Tuesday 30 September 2014

Teknik cepatkan proses kelahiran

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua yang tercinta. Kali ini saya nak kongsikan teknik cepatkan proses kelahiran. Kelahiran adalah saat yang paling mendebarkan dan juga saat terindah apabila dapat melihat si comel dilahirkan ke dunia.

Anugerah terindah dari Allah

Proses kelahiran lazimnya dihitung dari detik kontraksi sebenar pertama berlaku ataupun ketika kantung air ketuban pecah. Manakala doktor pula akan mengira tempoh proses kelahiran bermula daripada pelebaran bukaan serviks berukuran tiga hingga empat sentimeter. Hal ini kerana, ia merupakan titik permulaan fasa aktif dalam proses kelahiran. Bagi segelintir wanita, tempoh berkenaan mungkin dianggap sudah terlalu lama memandangkan sakit kontraksi yang dialami telah pun berlaku beberapa jam sebelum itu.

Kelahiran anak pertama, biasanya mengambil masa dalam tempoh lebih kurang lapan jam. Namun, ada juga yang lebih atau kurang daripada tempoh itu. Bagi anda yang pernah melahirkan sebelumnya pula akan melalui tempoh masa proses kelahiran yang lebih pendek. Walau bagaimanapun hal ini bergantung kepada individu kerana setiap orang adalah berbeza. Namun yang demikian secara puratanya tempoh masa yang diambil adalah sekitar lima jam.

Ketahuilah bahawa ia bukanlah sesuatu yang lebih baik untuk anda dan bayi jika proses kelahiran itu bergerak terlalu cepat. Sesungguhnya proses kelahiran yang berlaku terlalu pantas boleh menimbulkan keletihan kepada diri anda sendiri sama ada secara fizikal mahupun emosi.
Sementara itu proses kelahiran menjadi lambat atas pelbagai faktor. Adakala proses kelahiran berjalan lambat disebabkan anda terlalu tertekan. Perasaan takut yang dirasai akan menyebabkan hormon kelahiran menjadi kacau bilau.

Proses bersalin juga berkemungkinan menjadi lambat kerana kedudukan bayi di dalam kandungan yang tidak membolehkan dia memasuki saluran peranakan dengan betul. Kontraksi yang dialami tidak begitu kuat ataupun pelvis anda tidak mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai.

Menurut kajian terdapat satu per empat wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang mirip seperti pelvis lelaki (pelvis android). Bentuk sebegini menjurus bayi untuk lebih cenderung mengambil posisi belakang ke belakang. Hal seperti inilah yang akan melambatkan dan menyukarkan proses kelahiran berlangsung dengan baik.
Semulajadinya proses kelahiran mungkin lambat dengan tidak mempunyai apa apa sebab.  Ingatlah bahawa ia akan mengambil masa lebih lama untuk serviks melebar di lima sentimeter pertama berbanding lima sentimeter yang kedua. Hal ini disebabkan apabila kontraksi menjadi lebih kuat ia membantu serviks melebar dengan lebih cepat.

Teknik semulajadi cepatkan kelahiran

¤ Jika berbaring anda perlu bangun. Pergerakan yang banyak mungkin menguatkan kontraksi dan membantu anda mempercepatkan proses kelahiran.

¤ Buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran kerana ia menghalang penurunan kepala.

¤ Mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Hal ini akan mengurangkan keperluan anda untuk mengambil ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran.

¤ Aplikasikan teknik teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal jika anda berasa terlalu cemas.

¤ Minta suami untuk urut bahagian belakang anda secara lembut tetapi tegas.

¤ Tukar posisi di atas katil jika anda tidak mahu berjalan jalan

¤ Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan dengan betul.

Syntocinon

Jika kekerapan pergerakan yang anda lakukan tidak banyak memberi kesan positif untuk mempercepatkan proses kelahiran ataupun pemecahan kantung air ketuban tidak banyak membantu, doktor  mungkin akan mencadangkan titisan (drip) bagi membolehkan kontraksi menjadi lebih efektif. Drip berkenaan dikenali sebagai syntocinon dan mengandungi hormon kelahiran, oksitosin dalam bentuk tiruan.
Sekiranya anda diberi drip syntocinon, denyutan jantung bayi akan dipantau secara berterusan dengan menggunakan sensor elektronik yang diletakkan di perut. 

