Friday 18 April 2014

Seronoknya bisnes shaklee

Assalamualaikum.....aku hanya insan biasa hidup seperti manusia lain juga. Pengalaman,dugaan cabaran suka duka membuatkan ku lebih matang dan dewasa dalam meniti hari hariku.Allah duga sebab Allah sayang aku. Bertapa banyaknya nikmat hidup duniawi yang Kau hadirkan dalam hidupku. 
Bekerja dari rumah dan menjadi suri rumah sepenuh masa adalah pilihan yang tepat bagi semua yang bergelar ibu. Siapa tak nak kan melihat tumbesaran anak anak depan mata dan rumah tangga terurus. Dek kerana itu saya nekad berhenti kerja di sebuah syarikat swasta dan fokus untuk lebih mempergiatkan empayar bisnes shaklee ni. Saya sekarang merupakan suri rumah berijazah yang menjana pendapatan dari rumah secara online dan offline. Sungguh seronok berbisnes ni.
Semua manusia didunia ni tak pernah lari dari pengalaman pahit suka duka mahupun manis. Allah uji semua hambanya. Allah tak akan uji hamba Nya kalau kita tak mampu untuk tanggung ujian itu. Semua orang pernah diuji olehNya.Sebagai tanda Allah mengingati hambaNya. Perancangan Allah adalah sebaik baik nya. Pasti setiap ujian akan berakhir dengan kemanisan dan kebahagiaan.
Alhamdulillah syukur diperkenalkan dengan bisnes Shaklee ini. Banyak pengalaman berharga suka duka cabaran dugaan dalam menghadapi liku liku bisnes ini. Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Walaupun kesihatan kurang mengizinkan selepas menjalani pembedahan namun rezeki bersama Shaklee tetap ada. Bisnes pun berjalan seperti biasa kerana bisnes ini sangat mudah hanya online dan semua dihujung jari.
Sape sape yang berminat untuk join team hebat kami dalam bisnes ni boleh hubungi yati 0179753858. Sms/whatsapp/telegram.

Tuesday 15 April 2014

Kenangan terindah

Assalamualaikum...bersiaran di hospital Kuantan medical centre sekarang. Hope Allah bagi kekuatan untuk saya coretkan secebis bingkisan rindu perjalanan insan kerdilMu ni. Saya bukan wanita yang hebat saya hanya manusia biasa Allah ciptakan. Sebagai hamba dibumi mu ni Ya Allah saya bersyukur sangat sangat kerana Allah masih memberi peluang untuk saya rasa nikmat duniawi ni. Yang kekal hanyalah amalan untuk kita bawa kesana nanti.

Hari ni 17 April 2014 hari bahagia saya kerana hari ini merupakan hari lahir puteri sulongku. Tanggal 17 April 2012 menyaksikan segala galanya. Allah sayang kamu sayang Siti Khadijah tunggu mama dan papa di pintu syurga. Hebat ujian mu Ya Allah. Perancangan mu memang betul betul hebat untuk saya lebih dekat denganMu.

Sekali lagi Allah hadiahkan sesuatu yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Tanggal 2 April 2013 lahirlah insan yang sangat sangat comel untuk membahagiakan sebuah ikatan keluarga. Muhammad Farish Aryyan Bin Khairol sangat comel bagi saya. Pengubat duka dikala Papa nya pergi berkhidmat sebagai pemimpin keluarga. Seorang anak yang memahami jiwa mama mu. Adik duduk elok elok dengan mak ngah yer. Jangan nakal nakal.Mama sangat sayang rindu kamu. Susu mama dah bengkak ni sayang. cepat cepatla adik datang sini yer. Mama nak bagi susu kat adik ni. Ya Allah...mama rindu adik.

Sekali lagi tanggal 15 April 2014 saya diuji lagi. Allah uji sebab Allah sayang yati. Semakin diuji semakin ku terasa dekat denganMu ya Allah. Allahu hebat sungguh perancangan mu ya Allah. Saya redha..saya percaya qada dan qadar saya ...Perancangan Allah adalah sebaik baik rancangannya. Jangan kita ubah walau sesaat. Aku rindu pada Mu ya Allah.

Cukuplah setakat ni yang saya coret yer...to be continued....Assalamualaikum. Sayang kamu semua.....

