Sunday, 28 September 2014

Petua Cerai Susu Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

                Ni gambar permata hati saya 

Amalan menyusukan bayi sehingga berumur dua tahun adalah amalan sunnah. Pasti pengalaman menyusukan bayi anda adalah pengalaman yang paling berharga dan dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu.

Di sini saya hendak kongsikan petua untuk bercerai susu badan. Pasti macam macam cara ibu ibu lakukan untuk ceraikan susu dengan anak anda kan. Yelah dah dua tahun sentiasa bersama waktu menyusu dan pasti agak mengejut untuk anak anda terima untuk berhenti menyusu badan. Di bawah ini antara petua petua yang ibu ibu boleh amalkan untuk bercerai susu badan.

1. Kurangkan Dahulu Sebelum Bercerai Sepenuhnya

- Seeloknya, elakkan dari berhenti secara tiba-tiba (unless terpaksa & atas nasihat doktor), bimbang emosinya terganggu

- Kurangkan 1 sesi penyusuan pada setiap minggu, contohnya biasanya di belah siang jumlah sesinyanya adalah 7, minggu depannya sebanyak 6 sesi, dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja

- Sebaliknya, ibu ibu boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya

- Kenyangkan dengan makan lain dahulu sebelum anak anak meminta susu badan dan jangan menyusukan terlalu lama pada tiap tiap sesi penyusuan

- Elakkan menawarkan susu badan jika tidak diminta, dan jangan menolak jika diminta

- Gunakan kaedah ansuran, ibu ibu boleh alihkan perhatiannya pada aktivti atau benda lain dan proses ini mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan

- Jangan terburu-buru untuk memberhentikan susu pada waktu malam dan jangan salin baju di depan anak bagi mengelakkan dia ternampak lalu teringat

2. Bagitahu dan Terangkan Kenapa Kena Berhenti

- Terangkan kepada anak anak kenapa anda mahu memberhentikan penyusuan

- Ibu ibu boleh bagitau yang dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur ataupun pada waktu malam sahaja

- Jika ibu ibu hamil ataupun mengalami kesakitan pada puting, ibu ibu boleh bagitau kepadanya, yang penting jangan marah atau stress.

3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam

- Sebolehnya, elakkan menjadikan penyusuan sebagai cara untuk menidurkannya. Sebaliknya, gantikan dengan aktiviti membaca buku, mendodoi, berzikir, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya

- Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain, selain dari tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum tidur. Mungkin di bilik lain ataupun ruang tamu

- Jika anak terjaga pada waktu malam, biar suami yang menenangkannya. Sekiranya anak anak mahukan susu, perah dan biar suami yang bagi.

4. Mengurangkan Bengkak Susu

- Jangan makan makanan atau minuman yang memperbanyakkan susu, contohnya oat masa proses menceraikan susu

- Mandi dengan air suam dan tumpukan air suam tersebut pada bahagian yang bengkak. Takpun, ibu ibu boleh tuam-tuam dengan air suam

- Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli ibu. Potong urat kobis yang keras agar lebih selesa dan biarkan selama 20 minit, 2 kali sehari.

5. Perubahan Tingkah Laku

- Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan

-Anak ibu ibu mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti susu. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja dan  kadang kadang lebih nakal

- Anak anak juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri, sebagaimana ibu ibu  juga perlukan masa dengan perubahan ini

- Ibu ibu juga mungkin berasa sedih, sunyi dan tertekan selepas kali terakhir anak menyusu, terutamanya jika berhenti secara tiba-tiba.

Sememangnya penyusuan susu ibu adalah terbaik. Semoga dengan petua yang dikongsi ini memberi manfaat kepada ibu ibu semua.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment