Thursday, 23 October 2014

Janganlah bersedih sayang

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.....Sudah seminggu tidak berkarya di sini. Terasa perasaan yang amat rindu mendalam untuk mencoretkan sebuah bingkisan seorang perjalanan insan kerdil di bumi Allah ini. Alhamdulillah pada pagi ini Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis di sini. Saya baru sahaja keluar daripada hospital pada hari Sabtu yang lepas.

Ini adalah sedikit coretan kisah hidupku.....:)

12 Oktober 2014

Alhamdulillah setelah  merasakan period lambat datang saya membuat urine pregnant test dan ujian itu menunjukkan saya positif hamil. Syukur sangat terasa kerana memang saya teringin untuk hamil lagi. Sebelum ini saya sudah dikurniakan seorang anak yang comel Muhammad Farish Aryyan Bin Khairol yang kini berusia setahun 6 bulan. Sepanjang kehamilan ini saya tidak merasa sebarang alahan dan menjalani hari hari saya seperti biasa sahaja. 

Selepas 4 minggu usia kehamilanku saya bercadang untuk membuat pemeriksaan ultra sound untuk melihat perkembangan janinku. Ini adalah kerana saya perlu membuat pemeriksaan awal mengandung disebabkan sebelum ini saya sudah mempunyai sejarah iaitu anak sulong saya meninggal ketika usia 38 minggu di dalam perut dan saya ada sejarah mengandung di luar rahim.

15 Oktober 2014

Saya dan suami pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan ultra sound bagi melihat perkembangan janinku. Mengikut pengiraan doktor usia kandungan saya ketika ini lebih kurang 4 minggu lebih. Semasa membuat pemeriksaan ultra sound doktor tidak dapat mengesan kantung mahupun degupan jantung babyku. Saya sudah tidak sedap hati dan saya cuba menyedapkan hati saya. Mengikut pengalaman anak pertama dan keduak saya pada usia 4 minggu doktor sudah dapat mengesan degupan jantungnya melalui pemeriksaan ultra sound. Doktor memberi penjelasan mungkin tidak nampak lagi kerana baru lagi usia baby saya . Doktor dapat mengesan rahim saya mengembang menunjukkan tanda tanda kehamilan. 

Dan saya memberitahu doktor saya sakit pinggang sepanjang hamil ini dan doktor menyuruh saya membuat pemeriksaan urin dikhuatiri saya terkena jangkitan air kencing kotor. Rupanya tekaan saya meleset selepas cek urin air kencing saya normal tidak mengalami jangkitan kencing kotor. Doktor memberi masa 2 minggu lagi untuk saya datang lagi membuat pemeriksaan.

16 Oktober 2014

Pada pagi itu saya merasa sakit pinggang dan perut saya memulas yang teramat sakit. Suami saya segera membawa saya ke hospital. Di dalam hati saya tidak putus putus berdoa agar dijauhi perkara perkara yang tidak diingini. Saya sangat bimbang kejadian pengalaman  mengandung di luar rahim berlaku lagi. Ternyata betul apa yang saya rasakan. Selepas pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengandung di luar rahim sekali lagi. Ya Allah terasa senyap gelap gelita dunia ini seketika. Saya hanya mampu menangis dan menangis. Selepas reda kesedihan saya tabahkan diri dan menerima ujian ini dengan Redha pasti ada hikmahnya. Doktor memberitahu sekiranya baby saya berada di tiup kanan saya doktor terpaksa membuang tiup sebelah kanan saya dan saya tidak dapat hamil lagi. Kerana pada kandungan luar rahim sebelum ini doktor sudah membuang tiup sebelah kanan saya. Sekali lagi saya menangis kerana terlalu sedih untuk menerima penerangan doktor itu.

Suamiku memberi semangat kepada saya dan memberi keizinan untuk doktor membuat pembedahan keatas diri saya bagi menyelamatkan nyawa saya. Luluh hati seorang isteri pada ketika itu. Saya dengan rela hati menurunkan tandatangan memberi persetujuan untuk membuat pembedahan. Pada petang itu juga saya ditolak ke dewan pembedahan untuk dibedah. Kira kira pukul 630 petang saya di dalam bilik pembedahan dan pembedahan itu mengambil masa lebih kurang dua jam setengah.

              Nametag kenanganku..hihi.....

Alhamdulillah pembedahan saya berjaya dan Allah masih panjangkan usia saya. Selepas saya sedar suami saya memberitahu baby saya menempel di tiup yang lama sebelah kiri yang sudah dibuang pada kehamilan saya yang dulu. Saya hanya mampu tersenyum dan bersyukur pada Allah kerana tiup sebelah kanan masih ada. Tiada kata seindah yang mampu saya ucapkan dan hanya mampu menitiskan air mata berterima kasih pada Allah. 

Ya Allah sungguh besar dugaan saya dan saya perlu tabah untuk hadapi hari hari yang mendatang. Saya insan terpilih yang dipilih olehNya untuk saya merasa manisnya sebuah ujian. Pasti menanti hikmah dan ganjaran besar yang tersembunyi buat saya.

Alhamdulillah hari ini saya sudah semakin sihat dan saya sangat bersyukur pada Allah memberi kekuatan dalaman buat saya untuk meneruskan langkah langkah dan sisa kehidupan saya. Ibarat mati hidup semula je saya rasa. Alhamdulillah semakin kita diuji semakin kita dekat kepada Allah. Allah sayang kita sebab itu Allah menguji kita dengan berbagai ujian dan dugaan. 

Saya sangat bersyukur menjadi salah seorang insan terpilih yang diuji dan diduga olehNya. Allah tidak akan sesekali menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan, kehidupan dan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah. Terima kasih Allah. 

Dan buat yang terakhir sekali saya dedikasikan jutaan sayang terima kasih atas sokongan nasihat inspirasi buat suami tercinta Khairol bin Kamaruddin yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. Dan juga kepada semua ahli keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Dan terima kasih buat semua kenalan sahabat sahabat yang sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan pada diri saya. Syukur Alhamdulillah......saya sayang kamu semua.....

                  Indahnya sebuah ujian



14 comments:

  1. Yati hebat. Yati tabah..insyaAllah.. sama-sama kita doa yati dikurnia baby kedua dengan sihat dan selamat ya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...syukur atas rezeki dariNya :)

    ReplyDelete
  3. Semoga yati sentiasa kuat dan tabah..Allah takkan uji hambanya yang,melainkan Dia tahu hambaNya itu benar2 kuat untuk menghadapinya..

    ReplyDelete
  4. semoga yati sentiasa kuat dan tabah atas dugaan dan ujian ni. InsyaAllah akan ada rezeki yang lain nanti.

    http://sinarcahayamata.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. sakit itu dugaan, selalunya datang bersama seribu hikmah..

    ReplyDelete
  6. awak adalah antara insan terpilih yati. Semoga awak diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Inshaallah.

    Nak tahu rahsia bagaimana jana wang dari blog? klik sini

    ReplyDelete
  7. Sedih. Semoga Allah beri ketabahan kepada awak ye.
    http://tipsihatselalu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Syafakillah, Sis. Allah tak uji jia kita tak mampu tanggung

    ReplyDelete
  9. Allah beri ujian pada insan2 terpilih...
    bersabar la sayang..kamu kuat melalui nya...
    semoga rezeki lbih melimpah ruah

    ReplyDelete
  10. harap puan bersabar atas ujian dari-Nya ini.pasti ada hikmah disebaliknya...dan yakinlah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi..aminnn...

    ReplyDelete
  11. sayu baca kisah ini.Moga ALLah beri rezki dalam bentuk yang lain pula in shaa ALLah

    ReplyDelete
  12. sabar ye yati mesti ada hikmah semua ni..Allah bagi kita ujian sebab DIA sayang kita..

    ReplyDelete
  13. Yati adalah insan terpilih oleh Allah...tentu besar ganjarannya...yang tak mampu kita nak jangkau...in shaa ALlah, kmaria doakan yang terbaik untuk yatie..

    7 Tips Awet Muda Amalan Isteri Buat Suami Geram Nak Cubit Pipi Sokmo | Diari Mama

    ReplyDelete
  14. Semoga dugaan membuat sis lebih tabah. Apapun, jangan lupa berpantang betul-betul ye.

    ReplyDelete