April..bulan penuh suka duka ku

pertama...17/4/2012 Allah tarik nikmat puteri sulongku

kedua 2/4/ 2013 Allah gntikan baby no 2 yati Farish Arryan

ketiga 15/4 Allah tarik segala galanya yg aku syg...

keempat 28/4 birthday my hubby...

Hope Allah bg kekuatan utk terima semua ni...Aku redha ya Allah...aku terima qada n qadar mu...

Terima kasih Allah...alhamdulillah...amin...

Sunday 13 April 2014

Nikmatilah shaklee dengan join ahli shaklee

Harga ahli shaklee hanya untuk ahli shaklee sahaja http://mummyfarisharyyan.blogspot.com/2014/04/harga-ahli-shaklee-hanya-untuk-ahli.html

Friday 11 April 2014

Aku dan bisnes shaklee

Assalamualaikum....
Dihening pagi yang indah dan nyaman ini..ingin saya coretkan sedikit bingkisan kisah saya dan bisnes shaklee.

Tarikh keramat 19 Julai 2013 bermula la kisahku dengan shaklee iaitu pada bulan yang mulia bulan ramadhan..yang pada mulanya hanya suka suka nak join ahli kerana untuk makan sendiri sahaja. Saya register ahli dibawah master Farhah Amirah yang banyak beri tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sehingga saya berjaya rasa bonus empat angka sekarang. Tapi saya belum cukup puas , saya nak capai target nak jadi master paling lewat setahun dari sekarang.

Pada bulan pertama saya join ni sekadar hanya suka suka. Tetapi oleh kerana bulan pertama saya join saya dah merasa bonus ianya memberi kesan pada diri saya untuk lebih serius dalam bidang ni. Bulan pertama bonus saya tak banyak pun cuma rm45.50. Cukuplah kerana saya hanya beli untuk makan sendiri dan ahli keluarga. Bulan kedua saya terus giatkan iklan dan alhamdulillah dapat merasa bonus 3 angka. Bulan kedua saya dah ada seorang downline yang join ahli ni. Dan alhamdulillah berkat usaha saya berjaya naik rank sebagai supervisor pada october 2013 . Seronok sangat kerana dapat merasa bonus yang banyak dan mencecah 4 angka.
Dan bulan bulan seterusnya saya terus effective dan tak pernah pun tak effective. Sekarang bulan ini saya mengejar misi saya untuk target naik rank sebagai senoir supervisor.insya Allah...

Alhamdulillah empayar bisnes saya semakin berkembang dari hari ke hari. Doakan bisnes saya semakin maju. Syukur dipertemukan dengan kawan kawan dan customers yang selalu bagi semangat dan support dalam biz ini.

Syukur dipertemukan dengan bisnes ni.ianya banyak mengajar saya erti kehidupan kesabaran dan segala galanya. Alhamdulillah bulan Januari 2014 saya resign keje sebagai account executives di syarikat swasta dan sepenuhnya fokus pada biz ni. sekarang saya seorang suri rumah. I like work at home mama. Anak dan suami seronok dengan pilihan yang saya buat ni. Suami saya banyak menyokong dan menolong saya dalam bidang biz ni.Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. I love my biz. I love shaklee!!!

Semoga saya terus maju dalam bisnes ini.insya Allah usaha doa dan tawakal adalah kunci kejayaan.

Thursday 10 April 2014

Kelebihan Esp shaklee

ESP Shaklee

Kenapa ramai yang suka sangat ESP Shaklee ni ek? Istimewa sangat ke? Sampaikan esp ni jadi hot selling item dalam Shaklee...

Bagi yang mementingkan 3K: KECANTIKAN, KESIHATAN dan KECERGASAN, esp ini sangat-sangat special bagi mereka.

Kenapa agaknya yer? Baca lagi untuk tahu lebih lanjut...

Apa itu ESP?

ESP ialah energizing soy protein.
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.


Siapa yang boleh mengambil ESP ni?

Sesuai untuk semua lapisan:
Lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

Apakah keistimewaan ESP ni?

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!


Berapa harga satu canister ESP?

Harga ESP adalah rm150.


Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.


Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, boleh campurkan ia dalam minuman lain kegemaran anda.


Bagaimana nak order dan jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Hubungi saya di 017 9753858 (sms/whatsapp/call), Setelah bayaran diterima item akan dipos dengan kadar segera.
Insya-Allah, penghantaran mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.


Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?

Membantu pembentukan sel-sel baru. Dan membantu menghilangkan parut sedia ada
Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

Apa tunggu lagi, jom order ESP anda sekarang!

