Thursday, 23 October 2014

Cara didik anak mengikut sunnah Nabi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....pada kali ini saya nak kongsikan tips mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah SAW.


PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterusnya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat beramal.Sama sama kita mendidik anak anak syurga kurniaan Allah dengan penuh ilmu yang bermanfaat dan jalan yang diredhai olehNya.insya Allah.Amin ...

Kaedah mendidik anak dengan cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...entry saya pada kali ini saya nak kongsikan kaedah kaedah mendidik anak cemerlang. Didalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu.

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa-ibubapa lain. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahioran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.

                          Keluarga bahagia 

Tujuh kaedah tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

Mengenai solat di awal waktu
Adab dengan orang tua-tua
Adab dengan guru
Adab dengan kawan-kawan
Tugas harian di rumah
Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
Tatacara makan mengikut sunnah nabi
Cara belajar yang berkesan
Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
Keselamatan jalan raya
Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah soal jawab

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoaljawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk kenangan lalu

Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Janganlah bersedih sayang

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.....Sudah seminggu tidak berkarya di sini. Terasa perasaan yang amat rindu mendalam untuk mencoretkan sebuah bingkisan seorang perjalanan insan kerdil di bumi Allah ini. Alhamdulillah pada pagi ini Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis di sini. Saya baru sahaja keluar daripada hospital pada hari Sabtu yang lepas.

Ini adalah sedikit coretan kisah hidupku.....:)

12 Oktober 2014

Alhamdulillah setelah  merasakan period lambat datang saya membuat urine pregnant test dan ujian itu menunjukkan saya positif hamil. Syukur sangat terasa kerana memang saya teringin untuk hamil lagi. Sebelum ini saya sudah dikurniakan seorang anak yang comel Muhammad Farish Aryyan Bin Khairol yang kini berusia setahun 6 bulan. Sepanjang kehamilan ini saya tidak merasa sebarang alahan dan menjalani hari hari saya seperti biasa sahaja. 

Selepas 4 minggu usia kehamilanku saya bercadang untuk membuat pemeriksaan ultra sound untuk melihat perkembangan janinku. Ini adalah kerana saya perlu membuat pemeriksaan awal mengandung disebabkan sebelum ini saya sudah mempunyai sejarah iaitu anak sulong saya meninggal ketika usia 38 minggu di dalam perut dan saya ada sejarah mengandung di luar rahim.

15 Oktober 2014

Saya dan suami pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan ultra sound bagi melihat perkembangan janinku. Mengikut pengiraan doktor usia kandungan saya ketika ini lebih kurang 4 minggu lebih. Semasa membuat pemeriksaan ultra sound doktor tidak dapat mengesan kantung mahupun degupan jantung babyku. Saya sudah tidak sedap hati dan saya cuba menyedapkan hati saya. Mengikut pengalaman anak pertama dan keduak saya pada usia 4 minggu doktor sudah dapat mengesan degupan jantungnya melalui pemeriksaan ultra sound. Doktor memberi penjelasan mungkin tidak nampak lagi kerana baru lagi usia baby saya . Doktor dapat mengesan rahim saya mengembang menunjukkan tanda tanda kehamilan. 

Dan saya memberitahu doktor saya sakit pinggang sepanjang hamil ini dan doktor menyuruh saya membuat pemeriksaan urin dikhuatiri saya terkena jangkitan air kencing kotor. Rupanya tekaan saya meleset selepas cek urin air kencing saya normal tidak mengalami jangkitan kencing kotor. Doktor memberi masa 2 minggu lagi untuk saya datang lagi membuat pemeriksaan.