Pengawasan berterusan ini amat diperlukan kerana syntocinon boleh merangsang rahim secara berlebihan lalu menyebabkan kontraksi menjadi terlalu kuat dan kerap yang akhirnya mungkin menyebabkan bayi menjadi cemas.
Dalam pada itu, setelah diberi syntocinon anda akan mendapati diri memerlukan bantuan daripada ubat pelega kesakitan agar dapat menahan kesakitan kontraksi tiruan ini. Atas sebab inilah doktor kafang kala mungkin menawarkan epidural sebelum drip syntocinon diberikan.

Semoga bermanfaat info yang saya kongsikan ini. Untuk tips mudah bersalin boleh kliks disini.

Selamat bersalin dan saya doakan selamat semuanya Insya Allah...aminn..:) 

Basic H Shaklee teman baik Mama

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blogger saya. Alhamdulillah hari ni dah hari terakhir dalam bulan September. Sekejap je masa berlalu pejam celik pejam celik dah bak habis dah tahun 2014. Saya doakan semua impian dan harapan kawan kawan semua tercapai tahun ni.

Pada kali ini entry saya nak kongsikan tentang Basic H Shaklee. Pernah dengar tak apa itu Basic H? Atau anda seorang pengguna tegar basic h? Sejak kenal Shaklee ini family saya memang pengguna setia basic h ini. Wajib ada dalam rumah untuk pelbagai kegunaannya.


Sebagai contoh saya menggunakan basic h untuk membasuh botol susu anak saya. Mudah sahaja hanya titiskan beberapa titik dan basuh botol susu itu. Rendam botol susu insya Allah bersih dan bebas dari bahan kimia.

Selain itu kami sekeluarga juga gunakan basic h sebagai pencuci lantai. Cecair basic h ini pekat dan boleh tahan lama.

Jom kita kenali apa itu basic h

KEGUNAAN & CARA
1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

UNTUK KECEMASAN : KEGUNAAN & CARA

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula (cloth diaper) dengan lebih bersih.


Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman dan Dungun untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

Untuk maklumat lanjut dan order boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 ( Puan Yati)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **





Monday 29 September 2014

Carotomax Shaklee Vitamin Untuk Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blogger saya. Apa khabar semua..harap sihat sihat sentiasa dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Pada kali ini saya nak kongsikan entry tentang carotomax. Pernah dengar tak apa itu carotomax? Carotomax kecil kecil cili padi. Botol dia comel jer kecil molek jer...tapi manfaatnya sangat bagus. Ni lah rupa carotomax.. comelkan kecil jer botolnya. Sebotol ada 30 biji dan boleh tahan selama sebulan.

Carotomax Shaklee

Carotomax ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini.

Carotomax mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah dan alga dunaliellasalina.

♡ mengekalkan kesihatan yang vaik
♡ membantu mengalakkan pertumbuhan, menajamka  penglihatan dan merangsang perkembangan tisu
♡ memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
♡ tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan,pemanis dan pengawet.

Manfaat utama Carotomax 

♧ Lebih sihat dari Vitamin A
Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walau bagaimanapun ahli saintia menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk diambil.

♧ mempertingkatkan penglihatan
Ia menghasilkan "ungu visual" yang boleh kuta kekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia iaitu rabun malam, rabun dekat, presbyopic,astigmatism, xerophthalmia iaitu mata kering, kelesuan mata,glaucoma, katarak, floaters,eye bags dan gegelung hitam di mata.

♧ Meredakan penyakit kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kerinf, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule,scabies,akne,ulser kulit.

♧ Melindungi epithelial
Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral,usus,perut,paru paru, bronkus,pundi kencing,ocari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

♧  Melawan kanser dan oksidasi
Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel sel mati yang teroksida.

♧ Menghalang infeksi
Merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru paru: batuk, hepatitis,asma, dan selsema.

♧ Mengalakkan perkembangan normal dan sihat
Merangsang perkembangan kanak kanak dan remaja,menguatkan tulang,melindungi rambut,kulit,membran mukosa,gigi sihat dan sistem reproduksi serta penghasilan sperma yang sihat.

Carotomax vitamin mata terbaik

Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman dan Dungun untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

Untuk maklumat lanjut dan order boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 ( Puan Yati)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **



Sunday 28 September 2014

Resepi Nasi Ayam Simple & Sedap

Assalamualaikum....dan salam sayang buat semua pembaca blogger setia saya...

Hari ini mood terlebih rajin..bagun pagi dari kul 5 belum tidur lagi ni. Selepas subuh masak nasi goreng untuk family tersayang especially untuk hubby saya lah. Bukan selalu dapat spent masa bersama yelah kan keje membataskan kami untuk selalu bersama.

Untuk lunch saya prepare untuk masak nasi ayam special untuk my hubby.hihi...special lah sangat kan..haha..masak ni senang jer cuma rajin dengan malas jer...campak campak selepas tu siap..hihi....

Hari ni nak kongsikan resepi nasi ayam simple dan sedap yang home made by saya..hihi...

Bahan bahan

Ayam
♡ Seekor ayam (potong 2)
♡ Kicap pekat sesudu
♡ Sos tiram sesudu
♡ 3 biji bawang merah
♡ 2 ulas bawang putih
♡ kicap cair sesudu
♡ seiris halia

Nasi
♡ Beras 5 pot
♡ 6 gelas air rebusan ayam
♡ planta 3 sudu
♡ bawang merah 2 ulas
♡ bawang putih 2 ulas
♡ Kiub ayam 2 ketul
♡ garam secukup rasa
♡ daun pandan 3 helai
♡ halia 3 iris

Sup
♡ Air rebusan ayam
♡ kiub ayam 2 ketul
♡ Daun sup
♡ hirisan kubis
♡ lobak masin sedikit
♡ rempah sup bunjut satu
♡ daun sup seikat

Air lada
♡ 3 biji lada besar
♡ 10 biji cili padi
♡ satu biji tomato
♡ sedikit gula
♡ sedikit garam
♡ sedikit perasa
♡ sedikit cuka

Ulam ulaman
♡ 1 biji timun batang
♡ 3 biji tomato
♡ daun salad

CARA MEMBUATNYA

Ayam
♤ bersihkan ayam dan rebus sehingga empuk
♤ kisar bawang serta halia dan gaul bahan bahan ayam untuk diperap
♤ Panaskan kuali dan goreng ayam. Goreng sekejap sudahlah ayam tu dah masak.

Nasi
♤ bersihkan beras
♤ tumis semua bahan yang dikisar
♤ masukkan air rebusan bersama bahan yang ditumis ke dalam beras
♤ dan masak dalam rice cooker

Sup
♤ Guna air rebusan ayam
♤ masukkan kiub ayam, rempah sup dan  garam
♤ last sekali masukkan hirisan kubis daun sup dan lobak masin

Air lada
♤ kisar semua bahan bahan di atas.

Tadaa...dah pun siap...simple jer yang pasti sedap hingga menjilat jari...

Selamat mencuba 😄😊☺

Set Kesihatan Shaklee Seisi Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blogger saya.

Kali ini entry saya nak kongsikan tentang Set Kesihatan Shaklee Seisi Keluarga. Set  ini didatangkan dengan 4 jenis vitamin iaitu Vita-lea, B-Complex, Vita-C dan juga ESP.


Nak tahu khasiat keempat-empat supplement ini?

Jom kita habiskan membaca entry ini :)


Sebagai penambah tenaga segera ~ memberikan kecergasan pada tubuh da kekuatan mental, justeru dapat membantu sistem memori dan fokus kepada pembelajaran serta pekerjaan seharian.

Sebagai pelengkap nutrisi ~ sangat baik kepada individu yang tidak mengamalkan pemakanan secara seimbang seperti pengambilan sayur yang berlebihan yang tidak seimbang dengan protin, sebagai contoh vegetarian dan anemia.