InsyaAllah anda akan kurus, cantik, sihat dan cergas dengan ESP Shaklee..

Hubungi saya di 017 9753858

Peranan magnesium untuk kesihatan

Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Pada 14 April 2011, British Medical Journal telah melaporkan sebuah analisa berskala besar berdasarkan keputusan lima kajian klinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.

Kesimpulan analisa yang melibatkan lebih dari 8,000 orang itu menunjukkan suplemen kalsium meningkatkan risiko beberapa jenis masalah kardiovaskular terutama serangan jantung.

Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association (http://www.nutritionalmagnesium.org) berkata, kira-kira 30 hingga 40 tahun dahulu, doktor mula mempreskripsikan kalsium secara rutin kepada ramai golongan lelaki dan kebanyakan wanita berusia melebihi 40 bagi mengurangkan kesan osteoporosis berpunca dari proses penuaan.

Ilmu perubatan konvensional memberitahu, punca pereputan tulang ialah kekurangan kalsium. Namun sebuah kajian berjudul ‘Calcium, vitamin D, milk consumption, and hip fractures: a prospective study among postmenopausal women.’ yang diterbitkan dalam
American Journal of Clininal Nutrition (2003) menunjukkan sebaliknya.

“Selepas 40 tahun didapati pengambilan kalsium semata-mata tidak memberhentikan pereputan tulang atau memperlahankannya. Ia tidak berupaya mencegah osteoporosis.”

Amat penting

Sesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.

Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Seperti dinyatakan di atas, mendekripsi suplemen kalsium semata-mata tanpa gandingan mineral magnesium mengundang padah. Kajian demi kajian menunjukkan kalsium dalam bentuk suplemen sepatutnya diambil dengan gandingan magnesium pada kadar 2:1.

GreenMedInfo.com melaporkan bahawa penyelidik telah mengesan 3,751 tapak pelabuhan magnesium pada pelbagai protein dalam tubuh manusia. Peranan magnesium kepada kesihatan manusia dan penyakit dikatakan kurang dihiraukan oleh pengamal perubatan moden dan pakar nutrisi konvensional. Kedua-dua golongan menumpukan preskripsi ubatan (sumber pendapatan) dan penggunaan bahan dipelajari di bangku universiti sahaja.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.

Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Ubatan penghalang beta (beta-blocker) dan penghalang laluan kalsium (calcium channel blocker) biasa di preskripsi oleh doktor kepada mereka yang menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Penghalang beta bertindak menghalang tubuh dari didominasi oleh Sistem Saraf Simpatetik. Ini menyebabkan Sistem Saraf Para Simpatetik mendominasi tubuh dan seterusnya menyebabkan sel otot dan sel arteri mengembang. Keadaan ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan.

Ubatan penghalang laluan kalsium pula menghalang kemasukan kalsium ke dalam sel arteri dan otot. Ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan. Ramai tidak mengetahui pengambilan suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri (mengurangkan tekanan darah).

Ramai juga tidak tahu magnesium berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes). Kalsium sendiri ialah bahan digunakan oleh sel beta pankreas untuk merembes insulin.

Sesungguhnya paras kalsium yang tinggi menyemarakkan keadaan hiperinsulinemia. Hiperinsulinemia ialah keadaan di mana paras hormon insulin dalam darah tinggi, iaitu keadaan biasa yang dialami penghidap diabetes jenis 2.

Ramai saintis percaya hiperinsulinemia berlaku berpunca daripada reseptor (tapak berlabuh) insulin yang terletak pada sel tidak berfungsi untuk membantu insulin berlabuh. Hakikat yang berlaku ialah paras gula sering kali tinggi seperti dialami penghidap diabetes menyebabkan paras magnesium dalam tubuh berkurangan.

Hiperinsulinemia dan hiperglisemia

Mengambil suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) dikatakan menyebabkan kalsium keluar dari sel beta pankreas. Apabila paras magnesium mendominasi sel beta pankreas maka hiperinuslinemia dan hiperglisemia (paras glukos tinggi) berupaya diredakan.

Pada masa sama, reseptor insulin pada membran sel akan berfungsi secara normal dan menerima semula hormon insulin untuk berlabuh.