16 Oktober 2014

Pada pagi itu saya merasa sakit pinggang dan perut saya memulas yang teramat sakit. Suami saya segera membawa saya ke hospital. Di dalam hati saya tidak putus putus berdoa agar dijauhi perkara perkara yang tidak diingini. Saya sangat bimbang kejadian pengalaman  mengandung di luar rahim berlaku lagi. Ternyata betul apa yang saya rasakan. Selepas pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengandung di luar rahim sekali lagi. Ya Allah terasa senyap gelap gelita dunia ini seketika. Saya hanya mampu menangis dan menangis. Selepas reda kesedihan saya tabahkan diri dan menerima ujian ini dengan Redha pasti ada hikmahnya. Doktor memberitahu sekiranya baby saya berada di tiup kanan saya doktor terpaksa membuang tiup sebelah kanan saya dan saya tidak dapat hamil lagi. Kerana pada kandungan luar rahim sebelum ini doktor sudah membuang tiup sebelah kanan saya. Sekali lagi saya menangis kerana terlalu sedih untuk menerima penerangan doktor itu.

Suamiku memberi semangat kepada saya dan memberi keizinan untuk doktor membuat pembedahan keatas diri saya bagi menyelamatkan nyawa saya. Luluh hati seorang isteri pada ketika itu. Saya dengan rela hati menurunkan tandatangan memberi persetujuan untuk membuat pembedahan. Pada petang itu juga saya ditolak ke dewan pembedahan untuk dibedah. Kira kira pukul 630 petang saya di dalam bilik pembedahan dan pembedahan itu mengambil masa lebih kurang dua jam setengah.

              Nametag kenanganku..hihi.....

Alhamdulillah pembedahan saya berjaya dan Allah masih panjangkan usia saya. Selepas saya sedar suami saya memberitahu baby saya menempel di tiup yang lama sebelah kiri yang sudah dibuang pada kehamilan saya yang dulu. Saya hanya mampu tersenyum dan bersyukur pada Allah kerana tiup sebelah kanan masih ada. Tiada kata seindah yang mampu saya ucapkan dan hanya mampu menitiskan air mata berterima kasih pada Allah. 

Ya Allah sungguh besar dugaan saya dan saya perlu tabah untuk hadapi hari hari yang mendatang. Saya insan terpilih yang dipilih olehNya untuk saya merasa manisnya sebuah ujian. Pasti menanti hikmah dan ganjaran besar yang tersembunyi buat saya.

Alhamdulillah hari ini saya sudah semakin sihat dan saya sangat bersyukur pada Allah memberi kekuatan dalaman buat saya untuk meneruskan langkah langkah dan sisa kehidupan saya. Ibarat mati hidup semula je saya rasa. Alhamdulillah semakin kita diuji semakin kita dekat kepada Allah. Allah sayang kita sebab itu Allah menguji kita dengan berbagai ujian dan dugaan. 

Saya sangat bersyukur menjadi salah seorang insan terpilih yang diuji dan diduga olehNya. Allah tidak akan sesekali menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan, kehidupan dan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah. Terima kasih Allah. 

Dan buat yang terakhir sekali saya dedikasikan jutaan sayang terima kasih atas sokongan nasihat inspirasi buat suami tercinta Khairol bin Kamaruddin yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. Dan juga kepada semua ahli keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Dan terima kasih buat semua kenalan sahabat sahabat yang sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan pada diri saya. Syukur Alhamdulillah......saya sayang kamu semua.....

                  Indahnya sebuah ujian



Wednesday, 15 October 2014

Sakit pinggang ketika hamil

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengikut setia blogger saya. Pada hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang sakit pinggang ketika hamil.

                     Kehamilan saat terindah

Sakit pinggang ketika hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ramai wanita yang mengeluh sakit pinggang terutamanya apabila usia kandungan hampir ke 2 trimister. Sakit pinggang ketika hamil terjadi kerana faktor hormon kehamilan  yang meningkat dan membuatkan sendi  tidak stabil sehingga ke kawasan pelvik yang mengembang mengikut perkembangan bayi.

Selain itu kenaikan berat badan ketika hamil antara 11-15 kg menyebabkan rasa sakit menjalar sehingga ke sekeliling perut. Sebab itu ketika bangun tido awal pagi dari katil memang amat menyiksakan. Perubahan bentuk badan kita yang besar  dan banyak semasa hamil juga menganggu kestabilan diri.