Memberikan keupayaan dalam sistem produktif ~ Amat sesuai untuk remaja yang sedang membesar.

Meningkatkan metabolisma ~ Sebagai pembantu di dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen penting pada sel tubuh ~ Menyedaiakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Juga menjaga kesihatan tirod.

Melindungi Organ ~ melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

* VITA-LEA sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru bersalin sebagai penambah tenaga segera serta memulihkan kesihatan dalam tempoh yang singkat jika dibandingkan dengan vitamin yang lain.

*perlu diingat VITA-LEA tidak boleh diambil dengan sebarang produk tenusu dalam satu masa untuk mengelakkan fungsinya terganggu justeru membuatkan ia gagal diserap
dengan baik oleh tubuh badan kita :)


Apakah fungsi B-Complex?

Ia menukarkan makanan kepada tenaga ~ Di mana ia boleh membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus menggurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

Melawan tekanan ~ Dalam kehidupan seharian kita tak lari dari tekanan kan? Jadi B Complex dapat membantu kita dengan cara memastikan fungsi saraf berjalan dengan lancar, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Membantu tumbesaran ~ B Complex boleh menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2 juga. Ia turut membantu pembinaan DNA serta sel-sel baru dan mengurangkan risiko kecacatan otak ataupun tulang belakang.

Membatu masalah rambut beruban & gugur ~ B Complex boleh mengatasi masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan juga boleh mengekalkan kesihatan rambut.

Baik untuk mata ~ Mampu mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian (fokus), maka ia sangat sesuai bagi yang sedang belajar.

Mencegah anemia ~ Kadangkala akibat kekurangan darah merah boleh menjatuhkan prestasi diri kita, justeru B Complex boleh mengatasi masalah ini dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, serta mabuk darat dan laut.

Detoksifikasi ~ B Complex juga mampu meredakan alahan.

VITA-C SUSTAINED RELEASE

Untuk satu tablet Vitamin C ini, ia mengnadungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam palsma darah kita selama 24 jam. Selain itu ia juga mengandungi 120mg bioflavonoid yang mana 25% dari dari bioflavanoid diekstrak dari kulit buah oren yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Khasiatnya, ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Bagaimana ia bertindak?

1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka.

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.

7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.


Kenapa kita perlu ambil Energizing Soy Protein? 

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino. ESP adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
Protein kacang soya adalah 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.
Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.

Energizing Soy Protein adalah rendah lemak, tiada kolesterol. Tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.

Manfaat Energizing Soy Protein (ESP)

Menjadikan kita kekal muda. Bagaimana? Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

ESP juga boleh memulihkan Fungsi Prostat Lelaki. Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser.
Untuk wanita di luar sana, ESP  juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Boleh menjadikan kulit berseri dan anja dengan cara merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera kepada  kita dengan Cara ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Untuk sesiapa yang risau dengan meningkatnya umur tu. Energizing Soy Protein mampu memulihkan pigmentasi. melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles. Juga boleh memperbaiki memori, menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Petua Cerai Susu Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

                Ni gambar permata hati saya 

Amalan menyusukan bayi sehingga berumur dua tahun adalah amalan sunnah. Pasti pengalaman menyusukan bayi anda adalah pengalaman yang paling berharga dan dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu.

Di sini saya hendak kongsikan petua untuk bercerai susu badan. Pasti macam macam cara ibu ibu lakukan untuk ceraikan susu dengan anak anda kan. Yelah dah dua tahun sentiasa bersama waktu menyusu dan pasti agak mengejut untuk anak anda terima untuk berhenti menyusu badan. Di bawah ini antara petua petua yang ibu ibu boleh amalkan untuk bercerai susu badan.

