Friday 28 November 2014

Keindahan pantai kampungku Pantai Teluk Kalong

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Petang tadi berkesempatan bawa anak bersiar siaran di pantai Teluk Kalong, Kemaman. Hujung minggu memang ramai orang berkunjung di pantai ini. Pantai Teluk Kalong sangat indah dengan udara yang nyaman dan pemandangan yang cantik mata memandang. Untuk berkelah dan beriadah bersama sama keluarga sangat sesuai di pantai ini.

Papa dan farish bermain dengan anak ikan

Syoknya Farish main air laut

Anugerah terindah...anak syurga


Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit info tentang pantai Teluk Kalong.

Keindahan pantai

Pantai Teluk Kalong
Pantai Teluk Kalong sebuah pantai yang popular dikalangan pelancong tempatan  kerana memiliki pantai yang menawan dan menarik. Kedudukan pantai yang melengkung menyebabkan kawasan ini sesuai untuk mandi-manda.

Apabila tiba di sini anda akan terpukau apabila melihat pantai yang luas lagi cantik dan bersih. Hati anda akan merasa tenteram dan damai. Ambil tikar dan hamparkan untuk berehat sambil melihat suasana pantai yang cantik. Pokok rhu menghiasi pantai dan keredupannya menyebabkan kita merasa nyaman.
Di pantai ini juga anda dapat melihat bot-bot nelayan yang terdampar di pantai. 

Deretan bot bot nelayan

Deretan bot ini memberi pemandangan tradisional untuk ditonton dan dirakam sebagai latarbelakang semulajadi. Bukan saja anda dapat melihat bot nelayan malah anda dapat melihat kapal-kapal besar yang sedang berlabuh berhampiran Pelabuhan KSB.

Pantai ini amat sesuai untuk menjalankan berbagai aktiviti kerana mempunyai kawasan yang luas. Di antara aktiviti yang sesuai ialah bola sepak pantai, bola tampar dan sukaneka. Selain itu aktiviti perkhemahan begitu sesuai dijalankan di sini. Untuk kaki pancing inilah tempat terdapat ikan besar seperti kerapu, ebek, pari dan lain-lain lagi.

 Gerai gerai 

INFO
Lokasi
Melalui Jalan Lama Kijal ke Perwaja dan selepas turun Bukit Kijal anda akan ternampak Papan tanda Pantai Teluk Kalong iaitu berhampiran Pusat Latihan Antarabangsa (Pupuk Semangat)

Jarak
130 km dari Kuala Terengganu
20 km dari Kemaman
Penginapan
Strawberry Kijal Resort Apartments
Lot 2865, Teluk Senajang,
Mukim Kijal, 24100 Kemaman,
Terengganu 
Tel: 09-8623402, 09-8623403 Faks: 09-8623402, 09-8623403

Awana Kijal Apartment
No. 4A, Persiaran Bunga Melor,
Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun,
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8649612
Faks: 09-8649655
Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
KM28, Jln Dungun-Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8641188
Faks: 09-8641688
Laman Web: http://www.awana.com.my
Emel: awanakij@tm.net.my

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri
Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694
Keistimewaan
Berhampiran dengan Pantai Penunjuk (10 minit perjalanan) dan Pantai Telaga Simpul (15 minit perjalanan).




Wednesday 26 November 2014

Pencuci pinggan dan botol susu mesra alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....pada kali ini saya nak kongsikan entry tentang pencuci pinggan dan juga sesuai untuk membasuh puting botol susu.

Pencuci pinggan jenama apa yang ibu ibu guna sekarang. Memang banyak jenama pencuci yang berada di pasaran sekarang. Sebagai suri rumah yang bijak dan prihatin pilihlah jenama yang tinggi kualitinya dijamin bersih dan selamat.

Get clean hand dish wash dari Shaklee

Sabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di samping itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.

Sabun merupakan bentuk garam kepada asid lemak bebas. Kebiasaannya bahan ini mempunyai ketoksikan yang rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit. Di rumah sabun boleh didapati dalam bentuk pepejal atau cecair.

Bahan pencuci pula merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS).