Antara pencegahan awal yang anda boleh mencegah dan mengurangkan rasa sakit pinggang ketika hamil ialah:

♡ Pakai kasut yang rata yang direka khas untuk ibu mengandung. Elakkan kasut yang bertumit. Ia dapat mengurangkan masalah regangan pada tulang

♡ Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama

♡ Tidur dalam posisi mengiring dengan bantal diantara dua kaki anda seperti posisi memeluk orang. Terdapat juga bantal khas untuk ibu hamil. Anda boleh cuba mengguna bantal itu. Anda juga boleh meletakkan bantal sebagai alas perut apabila perut semakin membesar.

♡ Gunakan tali pinggan khas untuk ibu hamil bagi membantu menyokong ibu hamil mengurangkan rasa sakit pinggang.

♡ Jika rasa tegang atau cramp menyerang, anda boleh cuba dengan cara memasukkan ais atau air suam di dalam kantung compress dan tuam. Lakukan sekurang-kurangnya 10-15 minit.

♡ Hindari mengangkat benda berat dan yang mendatangkan beban pada tubuh anda.

♡ Biasakan berjalan kaki paling tidak 20-30 minit setiap hari.

♡ Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membongkok atau tegak.

Selain melakukan kesemua diatas, pengambilan pil kalsium juga sangat membantu bagi masalah sakit pinggang ketika hamil. Ia membantu memelihara saraf yang mana saraf inilah yang mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita.

Kalsium juga penting semasa proses kelahiran nanti dimana otot-otot badan berkerja keras semasa kontraksi. Pengambilan kalsium yang cukup juga dapat membantu mengurangkan pendarahan ketika bersalin kerana platlet darah cepat terbentuk sekaligus mengurangkan risiko pendarahan ketika bersalin.

Antara produk shaklee yang dapat membantu melegakan sakit pinggang ketika hamil ialah ostematrix.
Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.
Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

            Ostematrix lebih daripada kalsium

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.

2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.

3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).

5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.

6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.

7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Khasiat dalam ostematrix

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia


Tips Mengatasi Keguguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang keguguran.

Apa itu Keguguran?

Keguguran biasa terjadi ketika trimester pertama

Keguguran ialah ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab-sebab

Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah:

● Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

● Masalah penyakit  si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda

● Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risiko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.

● Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko

● Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.

● Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran

● Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)

● Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

● Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:

♧ Pemakanan yang tidak sihat
♧Merokok
♧Horman yang tidak seimbang
♧Jangkitan kuman
♧Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
♧Terdedah pada radiasi dengan banyak
♧Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
♧Demam yang tersangat panas
♧Rahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
Keluar lendir yang berbau dari faraj
Demam melebihi 38 darjah C

Selepas keguguran:

Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
Jangan gunakan tampon
Jangan douche vagina anda
Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur

Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Kehamilan Hampir Gugur

Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

■ Merah pekat
■ Merah cair
■ Coklat
■ Kadang-kadang sangat sedikit
■ Kadang-kadang berketul darah
■ Sakit belakang
■ Sakit pada ari-ari
■ Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

♡ Jangkitan kuman pada faraj
♡ Polip pada pangkal rahim
♡ Hamil di luar rahim
♡ Cancer pangkal rahim

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

Tunggu dan lihat:

Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

Kurangkan aktiviti yang lasak:
Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

Ubat Progesterone:

Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

Tenangkan fikiran:

Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.


Keguguran janin

Awas wanita! Rawat keputihan sebelum parah

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blogger yati. Pada kali ini saya nak kongsikan tentang keputihan dan cara merawatnya.

Apa Itu Keputihan?

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.  Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?

♤ Faktor Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

♧ Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

♧ Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

♧ Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Cara mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

☆ Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.

☆ Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

☆ Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).

☆ Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja.

☆ Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.

☆ Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.

☆ Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.

☆ Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

☆ Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

☆ Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

☆ Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

☆ Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

☆ Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan di bawah ni. Yelah ada sesetengah orang lebih selesa rawatan yang jenis makan makan ni.. tak nak yg cuci cuci dan sebagainya kan... kira alternatif lain lah ni selain cara tradisional...                  Set keputihan Shaklee

Bagaimana suplemen Shaklee ni bertindak?

Alfalfa Complex
Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex
antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
menstabilkan glukos di dalam tubuh
menurunkan kolesterol
menurunkan darah tinggi
detoksifikasi

GLA Complex
Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
Meningkatkan sistem imun tubuh
Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia




Tuesday, 14 October 2014

Kuantiti Air yang Diperlukan Oleh Badan Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang sukatan air yang diperlukan dalam badan manusia serta kebaikan meminum air putih.

         Air putih elok untuk tubuh badan manusia

Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?

Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.

Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?

Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.
Formulanya ialah:

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)
Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb

(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz

(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya..     Kuantiti Air perlu  diminum mengikut berat                              badan seseorang

Kebaikan minum air putih

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Air putih pelbagai khasiat


Monday, 13 October 2014

Jadual waktu sistem badan manusia

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blogger yati. Pada kali ini saya nak kongsikan tentang jadual waktu sistem badan manusia. Haaa macam pelik ke dengar? Jangan tak tahu badan kita pun ada jadual tau ..hihi...

Setiap perkara di dunia ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak dan macam macam lagi.

Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual anggota badan dan tugas mereka yang tertentu.

                  Sistem tubuh badan manusia 

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. Jangan skip sarapan pagi kerana sarapan memberi tenaga untuk mulakan kerja seharian. Pastikan mengambil makanan yang berkhasiat.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Waktu Petang

1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.


Organ organ badan manusia

Saturday, 11 October 2014

Diabetes semasa hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang Kencing Manis Semasa Hamil.        Ibu hamil yang ada diabetis cepat letih

Apa itu Kencing Manis Semasa Hamil (Diabetis Gestasi)?

Sekiranya wanita yang mengandung disahkan menghidapi kencing manis, ia dikenali sebagai diabetis gestasi atau kencing manis semasa hamil. Kebiasaannya setiap wanita mengandung akan menjalani ujian diagnosis untuk mengenal pasti sama ada mereka menghidapi penyakit ini dengan Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT).

Diabetis Gestasi berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan akibat kehamilan. Hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas semasa mengandung. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan akan meningkat.

Pada masa yang sama hormon yang dihasilkan oleh uri bayi bagi tujuan tumbesaran turut menghalang badan si ibu menggunakan hormon insulin dengan efisien.

Anda tidak perlu terlalu risau sekiranya disahkan menghidapi Diabetes Gestasi kerana ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. 2 hingga 14% ibu hamil diserang penyakit ini. Gestasi Diabetis berbeza dengan Diabetis Jenis 1 dan 2 kerana kebiasaannya paras gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai Diabetis Gestasi?

● Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30;

● Dahulu telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;

●Menghidapi Diabetis Gestasi sebelum ini;

● Keluarga mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
Keluarga dari nenek moyang yang mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Kesan Diabetis Gestasi Kepada Bayi dan Si Ibu

Sekiranya ibu hamil tidak mengamalkan langkah penjagaan kesihatan yang optimum, ia mampu memberikan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan terutamanya apabila paras gula dalam darah terlalu tinggi.

Gula yang banyak di dalam darah akan merentasi plasenta ke bayi dalam kandungan. Akibatnya, saiz bayi akan menjadi terlalu besar kerana menerima bekalan gula yang banyak. Bayi yang besar menyukarkan proses bersalin, dikhuatiri pembedahan caesarean terpaksa dilakukan.

Menurut kajian, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami Diabetis Gestasi didapati cenderung untuk mendapat obesiti dan diabetis jenis kedua apabila mereka membesar dewasa.

Tambahan itu, walaupun Diabetis Gestasi ini kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan,si ibu boleh mendapat diabetis mellitus jenis kedua yang kronik sekiranya mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawal paras gula dalam darah.