1. Kurangkan Dahulu Sebelum Bercerai Sepenuhnya

- Seeloknya, elakkan dari berhenti secara tiba-tiba (unless terpaksa & atas nasihat doktor), bimbang emosinya terganggu

- Kurangkan 1 sesi penyusuan pada setiap minggu, contohnya biasanya di belah siang jumlah sesinyanya adalah 7, minggu depannya sebanyak 6 sesi, dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja

- Sebaliknya, ibu ibu boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya

- Kenyangkan dengan makan lain dahulu sebelum anak anak meminta susu badan dan jangan menyusukan terlalu lama pada tiap tiap sesi penyusuan

- Elakkan menawarkan susu badan jika tidak diminta, dan jangan menolak jika diminta

- Gunakan kaedah ansuran, ibu ibu boleh alihkan perhatiannya pada aktivti atau benda lain dan proses ini mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan

- Jangan terburu-buru untuk memberhentikan susu pada waktu malam dan jangan salin baju di depan anak bagi mengelakkan dia ternampak lalu teringat

2. Bagitahu dan Terangkan Kenapa Kena Berhenti

- Terangkan kepada anak anak kenapa anda mahu memberhentikan penyusuan

- Ibu ibu boleh bagitau yang dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur ataupun pada waktu malam sahaja

- Jika ibu ibu hamil ataupun mengalami kesakitan pada puting, ibu ibu boleh bagitau kepadanya, yang penting jangan marah atau stress.

3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam

- Sebolehnya, elakkan menjadikan penyusuan sebagai cara untuk menidurkannya. Sebaliknya, gantikan dengan aktiviti membaca buku, mendodoi, berzikir, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya

- Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain, selain dari tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum tidur. Mungkin di bilik lain ataupun ruang tamu

- Jika anak terjaga pada waktu malam, biar suami yang menenangkannya. Sekiranya anak anak mahukan susu, perah dan biar suami yang bagi.

4. Mengurangkan Bengkak Susu

- Jangan makan makanan atau minuman yang memperbanyakkan susu, contohnya oat masa proses menceraikan susu

- Mandi dengan air suam dan tumpukan air suam tersebut pada bahagian yang bengkak. Takpun, ibu ibu boleh tuam-tuam dengan air suam

- Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli ibu. Potong urat kobis yang keras agar lebih selesa dan biarkan selama 20 minit, 2 kali sehari.

5. Perubahan Tingkah Laku

- Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan

-Anak ibu ibu mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti susu. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja dan  kadang kadang lebih nakal

- Anak anak juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri, sebagaimana ibu ibu  juga perlukan masa dengan perubahan ini

- Ibu ibu juga mungkin berasa sedih, sunyi dan tertekan selepas kali terakhir anak menyusu, terutamanya jika berhenti secara tiba-tiba.

Sememangnya penyusuan susu ibu adalah terbaik. Semoga dengan petua yang dikongsi ini memberi manfaat kepada ibu ibu semua.

Selamat mencuba :)

Saturday 27 September 2014

Manfaat alfalfa Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang alfalfa Shaklee.



Kebaikan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20  Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **



Panduan memberi nama anak menurut Islam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry saya pada kali ini ini saya nak kongsikan panduan memberi nama anak. Memiliki cahaya mata adalah saat yang paling indah dan dinantikan. Tahukah kita memberi nama anak dengan nama yang elok adalah disarankan oleh Islam.

Di sini saya kongsikan panduan memberi nama anak menurut Islam

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik.

Sebagai ibu bapa yang prihatin pilihlah dan berilah nama nama yang elok kepada anak kita.

Friday 26 September 2014

Petua Hilangkan jerawat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry pada kali ini saya nak kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan jerawat. Di bawah ini antara petua petuanya.

Petua Menghilangkan Jerawat

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Antara produk produk shaklee yang boleh cuba untuk hilangkan jerawat. Boleh kliks di sini yer. Set Jerawat Shaklee 
Muka yang berjerawat

Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Sumber: Petua Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah Dan Berkesan

Set jerawat Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya nak kongsikan tentang jerawat, punca punca terjadinya jerawat dan cara mengatasinya.

Ooh jerawat? Paling tidak digemari oleh semua lebih lebih lagi pada yang terlalu obses pada kecantikan. Baik lelaki atau wanita pasti tidak suka akan kewujudan jerawat lebih lebih lagi kalau muncul kat muka. Pasti menyemakkan mata memandang dan keyakinan pada diri juga merudum.


Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.


Jom kita kenali punca punca terjadinya jerawat.

Kenali Punca-punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

♧♧ Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

♧♧ Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnesa pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

♧♧ Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

♧♧ Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

♧♧ Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

♧♧ Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

♧♧ Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Antara produk shaklee yang dapat membantu menghilangkan dan mencegah jerawat ialah Vitamin C , Vitamin E dan B complex.

♡♡ Vitamin C ♡♡
Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

♡♡ Vitamin E ♡♡
Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
Membantu memudarkan parut

♡♡ B Complex ♡♡
membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku


Jom kita lihat antara testimonial berjaya dengan penggunaan set di atas.


Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **



Thursday 25 September 2014

Kelebihan Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera...hari ini nak cerita tentang Omega guard Shaklee. Jom kita lihat kelebihan omega guard shaklee.

Kelebihan Shaklee Omega Guard - minyak Ikan Terbaik di Dunia

¤¤ Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.

¤¤ Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

¤¤ Berbanding dengan produk minyak ikan lain, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

¤¤ Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

¤¤ Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang mebahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultatulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.

¤¤ Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

MANFAAT UTAMA

☆☆ ASID LEMAK
omega-3 merupakan asid lemak yang penying yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditkarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada muncul andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

☆☆ MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala. Ia jugamerendahkan kolestrol, menghindarkan pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti,
mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan sakit jantung.

☆☆ MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. ia penting terutamanya pada 3   bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu  mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah  penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

☆☆ MENINGKATKAN SISTEM  IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

☆☆ MENENTANG KANSER
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 bolehmencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

☆☆ MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu boleh mencegah kemusnahan
enzim yang mebentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan
gout dengan efektif.

☆☆ MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan,
kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Tips kuruskan badan secara semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tips kurangkan berat badan secara semulajadi.

         Gambar piramid makanan yang sihat 

Ini antara tips tips makanan yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan.

1. Limau nipis

Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nenas

Buah nenas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nenas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah delima

Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun

Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Daun salam (atau daun kari)

Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

6. Halia

Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita


Wednesday 24 September 2014

Kelengkapan ibu bersalin ke hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry pada kali ini saya nak kongsikan persiapan kelengkapan yang perlu di bawa ke hospital bagi ibu yang hendak bersalin. Bila dah ada tanda tanda hendak bersalin ibu ibu perlu segera ke hospital. Sebelum pergi hospital jom lihat persiapan yang perlu dibuat.

Checklist untuk mama:

☆☆ Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.

☆☆ Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angin dalam badan.

☆☆ Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad. Malah mudah dibuka dan ditukar jika doctor nak buat pemeriksaan. Tapi kalau selesa nak berseluar, bawa seluar longgar.

☆☆ Set kelengkapan mandian

☆☆ Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.

☆☆ Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran

☆☆ Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang.

☆☆ Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi

Checklist untuk bayi:

♤♤ Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai

♤♤ Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin

♤♤ Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini

♤♤ Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur

♤♤ Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada kesan calar akibat kukunya yang panjang.

Checklist lain-lain barang:

♡♡ Handphone dan charger

♡♡ Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain

♡♡ Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.

♡♡ Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala (jika nak)

♡♡ Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.

♡♡ Minyak urut atau losen

Checklist  JANGAN !!

♧♧ Barang kemas
♧♧ Wang tunai yang banyak
♧♧ Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.

Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:

》Kad rekod kesihatan
》Kad pengenalan
》Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans)
》Surat rujukan majikan
》Surat jaminan majikan
》Sebarang dokumen daripada pihak hospital.

Semoga info info ini berguna lebih lebih lagi pada ibu muda yang bakal melahirkan anak pertama. Untuk info panduan mudah bersalin boleh baca disini yer. Panduan mudah bersalin bagi ibu ibu yang bakal bersalin. Selamat bersalin semua. Saya doakan anda dan bayi selamat semuanya. Jangan lupa baca doa banyak banyak yer.


Tuesday 23 September 2014

Resepi Esp Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta pembaca blogger. Entry kali ini nak kongsikan tentang resepi..oppss tapi kali ini bukan resepi masakan...tapi...jeng jeng jeng...hihi...kali ini saya nak kongsikan resepi bancuh Energizing Soy Protein (Esp) dengan minuman kegemaran anda.

Anda pengemar setia minuman esp? Dah boring minum macam itu sahaja apa kata kali ini ikut resepi esp yang saya nak kongsikan ini. Ada sesetengah individu tidak boleh minum esp macam tu jer mungkin kerana rasa soya yang agak kuat. Saya memang pengemar tegar esp malah kami satu keluarga mengamalkannya sehari hari. Saya pun tidak boleh nak telan kalau minum esp macam tu jer.

Ini resepi bancuhan saya minum setiap pagi. Saya bancuh esp dengan milo. Kadang kadang tu saya tukar bancuhan dengan horlicks. Campur esp dengan milo ni hilang la sedikit bau soya esp yang agak kuat itu.


Musim panas kalau minum esp campur sunquick sejuk sejuk pun best. Bancuh esp dengan sunquick dan diminum sejuk pasti dapat menyegarkan tekak yang kering. 


Ini resepi yang saya amalkan sehari hari. Di bawah ini saya sertakan resepi resepi bancuhan esp dengan minuman kegemaran yang lain. 



Cubalah resepi yang saya kongsikan ini memang terbaik dan sedap. Pasti terasa nak minum selalu.

Punca Air Kencing kotor


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Oleh kerana baru balik dari klinik akibat sakit yang saya alami ini, hari ini saya nak kongsikan tentang punca air kencing kotor dan cara mengatasinya di dalam entry blog ku pada kali ini.

Dek kerana tidak tahan rasa sakit dua hari berturut turut untuk membuang air dan sakit pinggang yang teramat hari ini ku gagahkan jua diri pergi ke klinik.
Setelah diperiksa oleh doktor saya perlu membuat ujian urin dan didapati terkandung darah, kuman dan protein di dalam air kencingku. Dan doktor juga mengajukan soalan adakah dalam keluarga saya ada yang tedapat sejarah batu karang. 

Doktor juga bagitahu ini juga mungkin simptom simptom nak terjadi batu karang. Sepanjang ingatanku tiada ahli keluarga yang pernah ada batu karang tetapi lepas keluar dari bilik doktor baru ku teringat bahawa sepupuku pernah mengalami penyakit batu karang. Perasaan berdebar kot time jumpa doktor sebentar tadi sampai boleh ku terlupa...haha...

Jom kita kenali apa itu air kencing kotor
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)



Bakteria ini boleh menyebabkan:

♡ Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

♡ Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.

♡ Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan gejala

Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak. 

Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.



Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar.

Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Semoga info ini bermanfaat kepada semua. Mencegah lebih baik daripada mengubati.



Monday 22 September 2014

Kelebihan Surah Al fatihah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang kelebihan Surah Al fatihah.
Tahukah anda akan Kelebihan Surah Al-Fatihah

1. Barang siapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang rosak.

2. Barang siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT kemudian dia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, Insyaallah Dia akan memenuhi keperluannya.

3. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka jika ia menginginkan pangkat, terkabullah permohonannya dan kalau ia fakir maka akan jadi kaya dan inshallah jika punya hutang maka ia akan mampu untuk membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

4. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya, menjadikan baik akhlaknya, memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, dan apa yang ia angan-angankan, ia akan mendapatkan berbagai berkat, kebaikan dan kemuliaan, menjadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia beserta anak-anaknya akan terlindung dari kemudharatan, kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

5. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia akan memperoleh maksudnya dan menemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa : “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, baik urusan dunia maupun urusan akirat, agar dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku……..amin……..

6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah SWT akan membukakan pintu rezeki baginya dan Dia akan memudahkan urusannya tanpa payah dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ya Allah dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, agar Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku ya allah murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, ya allah sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikanlah apa yang kuhajati……..”

Selamat beramal....semoga memperolehi ilmu yang bermanfaat. Insya Allah...jom sama sama kita mengejar saham akhirat...Alhamdulillah  ...