Thursday, 2 October 2014

Tips menguruskan Perbelanjaan Harian

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca setia blogger saya. Semalam Perdana Menteri mengumumkan tentang kenaikan 20 sen minyak ron95 dan diesel. Ramai di kalangan kita risau tentang kenaikan harga barang. Ada yang komplen, bila gaji naik, maka harga barang pun naik. Dan bila harga minyak naik maka harga barang pun akan menyusul naik.

Bila terjadi fenomena ini, apa tindakan kita? Mungkin sudah tiba masanya kita semak semula tabiat perbelanjaan kita setiap kali menerima duit gaji setiap bulan. Kita tidak boleh terus mengeluh dan menyalahkan sesiapa selagi kita tidak mengubah tabiat perbelanjaan kita.



Ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurus perbelanjaan harian kita:

1. Rancang perbelanjaan bulanan

Mungkin kita tidak pernah merancang bagaimana gaji yang diterima setiap bulan. Cuba fikirkan ke mana duit dibelanjakan? Sudah semestinya kita membelanjakannya untuk membayar hutang credit card, hutang kereta, hutang rumah, bil elektrik/air/telefon, perbelanjaan barang dapur, anak-anak, hiburan. Ada masanya kita terlebih belanja sehinggakan tiada peruntukan untuk simpanan. Oleh itu, bahagikan gaji kita kepada sekurang-kurangnya 3 bahagian iaitu (1) pembayaran pelbagai jenis hutang, (2) perbelanjaan utiliti/barang dapur/hiburan/makan luar etc. (3) simpanan. Dengan berbuat demikian, kita akan tahu ke mana perginya wang kita.

2. Sediakan shopping list

Setiap kali hendak membeli-belah, pastikan sedia shopping list. Bimbang pulak kalau terbeli perkara yang tidak patut. Dengan menyediakan shopping list, ia akan memandu kita apa yang patut dibeli. 

3. Shopping barang dapur sekali sebulan sahaja

Kita mempunyai tabiat suka shopping almost setiap minggu. Ada baiknya kita membeli barang dapur sekali sebulan. Sebab itu pentingnya shopping list tadi. Senaraikan semua barang dapur yang diperlukan dalam masa sebulan dan shoppinglah sekali sahaja dalam masa sebulan. Ini boleh menjimat duit petrol dan bayar parking yang mana duit tersebut boleh digunakan untuk membayar bil utiliti kita. Memanglah akan penuh boot kereta sampai passenger seats pun penuh dibuatnya.

4. Ubah tempat membeli belah

Mungkin selama ini kita suka sangat shopping di hypermarket atau shopping malls yang ada 'kelasss gitu' kan? Ada baiknya kita ubah tempat di mana kita selalu shopping. Biasanya barang-barang di kedai runcit Pak Ali biasanya lebih murah terutama barang-barang dapur seperti cili, bawang, sayur-sayuran, buah-buahan dan ayam/ikan. Cuba bandingkan harga barang-barang di hypermarket atau di kedai runcit, mana lebih jimat? Boleh jugak kerap membeli barang-barang dapur di Kedai Rakyat 1Malaysia, pasar malam, pasar ikan/sayuran yang mana lebih banyak pilihan dan segar-segar. Tak salah kalau membeli pakaian seperti T-shirt, seluar dan kain tudung di pasar malam sekiranya ianya untuk dipakai setiap hari atau biasa kita panggil 'pakaian basahan'. Takkan jatuh standard kalau shopping di tempat-tempat sedemikian.

5. Tukar jenama

Apabila memilih sesuatu produk, kita mudah terpengaruh untuk membeli produk yang sering diiklankan di media. Ada sesetengah produk yang jarang atau tidak pernah diiklankan di media pun mempunyai kualiti yang tersendiri. Mungkin apabila bertukar jenama produk ia akan menjimatkan perbelanjaan kita, contohnya membeli shampoo, ubat gigi, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk, makanan dalam tin, mee segera dan sebagainya dari produk yang lebih murah tetapi kualiti hampir sama.

Perubahan dari segi tabiat berbelanja sebenarnya dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian kita. Lebihan perbelanjaan itu sudah semestinya boleh diperuntukkan untuk perbelanjaan lain atau disimpan untuk di saat-saat kecemasan.

No comments:

Post a Comment