Rawatan untuk Diabetis Gestasi

Langkah yang terbaik untuk merawat penyakit ini sudah tentu dengan mengubah cara pemakanan dengan lebih sesuai dan sihat. Berikut adalah antara tips diet sihat untuk pesakit Diabetis Gestasi

1.    Agihkan jumlah makanan sehari kepada 3 kali waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan 2 ke 3 kali makan ringan setiap hari.

Makan terlalu banyak dalam satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan mendadak. Sebaiknya, amalkan memakan snek seperti roti gandum penuh, buah atau salad di antara waktu makan utama (contoh: minum pagi, minum petang) bagi memastikan anda tidak terlalu lapar kemudian makan dengan banyak semasa waktu makan utama. Namun demikian, pemilihan snek perlulah betul.

Dalam pada itu, jangan pernah tinggalkan waktu makan semasa mengandung kerana bayi dan badan anda memerlukan ekstra nutrisi daripada pelbagai sumber makanan.

2.    Makan daripada kumpulan kanji pada kadar yang betul

Kadar yang betul itu bermaksud, lebih kurang 2-3 senduk nasi (rata) atau 2 keping roti. Banyakkan jumlah sayur di dalam pinggan kerana serat pada sayur boleh menjadikan anda kenyang lebih cepat dan lebih lama.

Makanan daripada kumpulan kanji seperti nasi, mi, roti, atau kuih muih berasaskan tepung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Sekiranya anda terlalu banyak memakan makanan berasaskan kanji, ia mampu meningkatkan gula dalam darah dengan mendadak.

Terdapat dua jenis makanan berkanji; Kanji kompleks dan Kanji halus. Nasi putih dan roti putih dikenali sebagai kanji halus yang begitu mudah bertukar menjadi gula semasa diproses dalam badan. Makanan ini tidak disarankan dimakan terlalu banyak oleh pesakit diabetis kerana ia mampu meningkatkan kadar gula dengan sangat cepat.

Sebaliknya, anda boleh memakan nasi perang dan roti gandum penuh yang merupakan kanji kompleks. Makanan ini mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, mampu menstabilkan kadar gula dalam darah daripada mencanak naik dengan mendadak. Beras Ponni yang tidak mengandungi kanji juga antara pilihan yang baik.

3.    Minum susu hanya satu gelas (lebih kurang satu mug) pada satu masa

Susu sememangnya berkhasiat kerana kaya dengan kalsium dan ia amat penting untuk diminum semasa mengandung. Namun begitu, susu juga mengandungi karbohidrat. Minum terlalu banyak pada satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat.

4.    Hadkan pengambilan buah-buahan

Buah juga makanan berkhasiat tetapi tinggi dengan gula. Anda boleh makan 1 hingga 3 sajian setiap hari tapi jangan makan sekaligus dalam satu masa.Satu sajian bermaksud sebiji bagi buah kecil (epal, pisang, oren) dan sepotong bagi buah besar (tembikai, tembikai susu, betik), 8 biji anggur, 5 biji rambutan dan banyak lagi

5.    Kurangkan makanan manis dan pencuci mulut

Kek, kuih, gula-gula dan pastri kebiasaannya mempunyai kandungan kanji halus yang amat tinggi. Makanan ini juga biasanya tinggi lemak dan rendah khasiat. Kurangkan juga pengambilan air manis dan minuman berkarbonat.Selain daripada tips pemakanan sihat diatas, ibu hamil juga perlu mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam ringan seperti berjalan kaki, menaiki tangga atau membuat kerja rumah – sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Apa yang paling penting, dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar pemakanan untuk cadangan pemakanan dan pengambilan ubat yang betul serta bersesuaian dengan kesihatan anda.

Kehamilan saat terindah

Tanda tanda awal kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini adalah tentang tanda tanda awal kehamilan.



