Tuesday 16 September 2014

Indahnya Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bagi yang bergelar isteri pasti inginkan cahaya mata dari darah daging sendiri kan. Saat kehamilan adalah memori paling manis dan indah dalam kehidupan. Kehadiran sikecil di dalam keluarga pasti mengeratkan lagi hubungab kasih sayang suami isteri.

Di sini saya hendak kongsikan sedikit panduan amalan yang perlu diamalkan sepanjang kehamilan.

Antara amalan yang disarankan ialah:

1. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:

♡Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
♡Surah Yaasin - Mengelakkan gangguan  syaitan
♡Surah Taubat
♡Surah Maryam - untuk mudah bersalin, anak soleh dan taat
♡Surah Yusof  - utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna
♡Surah Luqman - utk mendapatkan anak yg taat dan bijak
♡Surah Al-hujuraat - untuk memperbanyakkan susu ibu

2. Doa Nabi Yunus

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :

               لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِ
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
 
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

3. Doa di permudahkan urusan
                      
    "Kemudian jalannya dimudahkan"
                (Surah Abasa: ayat 20)

                                  ربي يسر ولا تعس    
   rabbi yassir wa la tu’assir
"Wahai tuhanku permudahkanlah dan jaganlah kau susahkan"

Ini adalah amalan amalan yang saya cadangkan untuk ibu ibu hamil mengamalkannya. Semoga bermanfaat kepada semua 😊☺

No comments:

Post a Comment