Friday 26 September 2014

Set jerawat Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya nak kongsikan tentang jerawat, punca punca terjadinya jerawat dan cara mengatasinya.

Ooh jerawat? Paling tidak digemari oleh semua lebih lebih lagi pada yang terlalu obses pada kecantikan. Baik lelaki atau wanita pasti tidak suka akan kewujudan jerawat lebih lebih lagi kalau muncul kat muka. Pasti menyemakkan mata memandang dan keyakinan pada diri juga merudum.


Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.


Jom kita kenali punca punca terjadinya jerawat.

Kenali Punca-punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

♧♧ Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

♧♧ Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnesa pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

♧♧ Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

♧♧ Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

♧♧ Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

♧♧ Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

♧♧ Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Antara produk shaklee yang dapat membantu menghilangkan dan mencegah jerawat ialah Vitamin C , Vitamin E dan B complex.

♡♡ Vitamin C ♡♡
Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

♡♡ Vitamin E ♡♡
Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
Membantu memudarkan parut

♡♡ B Complex ♡♡
membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku


Jom kita lihat antara testimonial berjaya dengan penggunaan set di atas.


Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **



No comments:

Post a Comment