Ketidakpekaan reseptor insulin berpunca daripada hiperinsulinemia menyebabkan pengangkut glukos dikenali sebagai GLUT4 tidak dibina pada paras sepatunya. Sebaliknya jika reseptor insulin berfungsi sempurna, maka GLUT4 dibina oleh sel pada paras sepatutnya dan akan berada pada membran sel. GLUT4 berfungsi dengan menyambut glukos untuk dibawa ke mitokondria (kilang penjanaan tenaga dalam sel).

Jika orang ramai tahu mengenai peranan dan kegunaan magnesium dalam tubuh, penulis percaya berita mengenai kejadian kesan sampingan negatif seperti penyakit buah pinggang, hepatitis, hati kecut dan serangan jantung berpunca dari pengambilan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 akan berkurangan.

Setakat ini projek pangkalan data GreenMedInfo.com menyenaraikan lebih dari seratus kebaikan magnesium. Ia termasuk kebaikan terapeutik untuk fibromyalgia, denyutan jantung tidak sekata, diabetes jenis 2 dan sindrom premenstruasi.

Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan kegunaan magnesium bagi mengawal penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 pembaca dinasihatkan membaca dua buku penulis yang masing-masing berjudul Serangan Jantung dan Diabetes Jenis 2.

Wednesday 9 April 2014

Awas!!ubat kurus

Assalamualaikum....

Pengguna yang bijak hendaklah memilih supplement yang bagus,sihat dan mengandungi bahan yang terjamin. Shaklee menawarkan supplement dari bahan semulajadi, bersih dan Halal. Bahan bahan semulajadi dan yang diuji lebih spesifik sahaja dihasilkan oleh syarikat shaklee. Pihak shaklee sangat menitik beratkan tentang kualiti bagi menjamin pengeluaran produk yang bermutu tinggi dan terhindar dari tercemar.

Semalam negara kita dihebohkan dengan berita ubat kurus beracun dipasaran. Ianya mengundang kepada kes kematian dan memudaratkan kesihatan kerana bahan yang terkandung dalam tu mengandungi bahan beracun.

Sebagai pengguna yang bijak hendaklah menyelidik dan mempunyai ilmu tentang sesuatu supplement sebelum kita bercadang untuk menggunakannya. Pilihlah perunding kesihatan anda yang boleh memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang produk yang ditawarkan.

Pilihla produk shaklee yang semestinya halal bersih dan diperbuat daripada bahan semulajadi.  Insya Allah dengan penggunaan yang konsisten akan dapat hasil yang diingini. Tak salah mencuba kan..kita usaha Allah yang menentukan segala galanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk shaklee ni boleh terus hubungi saya sms/whatsapp/call 0179753858(yati)
pengedar shaklee sekitar kemaman.

Tuesday 8 April 2014

Bersihkah air yang kita minum?

Assalamualaikum...

Topik pada hari ni saya nak bincangkan tentang kebersihan air yang kita minum seharian.
Seperti yang kita maklum air yang tidak ditapis mempunyai kadar kotoran yang tinggi.

Pasaran sekarang bermacam macam jenis jenama penapis air. Sebagai pengguna yang bijak kita haruslah memilih penapis air yang bagus dan berkualiti bagi memastikan kesihatan kita sekeluarga terjamin dan terhindar dari penyakit penyakit yang tidak diingini.

Disini saya kongsikan gambar sepasang buah pinggang manusia yang dikhuatiri meminum air yang tidak ditapis dan kotor. Betapa rosaknyya buah pinggang ini kerana dicemari dan meminum air yang tidak ditapis.

Kesimpulannya , sekiranya sayangi diri dan keluarga keluarkanlah sedikit kewangan untuk membeli penapis air.Sekurang kurangnya setiap rumah ada satu penapis air dirumah.Bagi memastikan kesihatan yang berpanjangan dan hidup dalam aman dan damai.

Get clean water pitcher dari shaklee sangat bagus untuk seisi keluarga. Alat ini memang bersesuaian dan sangat berkualiti bagi yang mementingkan kesihatan berpanjangan. Tak rugi sekiranya kita membeli produk.Jom sayangi keluarga kita dengan menggunakan penapis air yang dijamin keberkesanannya.

Monday 7 April 2014

Side income with Shaklee

Anda ingin menjana pendapatan sampingan mahupun pendapatan sepenuhnya??

anda mahu ringankan bebanan suami??
kos sara hidup yang tinggi amat amat merunsingkan pikiran anda??

inginkkan freedom keje??ingin bersara awal??anda semua yang decide apa yang anda mahu.....

Bismillahirahmanirrahim.....
Pertamanya syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan Shaklee. Di dalam shaklee kita akan dapat 3c...iaitu cash, car dan convention. setiap bulan shaklee akan masukkan bonus berupa wang tunai kedalam akaun.sekiranya banyak jualan yang kita buat banyaklan bonus yang kita dapat.

Shaklee banyak membantu saya mengenal erti sabar untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Malah sekiranya kita fokus dan serius kita mampu mencapai bonus sehingga 6 angka seperti jutawan shaklee kita iaitu Puan Cerry.

Kepada yang masih tercari cari bisnes apa yang hendak dibuat saya cadangkan joinla bisnes ni.Kerana saya sendiri dah merasa keseronokan dalam bisnes ni.Bisnes ni saya lah yang boss dan saya juga yang kuli..hihi...bertapa seronoknya bekerja dari rumah..Rumah tangga suami dan anak anak tidak terabai malah seronok melihat perkembangan anak dari sehari ke sehari.

Ingin sertai saya dalam menjana pendapatan sampingan atau jana pendapatan dari rumah?jom sertai kami yang dinaungi oleh leader leader yang hebat yang sentiasa memberi full support kepada yang beyul betul minat dalam bisnes ni.Tiada paksaan dalam bisnes siapa yang berusaha pasti akan nampak impak yang gilang gemilang.

Berminat nak join team hebat kami yang diketuai oleh master master yang hebat lagi disegani boleh hubungi saya di talian 0179753858. boleh call/whatsapp/sms di no ni yer..

Insya Allah kami akan membantu anda merialisasikan impian anda bersama shaklee. we love shaklee

Harga ahli shaklee hanya untuk ahli shaklee sahaja

Assalamualaikum....
Kepada semua pelanggan yang dihormati,
Bermula 1 April saya tidak dapat lagi menawarkan harga diskaun ahli kepada semua pelanggan yang bukan ahli, setelah dikuatkuasakan oleh Shaklee bagi menjaga kebajikan semua pengedar. Ni adalah ketetapan undang undang yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee saya hanya menurut perintah.

Walau bagaimanapun anda masih boleh mendapatkan harga ahli dengan mendaftarkan diri sebagai ahli dengan bayaran RM75 bagi semenanjung dan rm85 bagi sabah dan sarawak (lifetime membership) sahaja. Jika inginkan keahlian percuma, anda boleh membuat pembelian berjumlah RM650++ ke atas. Setakat ini yang paling popular untuk keahlian percuma ialah pembelian 3 KOTAK COLLAGEN POWDER ataupun 2 BOTOL VIVIX.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya pada bila2 masa. Saya sedia melayan pertanyaan anda semua.Sekian terima kasih

Saya boleh dihubungi dengan sms/whatsapp/call 0179753858(yati)

Set kesihatan sendi dan tulang shaklee

sakit sendi?tulang rapuh?lenguh lenguh badan? bukan orang yang dah berumur jer ada simptom simptom sebegini yer , orang muda muda sekarang pun dah ada yang mempunyai simptom simptom seperti diatas.

Jom kita atasi dengan vitamin supplemen dari shaklee. Set sendi ini terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu
#omega guard
#ostematrix
#advance joint health tablet

Insya Allah dengan penggunaan yg konsisten sakit sakit ini dapat diredakan.

Jom hadiahkan set sendi dan tulang ini kepada orang yang kita sayang .Pasti mereka tersenyum gembira.

Sijil Halal Shaklee

Produk produk shaklee mendapat pengiktirafan dan ianya adalah produk yang halal dan boleh digunakan oleh umat Islam

Maka muslim tidak perlu ragu ragu untuk mengamalkan produk ni.

B complex shaklee

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
...
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Saturday 5 April 2014

Testimonial pengguna Esp shaklee

Ni antara testimonial berjaya pengguna pengguna produk esp shaklee.

See? dah ramai mempercayai keberkesanan esp ni.ternyat esp memang hebat kesannya. Insya Allah dengan penggunaan yang konsisten akam memberi kesan yang positif.

Set berpantang Shaklee

Set lengkap berpantang shaklee

1)Esp
- memberi tenaga yg berpanjangan untuk ibu dalam pantang.selain inu membaiki kesan strecthmark di perut, mencantikkan kulit, sebagai milkbooster untuk menambah susu dan memberi kesan bayi cepat kenyang.

Esp ni memberi banyak manfaat kepada pengguna.antaranya mencegah jerawat, membaiki pori pori kulit , memberi rasa kenyang berpanjangan juga sesuai bagi yg inginkan bentuk badan yg ideal.

2)vitalea
-memberi extra tenaga kepada ibu dalam pantang. juga untuk memperbanyakkan susu ibu. meningkatkan hb ibu selepas bersalin

3)b complex
- memberi tenaga, menambah selera makan, juga sesuai untuk kecantikan. juga sebagai set dalam penyusuan susu ibu.

4) vit c sustain release
- memberi tenaga untuk ibu dalam pantang, mencantikkan kulit

5) zinc
- membaiki dalaman wanita selepas bersalin, memberi tenaga, memulihkan urat urat selepas bersalin

6) ostematrix
-sebagai kalsium untuk ibu dalam pantang , mengelakkan daripada kejang otot

7)alfalfa
- membaiki dalaman wanita, memperbanyakkan susu, memberi extra tenaga

produk produk diatas merupakan set lengkap berpantang. Biasanya saya mencadangkan esp ,vitalea, b complex, vit c dan zinc untuk ibu dalam pantang.ostematrix dan alfalfa adalah sebagai tambahan.bagi yang mempunyai budget lebih boleh dapatkan set lengkap berpantang ni.

Pengalaman bersama Shaklee

Assalamualaikum...alhamdulillah dipertemukan jodoh dengan shaklee. disini saya ingin kongsikan bagaimana saya bermula dengan shaklee.

Pada mulanya saya amalkan produk shaklee ni dengan consume esp semasa saya mengandungkan anak ke 2 saya ketika tu saya hamil 6bulan. Sebelum ni saya ada kisah sedih dalam hidup kami sekeluarga kerana saya telah kehilangan anak sulong saya semasa dalam kandungan 38minggu. Selepas itu saya bertekad amalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan anak ke 2 saya ni selamat dilahirkan. Oleh itu bermula la kisah saya bersama shaklee. Semasa saya amalkan esp ni saya belum join ahli lagi.

Dipendekkan cerita bermula 19 julai 2013 saya mendaftar sebagai ahli dibawah upline saya Master Farhah Amirah.Alhamdulillah bulan 0ctober 2013 saya naik pangkat menjadi supervisor.Syukur ya Allah..Sehingga kini alhamdulillah income saya dah mencecah 4 angka. dan aim dalam diri untuk terus maju dalam bidang ni insya Allah.

Didalam shaklee ni saya belajar suka duka dalam bidang perniagaan.Ianya banyak mengajar saya untuk lebih focus berdikari dan jangan cepat putus asa. Alhamdulillah saya bertekad untuk focus bidang ni dan saya ambik keputusan berhenti keje pada Januari 2014.

Begitu indah 'work at home mama' anak dapat saya lihat perkembangannya dari sehari hari. Syukur ....terima kasih ya Allah.Suami saya pun banyak menyokong saya.Beliau merupakan pemimpin yang banyak memberi sepenuhnya sokongan kepada saya. Banyak urusan 'cod' , pengeposan dan juga role model dalam biz ni beliau la yg ambil tugasan ni.terima kasih hubbyku...insya Allah hadiah Superbike yang dijanjikan itu akan ditunaikan...

Untuk kawan kawan yg diluar sana inginkan menjana pendapatan sampingan ataupun sepenuhnya jom sertai team kami yang hebat.insya Allah akan dibimbing sehingga berjaya.yang penting usaha kenalah setimpal dengan apa yang kita nak.

untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi saya sms/whatsapp/call 0179753858 (yati)

Pengedar shaklee kemaman

Assalamualaikum....
saya merupakan pengedar sah shaklee bagi sekitar kawasan kemaman.warga kemaman yang mahu produk ni boleh terus direct datang ke alamat saya 91-6,kampung teluk kalong 24000 kemaman terengganu.

Saya juga menyediakan perkhidmatan 'cash on delivery' sekitar kemaman. nak boleh hubungi saya di talian 0179753858(yati).Saya akan membuat penghantaran sehingga depan pintu rumah customer saya.insya Allah pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya tawarkan.

Produk saya juga sentiasa ready stok.ini bagi memudahkan customer saya yang inginkan produk on the spot.

jom buat belian dengan saya pasti anda berpuas hati.:-)