Wednesday, 3 September 2014

Manjakan diri di Spa

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Entry saya pada hari ini ialah topik santai jer. Saya nak share pengalaman saya pergi memanjakan diri di Rembulan Spa Kemaman. Saya amik pakej 5 dalam satu dan mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Mereka mulakan dengan rawatan urutan kaki yang dipanggil foot bath Herb. First time okey kaki saya di massage oleh mesin yang bergetar...pada mulanya saya rasa geli sbb benda alah tu bergetar kat bawah tapak kaki kan...huhuu.. tapi, lama lama jadi selesa dan best sangat... Sambil tu mereka hidangkan saya jus oren suam.

Kemudian saya diarahkan pindah bilik lain untuk buat rawatan muka.Dengan lampu yang romantik dan alunan muzik yang menenangkan memang syok dan menyegarkan pikiran.

Proses rawatan muka pun bermula dengan membuang whitehead/blackhead, mencuci muka, urutan muka, memakaikan gold mask dimuka dan macam macam lagi sampai saya tertido..ZZzzzzzZZzz..hehee..

Step seterusnya pergi ke bilik rawatan untuk badan pula untuk Sauna Herb.
Saya diarahkan duduk di dalam benda yang empat segi tu...tak tahula apa nama benda alah tu..cuma kepala saya je di luar, tapi badan saya seperti di steam kan...hehehee.. tapi memang bagus rawatan ni..boleh membuang lemak lemak dan toksin toksin di dalam badan.. Bermandi peluh saya duduk di dalam tu...hihi.. Pembantu spa disini sangat baik dan peramah.. tak la bosan dan boring sangat bila ada teman untuk berbual.

Lepas 40 minit kemudian, mereka meminta saya berpindah ke katil pula untuk menscrubkan badan saya. Seluruh badan saya disental untuk membuang segala-gala kekotoran dan daki yang bermaharajalela...hehehe..

Selesai scrubkan badan, body massage pula. Memang saya tido aje la... Badan yang penat jadi segar kembali..hehehee... Selepas beberapa jam proses body treatment.

Kemudian, rawatan mandi susu pula, sambil mandi susu, mereka syampukan rambut saya dan buat urutan kepala..memang bertambah selesa dan best la.. hilang segala sakit sakit kepala..

Selepas itu, mereka kasi masa untuk saya berendam dalam milk bath tu.. Saya pun apa lagi..berendam lama la sikit untuk merehatkan badan dan otak...huhuu

Dah puas berendam dan bilas badan. Rawatan terakhir adalah hair treatment dan dihidangkan ginger tea.

Konklusinya, saya amat berpuas hati dengan layanan mereka. Dan suasana spa yang mendamaikan..

Gambar di atas merupakan pakej yang saya ambil semasa mengunjungi spa ini. Pakej ini sempena promosi merdeka. Saya sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang ditawarkan di spa ini. Tempat yang strategik dan suasana serta alunan muzik yang mendamaikan meyegarkan jiwa. Hilang segala stress dan tekanan kerja.

Bagi ibu, gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan bolehlah mencuba dan merasa perkhidmatan yang spa ini tawarkan.Insya Allah pasti berpuas hati.

Bagi yang berminat untuk merasakan perkhidmatan spa ini boleh kunjungi di alamat seperti di bawah.

Rembulan Spa Kemaman Business Listing Lot 10273, Level 1, Jalan Penghiburan, 24000, Kemaman, Terengganu Mobile Phone 012-984 1711

No comments:

Post a Comment