Thursday, 23 October 2014

Kaedah mendidik anak dengan cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...entry saya pada kali ini saya nak kongsikan kaedah kaedah mendidik anak cemerlang. Didalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu.

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa-ibubapa lain. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahioran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.

                          Keluarga bahagia 

Tujuh kaedah tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

Mengenai solat di awal waktu
Adab dengan orang tua-tua
Adab dengan guru
Adab dengan kawan-kawan
Tugas harian di rumah
Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
Tatacara makan mengikut sunnah nabi
Cara belajar yang berkesan
Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
Keselamatan jalan raya
Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah soal jawab

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoaljawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk kenangan lalu

Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.


14 comments:

  1. Ramai yg kata kita kena didik anak mengikut tahap umur maseng2..yg kecil caranya berlainan berbanding yg besar. Wallahualam..tp mgkin ada benarnya

    ReplyDelete
  2. Mendidik anak-anak sedari awal sangat baik untuk amsa depan mereka. Didikan agama memang sangat diperlukan untuk mencegah dari perbuatan dan sikap yang tidak kita inginkan. Didiklah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang.

    meriahnya acara perpisahan menyambut cuti sekolah di tadika alfa omega

    ReplyDelete
  3. Anak juga perlu dividing dgn ilmu agama Sejak awl.. Dgn keadaan zaman skrg, dgn Kuasa media, Kuasa Sukan, anak2 mudah terpengaruh dgn Ap. Yg dia Tengok.. Terapkan dgn Sifat Islam.. Kenalkan mereka dgn Allah dn sbenarnya.. Kita Tak tau kita nk hidup brapa lama utk didik mereka.. So, dgn masa yg Ada.. Cpatlah bertindak spya kita Tak dtanya oleh Allah.. Apakah kita dah didik dgn sbenarnya..
    TIPS KEKAL CERGAS MACAM ZAMAN MUDA REMAJA

    ReplyDelete
  4. Moga-moga anak-anak kita jadi anak yang soleh dan solehah. Amin
    Jom Cari Duit Lebih

    ReplyDelete
  5. Melentur buluh biarlah dari rebung. Moga kita ibu bapa dapat berikan yang terbaik pada fizikal dan rohani anak.

    ReplyDelete
  6. alahai comelnya tengok gambar budak lelaki tu pakai jubah dan perempuan pakai niqab=)

    Hilangkan Mual, Perut Sebu Dengan Peppermint Ginger Plus

    ReplyDelete
  7. Mendidik anak-anak bermula dari saat mereka masih kecil lagi, apa yang tak boleh, apa yang kita tak suka, sentiasa menegur tanpa putus asa walaupun mereka sudah besar.

    kawal kolestrol secara semulajadi

    ReplyDelete
  8. Anak2 suka tiru perbuatan mak ayah diorang. Kiranya mak ayah kena selalu jaga tingkah laku lah ye. Yang mana tak elok tu tinggal2kan...

    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    ReplyDelete
  9. Semoga kita dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, dan kita juga menjadi ibu bapa yang dapat menjaga amanah ini dgn baik. Sesungguhnya Allah sahaja sebaik-baik Pelindung

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang bagus,moga kaedah ini bermanfaat untuk semua ibu bapa

    Krim Ajaib Terbaik Pilihanku Kini

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian ini. In shaa Allah kita sama2 mendidik anak2 agar cemerlang dunia dan akhirat

    Mengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?

    ReplyDelete
  12. Ibu bapa role model paling dekat. Semoga anak-anak kita.menjadi insan.soleh dan solehah.

    Tq atas perkongsian

    Jalan-jalan di Seremban

    ReplyDelete
  13. Ibu bapa role model paling dekat. Semoga anak-anak kita.menjadi insan.soleh dan solehah.

    Tq atas perkongsian

    Jalan-jalan di Seremban

    ReplyDelete