Thursday, 11 September 2014

Percutian ke Pulau Redang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Topik saya pada kali ini entry santai. Saya nak kongsikan percutian kami sekeluarga. Pada Jun yang lalu kami sekeluarga bercadang untuk bercuti ke Pulau. Dan setelah mendapat kata sepakat kami memilih untuk bercuti ke Pulau Redang, Terengganu.

Gambar gambar di atas adalah antara pemandangan di Pulau Redang. Memang sesuai bagi yang ingin membawa keluarga untuk bercuti. Kami menginap di Redang Mutiara Resort. Resort ini tidaklah mahal kos sewanya dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Kami mengambil pakej dan kami tidak perlu risau untuk dapatkan bekalan makanan sepanjang bercuti di Pulau ini. Makanan yang dihidangkan oleh para pekerja Resort ini juga boleh tahan sedapnya. Dan malam terakhir kami di jamu dengan majlis ber 'bbq'. Sungguh sedap dan meriah sekali pada malam itu kerana kebetulan ramai bercuti pada waktu itu kerana waktu cuti sekolah.

Pernahkan anda membayangkan percutian yang indah mendamaikan yang tenang dari bingitan kota? Pasti semua menginginkan percutian yang indah yang dapat menenangkan pikiran dan terlupa sebentar masalah yang menyerabutkan pikiran. Saya cadangkan kalau nak pergi release tension pilihlah Pulau Redang.

Bagi yang memang 'hantu' snorkelling Pulau Redang adalah pilihan yang tepat. Dasar lautnya yang cantik dihiasi dengan batu karam,ikan ikan yang cantik serta fauna yang sungguh menakjubkan menyegarkan jiwa. Sungguh ini ciptaan Allah dan begitu kerdilnya rasa diri ini. Saya sungguh teruja dengan keindahan dasar laut yang tidak pernah sebelum ini saya lihat dengan mata saya sendiri. Inilah pertama kali saya snorkelling.

Saya ni bukan kategori yang pandai berenang. Saya memang takut untuk menyelam melihat dasar laut. Oleh kerana keinginan yang tinggi untuk melihat keindahan ciptaan Allah saya menguatkan semangat untuk belajar. Pada mulanya suami saya mengajar tentang asas berenang dan menyelam. Dan selepas beberapa kali praktis saya mencuba dan Alhamdulillah dapatlah saya melihat sendiri indahnya ciptaan Allah. Saya begitu teruja sekali kerana pertama kali dapat menyelam dan menyentuh batu karam dan ikan ikan yang cantik di dasar laut.

Ini antara gambar gambar yang sempat diambil sepanjang kami snorkelling di perairan Pulau Redang. Lihatlah laut yang membiru yang indah dan menyamankan mata yang memandang. Air nya juga sejuk sekali. Nampak kan ikan ikan meloncat timbul di permukaan air tu kan. Memang mengujakan dan kami dapat sentuh dengan tangan ikan itu..hihihi... Ikan ikan di sini pun jinak dan boleh disentuh. Kami juga berpeluang memberi makan roti kepada ikan ikan di sini. Seronok melihat ikan ikan tu berebut rebut ingin dapatkan roti. Sungguh mengasyikkan! Semoga percutian kami ini sekeluarga ini memberi memori yang indah dan sekiranya ada rezeki lagi pasti kami akan datang bercuti lagi di sini. Bagi yang memilih pulau untuk destinasi berbulan madu atau pun bercuti bolehlah pilih Pulau Redang sebagai destinasi percutian hebat anda. Pasti anda tidak menyesal kerana Pulau ini sungguh indah cantik dan mendamaikan.

3 comments:

  1. sungguh cantik pemandangannya...dan terasa menyeronokkan..
    jemput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/ZhYI7u

    ReplyDelete
  2. Subhanallah cantik pemandangan
    jom lawat blog saya :

    http://goo.gl/A82Wws

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. Cantik sangat!! Belum berpeluang pergi bercuti lagi..

    bit.ly/Zi49TW

    ReplyDelete