskan kuali. Masukkan butter. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.
Masukkan telur masin. Kacau seketika. Masukkan susu cair, gula, lada sulah dan garam (jangan banyak dah masin pun) secukup rasa. Kacau sekata sehingga berbuih.
Masukkan ketam. Gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidang.
Makan dengan nasi putih. ratah begitu sahaja pun awesome sangat!

2 comments:

  1. Aduhhh terliur nya ketam telur masin..saya tau order je, buatnya idak ehehehe

    Tinggal jejak jap, jomzz jengah http://leekamalia.blogspot.com/2014/09/apakah-radikal-bebas-punca-dan-kesan.html?m=1

    ReplyDelete