Berikut merupakan antara tanda tanda kehamilan iaitu:-

1. Payudara membengkak / terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan

Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah

Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenali oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya buatlah pemeriksaan dengan doktor kerana dikhuatiri bahayakan keselamatan bayi anda.

4. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

5. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

6. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala

Memang agak pelik, kerana sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.

8. Sakit punggung

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebakan kerana beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Kram

Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

10. Mengidam

Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.

11. Peningkatan suhu pada tubuh badan

Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.

12. Bau Badan

Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningka.

13. Pengsan

Mungkin anda sering menonton adegan wanita hamil yang pengsan. Namun faktanya ini dapat terjadi kerana kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh kerana itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.

14. Munculnya darah

Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embro.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.



Friday, 10 October 2014

Anemia Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya sebelum ni tentang bahayanya tekanan darah tinggi. Pada kali ini saya nak kongsikan pula tentang anemia semasa hamil.

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Tiga kelas anemia yang utama termasuk:

♤ kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);

♤ pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan

♤pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada risiko masalah anemia di kalangan ibu hamil:

■ ibu hamil yang tidak mendapat khasiat secukupnya serta tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbang berikutan masalah morning sickness yang teruk dan berlarutan

■ ibu yang hamil anak kembar

■ jarak kehamilan yang terlalu rapat

■ tabiat pemakanan yang tidak baik

■ merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan

■ penggunaan ubat-ubatan anti konvulsi

■ perkara-perkara yang boleh mengganggu penyerapan zat besi secara efektif oleh badan

Sementara itu, berikut pula saya kongsikan antara komplikasi dan akibat jika seseorang ibu hamil mengalami anemia dan masalah kekurangan zat besi:

● lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang

● bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya

● pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut

● meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan tekanan darah ketika hamil) yang boleh mengundang pelbagai risiko lain termasuk kematian

● lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin

Terdapat pelbagai simptom yang menjurus kepada permasalahan ini. Antara yang lazim termasuk:

¤ keletihan
¤ lemah anggota badan
¤ terasa seakan hendak atau mudah pitam
¤ muka kelihatan pucat & lesu
¤ jantung berdegup lebih kencang dari biasa
¤ loya
¤ sakit kepala dan pening
¤ mudah lupa
¤ keradangan pada lidah

Sebagai panduan am, ibu hamil yang mempunyai bacaan hemoglobin melebihi 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Mengambil kira pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kemudaratan baik buat si ibu mahupun kepada kandungan akibat masalah kekurangan sel darah merah ini, langkah-langkah pencegahan bagi mengatasi masalah ini perlu diambil oleh setiap ibu hamil demi memastikan kandungan dan dirinya sentiasa sihat.

Justeru ibu-ibu hamil adalah disarankan untuk meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

Di samping itu, doktor yang merawat dan menjalankan pemeriksaan terhadap ibu hamil yang mempunyai permasalahan ini juga lazimnya akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.


Thursday, 9 October 2014

Set Darah Tinggi Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Entry pada kali ini nak kongsikan tentang set darah tinggi shaklee.

Golongan yang berisiko cenderung mendapat darah tinggi:

♡Sejarah keluarga - faktor genetik
♡Peningkatan usia - lelaki cenderung mendapatnya di usia pertengahan manakala wanita selepas mengalami menopaus
♡Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal - orang yang tidak aktif cenderung untuk mempunyai kadar nadi yang lebih tinggi, menyebabkan lebih kuat jantung bekerja dan menyebabkan lebih kuat tekanan di saluran arteri
♡Diet yang salah
♡Pengambilan alkohol secara berlebihan
♡Berat badan berlebihan
♡Tekanan perasaan
♡Merokok - tembakau boleh merosakkan saluran arteri

Tekanan darah tinggi yang tidak diatasi dan dicegah boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi berikut:

● Strok
● Sakit jantung - kegagalan jantung
● Kerosakan ginjal
● Kerosakan mata

Antara produk shaklee untuk darah tinggi ialah Garlic dan Omega Guard. Set ini antara kombinasi untuk membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Garlic
- membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah

OmegaGuard
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

- Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Wednesday, 8 October 2014

Kenali Tanda tanda hendak bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blogger saya. Ternanti nanti entry apa saya nak kongsikan pada anda semua pada kali ini? Hihi.... pada kali ini saya nak kongsikan tanda tanda hendak bersalin. Kepada bakal bakal ibu muda ini informasi ini sangat bagus untuk anda ketahui.

Kepala bayi dah engage

Jom kita lihat tanda tanda itu.
Tanda- tanda nak bersalin termasuk:

1. Engages

Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. Anda mungkin perasaan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. Untuk ibu kali pertama, bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum EDD anda. Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.

2. Kerap membuang air kencing

Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu, anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satu tanda nak bersalin yang sering berlaku.

3. Sakit belakang bahagian bawah

Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah, anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.

4. Kontraksi Braxton-Hicks

Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.

5. Cirit-birit

Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.

6.  Keputihan

Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

7. Lendir pekat dan pendarahan (bloody show)

Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.

8. Air ketuban pecah

Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah. Kebanyakan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin.

Saat saat kelahiran


Semoga info info ini bermanfaat kepada semua bakal bakal ibu. 


Set Kurus Ekonomi Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim perayaan Aidiladha ini pasti tidak berasa nikmat kalau tidak menikmati hidangan daging. Memang tidak dinafikan daging gulai kenduri memang best. Tapi Awas!!! Banyak mana dah kita makan lemak daripada daging tu?? Lemak yang terkandung di dalam badan kita pasti memeningkan kepala kita lebih lebih lagi pada yang sangat menjaga kesihatan dan penampilan diri.

Jangan risau tentang lemak tu.jom kita atasi dengan set kurus dari Shaklee. Insya Allah dengan penggunaan yang konsisten, penjagaan makanan yang seimbang dan senaman pasti tubuh badan yang diingini menjadi realiti.

Shaklee menyediakan beberapa pilihan untuk set diet antaranya Energizing soy protein (Esp), Omega Guard, lecithin, herblax dan alfalfa. Perlu ke ambil semua supplemen di atas ini? Tidak banyak sangat ke untuk ditelan? Hihi....entry saya pada kali ini saya nak ceritakan tentang set kurus ekonomi yang mampu milik.
Set kurus ekonomi ini terdiri daripada Lecithin dan herblax. Iaitu gabungan agen detoxs pembakar lemak dan mengangkut lemak keluar dari tubuh badan seseorang. Set ini memang harga mampu milik dan semua pasti boleh memperolehinya.


Lecithin

Lecithin merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan system badan kita.

Kebaikan dan keistimewaan Lecithin

● Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

● Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka dan  perlukan Lecithin ni? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.

● Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat zat penting dari saluran darah ke dalam sel sel badan.Tanpa lecithin yang mencukupi membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan .Banyak faktor seperti bahan bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat zat . Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.

● Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

● Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

● Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

● Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia.

● Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg mempunyai alergi, hay fever, asma ,bronkitis dan emphysema.

● Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

● Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

● Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

● Lecithin, bersama unsur unsur lain digunakan untuk membuat BILE.. BIKE ni fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

Herblax

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. 

Ia mengandungi 9 herba semulajadi:
♧ alfalfa leaves
♧ senna leaves
♧ anise seed
♧ blue malva flower
♧ buckhorn bark
♧ licorice root
♧ rhubarb root
♧ fennel seed
♧ culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.
Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax

● pembersihan najis yang tersekat
meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

● membantu masalah sembelit
tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.

● mengempiskan perut
ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.


Insya Allah cubalah set kurus ekonomi ini. Harga pasti mampu milik. Cubalah sekarang. Hendak dapat diskaun dan harga murah joinlah ahli sekarang....


Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman dan Dungun untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

Untuk maklumat lanjut dan order boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 ( Puan Yati)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **