Wednesday, 24 September 2014

Kelengkapan ibu bersalin ke hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry pada kali ini saya nak kongsikan persiapan kelengkapan yang perlu di bawa ke hospital bagi ibu yang hendak bersalin. Bila dah ada tanda tanda hendak bersalin ibu ibu perlu segera ke hospital. Sebelum pergi hospital jom lihat persiapan yang perlu dibuat.

Checklist untuk mama:

☆☆ Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.

☆☆ Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angin dalam badan.

☆☆ Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad. Malah mudah dibuka dan ditukar jika doctor nak buat pemeriksaan. Tapi kalau selesa nak berseluar, bawa seluar longgar.

☆☆ Set kelengkapan mandian

☆☆ Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.

☆☆ Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran

☆☆ Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang.

☆☆ Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi

Checklist untuk bayi:

♤♤ Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai

♤♤ Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin

♤♤ Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini

♤♤ Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur

♤♤ Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada kesan calar akibat kukunya yang panjang.

Checklist lain-lain barang:

♡♡ Handphone dan charger

♡♡ Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain

♡♡ Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.

♡♡ Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala (jika nak)

♡♡ Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.

♡♡ Minyak urut atau losen

Checklist  JANGAN !!

♧♧ Barang kemas
♧♧ Wang tunai yang banyak
♧♧ Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.

Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:

》Kad rekod kesihatan
》Kad pengenalan
》Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans)
》Surat rujukan majikan
》Surat jaminan majikan
》Sebarang dokumen daripada pihak hospital.

Semoga info info ini berguna lebih lebih lagi pada ibu muda yang bakal melahirkan anak pertama. Untuk info panduan mudah bersalin boleh baca disini yer. Panduan mudah bersalin bagi ibu ibu yang bakal bersalin. Selamat bersalin semua. Saya doakan anda dan bayi selamat semuanya. Jangan lupa baca doa banyak banyak yer.


1 comment:

  1. Persiapkan semua perlengkapan bersalin anda menhelang kelahiran...lebih baik anda bersiap awal untuk berjaga-jaga..mana tahu anda akan bersalin awal

    ReplyDelete