Sunday, 14 September 2014

Tips menangani anak hyperaktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry saya pada kali ini merupakan seba sedikit tips mengatasi anak hyperaktif. Anak adalah anugerah yang paling berharga buat suami isteri. Anugerah ini adalah yang paling bernilai untuk kita semua. Bagi yang dah lama berkahwin pasti saat saat menimang cahaya mata adalah perkara yang ditunggu.

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Namun, tidak semua anak yang dilahirkan normal dan tidak memberi masalah kepada ibu bapa mereka. Ini semua adalah qadha dan qadar yang telah ditentukan, yang mana secara langsung dan tidak langsung menjadi suatu ujian kepada kedua ibu bapa. Kata orang, tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya kecuali tua dan mati, cuma ibu bapa perlulah mengetahui apakah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka supaya mudah dicari ubatnya.

Tapi tidak semua anak mempunyai perangai yang elok. Pernah dengar tidak anak yang hyperaktif? Pasti ibu bapa pening untuk menangani dan mengawal tingkah laku dan tindak tanduk anak yang hyperaktif ini.


Memiliki seorang anak adalah dambaan bagi kedua orang tua. Namun apa yang terjadi jika anda memiliki anak yang hyperaktif? Anak hyperaktif bukanlah suatu penyakit dan memang sangat sulit untuk mengatasi anak yang hyperkatif tersebut. anak hyperaktif kebiasaannya disebabkan oleh bawaan dari lahir dan juga kurangnya perhatian dari orang tuanya. Anda sebagai orang tua harus yakin bahawa anda boleh mengatasi anak anda yang hyperaktif tersebut dengan mencuba beberapa tips cara mengatasi anak hyperaktif yang akan saya kongsikan dibawah ini, iaitu:

Cara Mengatasi Anak Hiperaktif


1. Bantulah anak anda agar menjadi lebih fleksibel dan juga ajarkan anak anda untuk mengenal antara disiplin atau serius dan bermain. Ajaklah anak anda bermain diluar bersama dengan anda, berikan seluruh perhatian anda kepadanya, biarkan ia bermain sehingga semua energinya keluar.

2. Cubalah untuk memberikan arah yang benar kepada anak anda, ajarkan ia untuk mengembangkan kreativitinya sehingga semua energinya dimanfaatkan untuk hal tersebut.

3. Gunakan cara alternatif yang boleh membuat anak anda menjadi lebih tenang, ajaklah anak anda untuk melakukan senaman atau meditasi bersama anda agar anak anda boleh lebih tenang.

4. Ajaklah anak anda untuk berjalan- jalan bersama anda secara rutin kerana menuruthasil penelitian dengan berjalan secara rutin ternyata boleh meningkatkan konsentrasi seseorang.


5. Cubalah ajarkan anak anda untuk berlatih pernafasannya, ajarkan ia untuk menarik nafas panjang ketika anak anda mulai marah sehingga ia tidak akan menyakiti orang lain ataupun dirinya sendiri kerana ketika kita menarik nafas panjang maka oksigen dibawa ke otak akan lebih banyak dan hal itu akan membuat pikiran menjadi lebih tenang.

6. Buatlah jadual khusus untuk anak anda agar boleh membantu anda menyelesaikan pekerjaan rumah, sehingga energinya akan tersalur dengan berbagai kegiatan dirumah misalnya bersih bersih rumah atau berkebun.

7. Yang terakhir adalah ajaklah anak anda untuk membaca, sediakan berbagai bacaan dan biarkan ia memilih sendiri bacaan mana yang akan anak anda baca, biarkan ia asyik membaca hingga ia mulai menyukainya.


Sekian inilah antara tips tips bagi mengatasi anak yang hyperaktif. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu bapa.

No comments:

Post a Comment