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

Saya nak kongsikan pencuci pinggan dan botol susu yang tebaik dari ladang hihi iaitu hand dish wash concentrate dari Shaklee               Sesuai juga untuk cuci botol susu

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Dish wash concentrate mengandungi 473ml dan sangat jimat kerana sangat pekat. Pencuci Pinggan Shaklee berbau harum, tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar.Ia dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya? Cubalah dulu pasti anda tersenyum puas hati.

Lembut pada tangan
Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
Buih sabun yang tahan lebih lama
Menjadikan pinggan bersih berkilau
Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

☆ Selamat
☆ Tidak toksik
☆ Hipoalergenik
☆ Tanpa klorin
☆ Lembut pada tangan
☆ pH seimbang
☆ Tiada bahan kimia berbahaya
☆ Berkesan

Amat berkesan menanggalkan minyak
Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam

Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
Mudah biorosot
Tanpa fosfat
Tanpa bahan pewarna
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Pencuci ini juga sesuai untuk mencuci botol dan puting susu anak anak kita. Hanya perlukan setitik dan rendam botol dan puting pasti dapat kesan yang diingini iaitu puting bersih dan hilang kesan susu. Ibu ibu tidak perlu menukar puting baru dan pasti menjimatkan wang anda.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia

Testimonial pengguna

Sunday 9 November 2014

Bahayakah penyakit endometriosis terhadap wanita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blogger yati. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang penyakit endometriosis.

Apa itu Endometriosis?

Gambar endometriosis dalam rahim wanita

Endometriosis adalah masalah perubatan atau penyakit yang berkaitan dengan tisu yang melapisi bahagian dalam rahim (juga disebut endometrium)  telah tersebar dan tumbuh di kawasan organ lain di dalam tubuh wanita. Kebiasaannya berlaku pada organ-organ pelvis. Endometriosis yang ditemui di saluran fallopian dan ovari boleh menyebabkan parut, pelekatan dan salur fallopian tersumbat serta boleh mempengaruhi kesuburan seseorang wanita.

Endometriosis dikatakan menyerang 7 peratus daripada wanita dalam lingkungan umur 18-35 tahun dan merupakan salah satu sebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Apakah gejala-gejala endometriosis?

Sakit pada bahagian pelvis adalah di antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa semasa melakukan hubungan seks, semasa membuang air kecil atau air besar.

Walau bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit yang dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit yang keterlaluan tetapi endometriosis mungkin masih dalam peringkat awal dan kepada mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin sudah pada tahap endometriosis yang sudah teruk.

Dalam kebanyakkan kes, endometriosis gagal didiagnoskan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Apakah kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita?

Untuk mengetahui kaitannya dengan kesuburan, amat penting untuk wanita memahami dengan jelas apa itu endometriosis dan bagaimana ia boleh mempengaruhi  kesuburan mereka.

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dijumpai pada kawasan badan yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, salur fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.

Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Sekiranya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur fallopian akan berjauhan dari ovari dan sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku. Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada salur fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.

Siapa Berisiko? Apa Punca Endometriosis?

Sehingga kini saintis masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar bagaimana ia terjadi. Tetapi terdapat teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Adalah dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid. Ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian tubuh yang lain. Ia juga mungkin melibatkan mekanisma yang lebih kompleks di mana terdapat interakasi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis kerap terjadi pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak. Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.

Bagaimana diagnosa boleh dilakukan?

Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan juga pemeriksaan US. Jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, beliau mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dijumpai, doktor akan menentukan sejauh mana endometriosis sudah dan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku.

Bagaimana Endometriosis dirawat?

Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya.
Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Jadi risiko untuk mendapat penyakit ini semula adalah tinggi.

Rawatan ubat sahaja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan  menghalang endometriosis dari merebak. Rawatan hormon pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ia jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.
Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.
Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.
Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan.
Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah ko
tor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).
Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.
Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.
Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh.
Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Di sini saya nak kongsikan produk shaklee yang boleh membantu masalah wanita yang mempunyai endometriosis seperti di atas. 

Antara produk produk shaklee itu ialah:-

● Gla complex

● Vitamin E

● Vitamin C Sustain release

● Carotomax

● Vivix

Vitamin vitamin ini mempunyai antioksidan yang tinggi bagi membantu merawat penyakit endometriosis.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia