Friday 28 November 2014

Keindahan pantai kampungku Pantai Teluk Kalong

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Petang tadi berkesempatan bawa anak bersiar siaran di pantai Teluk Kalong, Kemaman. Hujung minggu memang ramai orang berkunjung di pantai ini. Pantai Teluk Kalong sangat indah dengan udara yang nyaman dan pemandangan yang cantik mata memandang. Untuk berkelah dan beriadah bersama sama keluarga sangat sesuai di pantai ini.

Papa dan farish bermain dengan anak ikan

Syoknya Farish main air laut

Anugerah terindah...anak syurga


Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit info tentang pantai Teluk Kalong.

Keindahan pantai

Pantai Teluk Kalong
Pantai Teluk Kalong sebuah pantai yang popular dikalangan pelancong tempatan  kerana memiliki pantai yang menawan dan menarik. Kedudukan pantai yang melengkung menyebabkan kawasan ini sesuai untuk mandi-manda.

Apabila tiba di sini anda akan terpukau apabila melihat pantai yang luas lagi cantik dan bersih. Hati anda akan merasa tenteram dan damai. Ambil tikar dan hamparkan untuk berehat sambil melihat suasana pantai yang cantik. Pokok rhu menghiasi pantai dan keredupannya menyebabkan kita merasa nyaman.
Di pantai ini juga anda dapat melihat bot-bot nelayan yang terdampar di pantai. 

Deretan bot bot nelayan

Deretan bot ini memberi pemandangan tradisional untuk ditonton dan dirakam sebagai latarbelakang semulajadi. Bukan saja anda dapat melihat bot nelayan malah anda dapat melihat kapal-kapal besar yang sedang berlabuh berhampiran Pelabuhan KSB.

Pantai ini amat sesuai untuk menjalankan berbagai aktiviti kerana mempunyai kawasan yang luas. Di antara aktiviti yang sesuai ialah bola sepak pantai, bola tampar dan sukaneka. Selain itu aktiviti perkhemahan begitu sesuai dijalankan di sini. Untuk kaki pancing inilah tempat terdapat ikan besar seperti kerapu, ebek, pari dan lain-lain lagi.

 Gerai gerai 

INFO
Lokasi
Melalui Jalan Lama Kijal ke Perwaja dan selepas turun Bukit Kijal anda akan ternampak Papan tanda Pantai Teluk Kalong iaitu berhampiran Pusat Latihan Antarabangsa (Pupuk Semangat)

Jarak
130 km dari Kuala Terengganu
20 km dari Kemaman
Penginapan
Strawberry Kijal Resort Apartments
Lot 2865, Teluk Senajang,
Mukim Kijal, 24100 Kemaman,
Terengganu 
Tel: 09-8623402, 09-8623403 Faks: 09-8623402, 09-8623403

Awana Kijal Apartment
No. 4A, Persiaran Bunga Melor,
Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun,
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8649612
Faks: 09-8649655
Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
KM28, Jln Dungun-Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8641188
Faks: 09-8641688
Laman Web: http://www.awana.com.my
Emel: awanakij@tm.net.my

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri
Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694
Keistimewaan
Berhampiran dengan Pantai Penunjuk (10 minit perjalanan) dan Pantai Telaga Simpul (15 minit perjalanan).




Wednesday 26 November 2014

Pencuci pinggan dan botol susu mesra alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....pada kali ini saya nak kongsikan entry tentang pencuci pinggan dan juga sesuai untuk membasuh puting botol susu.

Pencuci pinggan jenama apa yang ibu ibu guna sekarang. Memang banyak jenama pencuci yang berada di pasaran sekarang. Sebagai suri rumah yang bijak dan prihatin pilihlah jenama yang tinggi kualitinya dijamin bersih dan selamat.

Get clean hand dish wash dari Shaklee

Sabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di samping itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.

Sabun merupakan bentuk garam kepada asid lemak bebas. Kebiasaannya bahan ini mempunyai ketoksikan yang rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit. Di rumah sabun boleh didapati dalam bentuk pepejal atau cecair.

Bahan pencuci pula merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS).

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

Saya nak kongsikan pencuci pinggan dan botol susu yang tebaik dari ladang hihi iaitu hand dish wash concentrate dari Shaklee               Sesuai juga untuk cuci botol susu

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Dish wash concentrate mengandungi 473ml dan sangat jimat kerana sangat pekat. Pencuci Pinggan Shaklee berbau harum, tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar.Ia dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya? Cubalah dulu pasti anda tersenyum puas hati.

Lembut pada tangan
Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
Buih sabun yang tahan lebih lama
Menjadikan pinggan bersih berkilau
Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

☆ Selamat
☆ Tidak toksik
☆ Hipoalergenik
☆ Tanpa klorin
☆ Lembut pada tangan
☆ pH seimbang
☆ Tiada bahan kimia berbahaya
☆ Berkesan

Amat berkesan menanggalkan minyak
Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam

Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
Mudah biorosot
Tanpa fosfat
Tanpa bahan pewarna
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Pencuci ini juga sesuai untuk mencuci botol dan puting susu anak anak kita. Hanya perlukan setitik dan rendam botol dan puting pasti dapat kesan yang diingini iaitu puting bersih dan hilang kesan susu. Ibu ibu tidak perlu menukar puting baru dan pasti menjimatkan wang anda.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia

Testimonial pengguna

Sunday 9 November 2014

Bahayakah penyakit endometriosis terhadap wanita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blogger yati. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang penyakit endometriosis.

Apa itu Endometriosis?

Gambar endometriosis dalam rahim wanita

Endometriosis adalah masalah perubatan atau penyakit yang berkaitan dengan tisu yang melapisi bahagian dalam rahim (juga disebut endometrium)  telah tersebar dan tumbuh di kawasan organ lain di dalam tubuh wanita. Kebiasaannya berlaku pada organ-organ pelvis. Endometriosis yang ditemui di saluran fallopian dan ovari boleh menyebabkan parut, pelekatan dan salur fallopian tersumbat serta boleh mempengaruhi kesuburan seseorang wanita.

Endometriosis dikatakan menyerang 7 peratus daripada wanita dalam lingkungan umur 18-35 tahun dan merupakan salah satu sebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Apakah gejala-gejala endometriosis?

Sakit pada bahagian pelvis adalah di antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa semasa melakukan hubungan seks, semasa membuang air kecil atau air besar.

Walau bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit yang dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit yang keterlaluan tetapi endometriosis mungkin masih dalam peringkat awal dan kepada mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin sudah pada tahap endometriosis yang sudah teruk.

Dalam kebanyakkan kes, endometriosis gagal didiagnoskan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Apakah kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita?

Untuk mengetahui kaitannya dengan kesuburan, amat penting untuk wanita memahami dengan jelas apa itu endometriosis dan bagaimana ia boleh mempengaruhi  kesuburan mereka.

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dijumpai pada kawasan badan yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, salur fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.

Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Sekiranya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur fallopian akan berjauhan dari ovari dan sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku. Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada salur fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.

Siapa Berisiko? Apa Punca Endometriosis?

Sehingga kini saintis masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar bagaimana ia terjadi. Tetapi terdapat teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Adalah dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid. Ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian tubuh yang lain. Ia juga mungkin melibatkan mekanisma yang lebih kompleks di mana terdapat interakasi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis kerap terjadi pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak. Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.

Bagaimana diagnosa boleh dilakukan?

Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan juga pemeriksaan US. Jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, beliau mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dijumpai, doktor akan menentukan sejauh mana endometriosis sudah dan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku.

Bagaimana Endometriosis dirawat?

Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya.
Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Jadi risiko untuk mendapat penyakit ini semula adalah tinggi.

Rawatan ubat sahaja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan  menghalang endometriosis dari merebak. Rawatan hormon pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ia jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.
Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.
Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.
Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan.
Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah ko
tor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).
Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.
Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.
Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh.
Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Di sini saya nak kongsikan produk shaklee yang boleh membantu masalah wanita yang mempunyai endometriosis seperti di atas. 

Antara produk produk shaklee itu ialah:-

● Gla complex

● Vitamin E

● Vitamin C Sustain release

● Carotomax

● Vivix

Vitamin vitamin ini mempunyai antioksidan yang tinggi bagi membantu merawat penyakit endometriosis.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia


Thursday 23 October 2014

Cara didik anak mengikut sunnah Nabi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....pada kali ini saya nak kongsikan tips mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah SAW.


PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterusnya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat beramal.Sama sama kita mendidik anak anak syurga kurniaan Allah dengan penuh ilmu yang bermanfaat dan jalan yang diredhai olehNya.insya Allah.Amin ...

Kaedah mendidik anak dengan cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...entry saya pada kali ini saya nak kongsikan kaedah kaedah mendidik anak cemerlang. Didalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu.

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa-ibubapa lain. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahioran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.

                          Keluarga bahagia 

Tujuh kaedah tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

Mengenai solat di awal waktu
Adab dengan orang tua-tua
Adab dengan guru
Adab dengan kawan-kawan
Tugas harian di rumah
Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
Tatacara makan mengikut sunnah nabi
Cara belajar yang berkesan
Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
Keselamatan jalan raya
Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah soal jawab

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoaljawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk kenangan lalu

Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Janganlah bersedih sayang

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.....Sudah seminggu tidak berkarya di sini. Terasa perasaan yang amat rindu mendalam untuk mencoretkan sebuah bingkisan seorang perjalanan insan kerdil di bumi Allah ini. Alhamdulillah pada pagi ini Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis di sini. Saya baru sahaja keluar daripada hospital pada hari Sabtu yang lepas.

Ini adalah sedikit coretan kisah hidupku.....:)

12 Oktober 2014

Alhamdulillah setelah  merasakan period lambat datang saya membuat urine pregnant test dan ujian itu menunjukkan saya positif hamil. Syukur sangat terasa kerana memang saya teringin untuk hamil lagi. Sebelum ini saya sudah dikurniakan seorang anak yang comel Muhammad Farish Aryyan Bin Khairol yang kini berusia setahun 6 bulan. Sepanjang kehamilan ini saya tidak merasa sebarang alahan dan menjalani hari hari saya seperti biasa sahaja. 

Selepas 4 minggu usia kehamilanku saya bercadang untuk membuat pemeriksaan ultra sound untuk melihat perkembangan janinku. Ini adalah kerana saya perlu membuat pemeriksaan awal mengandung disebabkan sebelum ini saya sudah mempunyai sejarah iaitu anak sulong saya meninggal ketika usia 38 minggu di dalam perut dan saya ada sejarah mengandung di luar rahim.

15 Oktober 2014

Saya dan suami pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan ultra sound bagi melihat perkembangan janinku. Mengikut pengiraan doktor usia kandungan saya ketika ini lebih kurang 4 minggu lebih. Semasa membuat pemeriksaan ultra sound doktor tidak dapat mengesan kantung mahupun degupan jantung babyku. Saya sudah tidak sedap hati dan saya cuba menyedapkan hati saya. Mengikut pengalaman anak pertama dan keduak saya pada usia 4 minggu doktor sudah dapat mengesan degupan jantungnya melalui pemeriksaan ultra sound. Doktor memberi penjelasan mungkin tidak nampak lagi kerana baru lagi usia baby saya . Doktor dapat mengesan rahim saya mengembang menunjukkan tanda tanda kehamilan. 

Dan saya memberitahu doktor saya sakit pinggang sepanjang hamil ini dan doktor menyuruh saya membuat pemeriksaan urin dikhuatiri saya terkena jangkitan air kencing kotor. Rupanya tekaan saya meleset selepas cek urin air kencing saya normal tidak mengalami jangkitan kencing kotor. Doktor memberi masa 2 minggu lagi untuk saya datang lagi membuat pemeriksaan.

16 Oktober 2014

Pada pagi itu saya merasa sakit pinggang dan perut saya memulas yang teramat sakit. Suami saya segera membawa saya ke hospital. Di dalam hati saya tidak putus putus berdoa agar dijauhi perkara perkara yang tidak diingini. Saya sangat bimbang kejadian pengalaman  mengandung di luar rahim berlaku lagi. Ternyata betul apa yang saya rasakan. Selepas pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengandung di luar rahim sekali lagi. Ya Allah terasa senyap gelap gelita dunia ini seketika. Saya hanya mampu menangis dan menangis. Selepas reda kesedihan saya tabahkan diri dan menerima ujian ini dengan Redha pasti ada hikmahnya. Doktor memberitahu sekiranya baby saya berada di tiup kanan saya doktor terpaksa membuang tiup sebelah kanan saya dan saya tidak dapat hamil lagi. Kerana pada kandungan luar rahim sebelum ini doktor sudah membuang tiup sebelah kanan saya. Sekali lagi saya menangis kerana terlalu sedih untuk menerima penerangan doktor itu.

Suamiku memberi semangat kepada saya dan memberi keizinan untuk doktor membuat pembedahan keatas diri saya bagi menyelamatkan nyawa saya. Luluh hati seorang isteri pada ketika itu. Saya dengan rela hati menurunkan tandatangan memberi persetujuan untuk membuat pembedahan. Pada petang itu juga saya ditolak ke dewan pembedahan untuk dibedah. Kira kira pukul 630 petang saya di dalam bilik pembedahan dan pembedahan itu mengambil masa lebih kurang dua jam setengah.

              Nametag kenanganku..hihi.....

Alhamdulillah pembedahan saya berjaya dan Allah masih panjangkan usia saya. Selepas saya sedar suami saya memberitahu baby saya menempel di tiup yang lama sebelah kiri yang sudah dibuang pada kehamilan saya yang dulu. Saya hanya mampu tersenyum dan bersyukur pada Allah kerana tiup sebelah kanan masih ada. Tiada kata seindah yang mampu saya ucapkan dan hanya mampu menitiskan air mata berterima kasih pada Allah. 

Ya Allah sungguh besar dugaan saya dan saya perlu tabah untuk hadapi hari hari yang mendatang. Saya insan terpilih yang dipilih olehNya untuk saya merasa manisnya sebuah ujian. Pasti menanti hikmah dan ganjaran besar yang tersembunyi buat saya.

Alhamdulillah hari ini saya sudah semakin sihat dan saya sangat bersyukur pada Allah memberi kekuatan dalaman buat saya untuk meneruskan langkah langkah dan sisa kehidupan saya. Ibarat mati hidup semula je saya rasa. Alhamdulillah semakin kita diuji semakin kita dekat kepada Allah. Allah sayang kita sebab itu Allah menguji kita dengan berbagai ujian dan dugaan. 

Saya sangat bersyukur menjadi salah seorang insan terpilih yang diuji dan diduga olehNya. Allah tidak akan sesekali menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan, kehidupan dan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah. Terima kasih Allah. 

Dan buat yang terakhir sekali saya dedikasikan jutaan sayang terima kasih atas sokongan nasihat inspirasi buat suami tercinta Khairol bin Kamaruddin yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. Dan juga kepada semua ahli keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Dan terima kasih buat semua kenalan sahabat sahabat yang sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan pada diri saya. Syukur Alhamdulillah......saya sayang kamu semua.....

                  Indahnya sebuah ujian



Wednesday 15 October 2014

Sakit pinggang ketika hamil

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengikut setia blogger saya. Pada hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang sakit pinggang ketika hamil.

                     Kehamilan saat terindah

Sakit pinggang ketika hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ramai wanita yang mengeluh sakit pinggang terutamanya apabila usia kandungan hampir ke 2 trimister. Sakit pinggang ketika hamil terjadi kerana faktor hormon kehamilan  yang meningkat dan membuatkan sendi  tidak stabil sehingga ke kawasan pelvik yang mengembang mengikut perkembangan bayi.

Selain itu kenaikan berat badan ketika hamil antara 11-15 kg menyebabkan rasa sakit menjalar sehingga ke sekeliling perut. Sebab itu ketika bangun tido awal pagi dari katil memang amat menyiksakan. Perubahan bentuk badan kita yang besar  dan banyak semasa hamil juga menganggu kestabilan diri.

Antara pencegahan awal yang anda boleh mencegah dan mengurangkan rasa sakit pinggang ketika hamil ialah:

♡ Pakai kasut yang rata yang direka khas untuk ibu mengandung. Elakkan kasut yang bertumit. Ia dapat mengurangkan masalah regangan pada tulang

♡ Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama

♡ Tidur dalam posisi mengiring dengan bantal diantara dua kaki anda seperti posisi memeluk orang. Terdapat juga bantal khas untuk ibu hamil. Anda boleh cuba mengguna bantal itu. Anda juga boleh meletakkan bantal sebagai alas perut apabila perut semakin membesar.

♡ Gunakan tali pinggan khas untuk ibu hamil bagi membantu menyokong ibu hamil mengurangkan rasa sakit pinggang.

♡ Jika rasa tegang atau cramp menyerang, anda boleh cuba dengan cara memasukkan ais atau air suam di dalam kantung compress dan tuam. Lakukan sekurang-kurangnya 10-15 minit.

♡ Hindari mengangkat benda berat dan yang mendatangkan beban pada tubuh anda.

♡ Biasakan berjalan kaki paling tidak 20-30 minit setiap hari.

♡ Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membongkok atau tegak.

Selain melakukan kesemua diatas, pengambilan pil kalsium juga sangat membantu bagi masalah sakit pinggang ketika hamil. Ia membantu memelihara saraf yang mana saraf inilah yang mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita.

Kalsium juga penting semasa proses kelahiran nanti dimana otot-otot badan berkerja keras semasa kontraksi. Pengambilan kalsium yang cukup juga dapat membantu mengurangkan pendarahan ketika bersalin kerana platlet darah cepat terbentuk sekaligus mengurangkan risiko pendarahan ketika bersalin.

Antara produk shaklee yang dapat membantu melegakan sakit pinggang ketika hamil ialah ostematrix.
Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.
Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

            Ostematrix lebih daripada kalsium

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.

2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.

3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).

5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.

6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.

7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Khasiat dalam ostematrix

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia


Tips Mengatasi Keguguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang keguguran.

Apa itu Keguguran?

Keguguran biasa terjadi ketika trimester pertama

Keguguran ialah ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab-sebab

Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah:

● Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

● Masalah penyakit  si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda

● Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risiko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.

● Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko

● Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.

● Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran

● Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)

● Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

● Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:

♧ Pemakanan yang tidak sihat
♧Merokok
♧Horman yang tidak seimbang
♧Jangkitan kuman
♧Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
♧Terdedah pada radiasi dengan banyak
♧Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
♧Demam yang tersangat panas
♧Rahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
Keluar lendir yang berbau dari faraj
Demam melebihi 38 darjah C

Selepas keguguran:

Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
Jangan gunakan tampon
Jangan douche vagina anda
Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur

Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Kehamilan Hampir Gugur

Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

■ Merah pekat
■ Merah cair
■ Coklat
■ Kadang-kadang sangat sedikit
■ Kadang-kadang berketul darah
■ Sakit belakang
■ Sakit pada ari-ari
■ Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

♡ Jangkitan kuman pada faraj
♡ Polip pada pangkal rahim
♡ Hamil di luar rahim
♡ Cancer pangkal rahim

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

Tunggu dan lihat:

Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

Kurangkan aktiviti yang lasak:
Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

Ubat Progesterone:

Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

Tenangkan fikiran:

Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.


Keguguran janin

Awas wanita! Rawat keputihan sebelum parah

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blogger yati. Pada kali ini saya nak kongsikan tentang keputihan dan cara merawatnya.

Apa Itu Keputihan?

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.  Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?

♤ Faktor Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

♧ Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

♧ Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

♧ Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Cara mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

☆ Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.

☆ Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

☆ Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).

☆ Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja.

☆ Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.

☆ Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.

☆ Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.

☆ Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

☆ Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

☆ Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

☆ Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

☆ Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

☆ Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan di bawah ni. Yelah ada sesetengah orang lebih selesa rawatan yang jenis makan makan ni.. tak nak yg cuci cuci dan sebagainya kan... kira alternatif lain lah ni selain cara tradisional...                  Set keputihan Shaklee

Bagaimana suplemen Shaklee ni bertindak?

Alfalfa Complex
Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex
antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
menstabilkan glukos di dalam tubuh
menurunkan kolesterol
menurunkan darah tinggi
detoksifikasi

GLA Complex
Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
Meningkatkan sistem imun tubuh
Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia




Tuesday 14 October 2014

Kuantiti Air yang Diperlukan Oleh Badan Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang sukatan air yang diperlukan dalam badan manusia serta kebaikan meminum air putih.

         Air putih elok untuk tubuh badan manusia

Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?

Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.

Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?

Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.
Formulanya ialah:

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)
Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb

(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz

(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya..     Kuantiti Air perlu  diminum mengikut berat                              badan seseorang

Kebaikan minum air putih

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Air putih pelbagai khasiat


Monday 13 October 2014

Jadual waktu sistem badan manusia

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blogger yati. Pada kali ini saya nak kongsikan tentang jadual waktu sistem badan manusia. Haaa macam pelik ke dengar? Jangan tak tahu badan kita pun ada jadual tau ..hihi...

Setiap perkara di dunia ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak dan macam macam lagi.

Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual anggota badan dan tugas mereka yang tertentu.

                  Sistem tubuh badan manusia 

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. Jangan skip sarapan pagi kerana sarapan memberi tenaga untuk mulakan kerja seharian. Pastikan mengambil makanan yang berkhasiat.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Waktu Petang

1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.


Organ organ badan manusia

Saturday 11 October 2014

Diabetes semasa hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang Kencing Manis Semasa Hamil.        Ibu hamil yang ada diabetis cepat letih

Apa itu Kencing Manis Semasa Hamil (Diabetis Gestasi)?

Sekiranya wanita yang mengandung disahkan menghidapi kencing manis, ia dikenali sebagai diabetis gestasi atau kencing manis semasa hamil. Kebiasaannya setiap wanita mengandung akan menjalani ujian diagnosis untuk mengenal pasti sama ada mereka menghidapi penyakit ini dengan Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT).

Diabetis Gestasi berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan akibat kehamilan. Hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas semasa mengandung. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan akan meningkat.

Pada masa yang sama hormon yang dihasilkan oleh uri bayi bagi tujuan tumbesaran turut menghalang badan si ibu menggunakan hormon insulin dengan efisien.

Anda tidak perlu terlalu risau sekiranya disahkan menghidapi Diabetes Gestasi kerana ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. 2 hingga 14% ibu hamil diserang penyakit ini. Gestasi Diabetis berbeza dengan Diabetis Jenis 1 dan 2 kerana kebiasaannya paras gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai Diabetis Gestasi?

● Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30;

● Dahulu telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;

●Menghidapi Diabetis Gestasi sebelum ini;

● Keluarga mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
Keluarga dari nenek moyang yang mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Kesan Diabetis Gestasi Kepada Bayi dan Si Ibu

Sekiranya ibu hamil tidak mengamalkan langkah penjagaan kesihatan yang optimum, ia mampu memberikan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan terutamanya apabila paras gula dalam darah terlalu tinggi.

Gula yang banyak di dalam darah akan merentasi plasenta ke bayi dalam kandungan. Akibatnya, saiz bayi akan menjadi terlalu besar kerana menerima bekalan gula yang banyak. Bayi yang besar menyukarkan proses bersalin, dikhuatiri pembedahan caesarean terpaksa dilakukan.

Menurut kajian, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami Diabetis Gestasi didapati cenderung untuk mendapat obesiti dan diabetis jenis kedua apabila mereka membesar dewasa.

Tambahan itu, walaupun Diabetis Gestasi ini kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan,si ibu boleh mendapat diabetis mellitus jenis kedua yang kronik sekiranya mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawal paras gula dalam darah.

Rawatan untuk Diabetis Gestasi

Langkah yang terbaik untuk merawat penyakit ini sudah tentu dengan mengubah cara pemakanan dengan lebih sesuai dan sihat. Berikut adalah antara tips diet sihat untuk pesakit Diabetis Gestasi

1.    Agihkan jumlah makanan sehari kepada 3 kali waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan 2 ke 3 kali makan ringan setiap hari.

Makan terlalu banyak dalam satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan mendadak. Sebaiknya, amalkan memakan snek seperti roti gandum penuh, buah atau salad di antara waktu makan utama (contoh: minum pagi, minum petang) bagi memastikan anda tidak terlalu lapar kemudian makan dengan banyak semasa waktu makan utama. Namun demikian, pemilihan snek perlulah betul.

Dalam pada itu, jangan pernah tinggalkan waktu makan semasa mengandung kerana bayi dan badan anda memerlukan ekstra nutrisi daripada pelbagai sumber makanan.

2.    Makan daripada kumpulan kanji pada kadar yang betul

Kadar yang betul itu bermaksud, lebih kurang 2-3 senduk nasi (rata) atau 2 keping roti. Banyakkan jumlah sayur di dalam pinggan kerana serat pada sayur boleh menjadikan anda kenyang lebih cepat dan lebih lama.

Makanan daripada kumpulan kanji seperti nasi, mi, roti, atau kuih muih berasaskan tepung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Sekiranya anda terlalu banyak memakan makanan berasaskan kanji, ia mampu meningkatkan gula dalam darah dengan mendadak.

Terdapat dua jenis makanan berkanji; Kanji kompleks dan Kanji halus. Nasi putih dan roti putih dikenali sebagai kanji halus yang begitu mudah bertukar menjadi gula semasa diproses dalam badan. Makanan ini tidak disarankan dimakan terlalu banyak oleh pesakit diabetis kerana ia mampu meningkatkan kadar gula dengan sangat cepat.

Sebaliknya, anda boleh memakan nasi perang dan roti gandum penuh yang merupakan kanji kompleks. Makanan ini mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, mampu menstabilkan kadar gula dalam darah daripada mencanak naik dengan mendadak. Beras Ponni yang tidak mengandungi kanji juga antara pilihan yang baik.

3.    Minum susu hanya satu gelas (lebih kurang satu mug) pada satu masa

Susu sememangnya berkhasiat kerana kaya dengan kalsium dan ia amat penting untuk diminum semasa mengandung. Namun begitu, susu juga mengandungi karbohidrat. Minum terlalu banyak pada satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat.

4.    Hadkan pengambilan buah-buahan

Buah juga makanan berkhasiat tetapi tinggi dengan gula. Anda boleh makan 1 hingga 3 sajian setiap hari tapi jangan makan sekaligus dalam satu masa.Satu sajian bermaksud sebiji bagi buah kecil (epal, pisang, oren) dan sepotong bagi buah besar (tembikai, tembikai susu, betik), 8 biji anggur, 5 biji rambutan dan banyak lagi

5.    Kurangkan makanan manis dan pencuci mulut

Kek, kuih, gula-gula dan pastri kebiasaannya mempunyai kandungan kanji halus yang amat tinggi. Makanan ini juga biasanya tinggi lemak dan rendah khasiat. Kurangkan juga pengambilan air manis dan minuman berkarbonat.Selain daripada tips pemakanan sihat diatas, ibu hamil juga perlu mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam ringan seperti berjalan kaki, menaiki tangga atau membuat kerja rumah – sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Apa yang paling penting, dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar pemakanan untuk cadangan pemakanan dan pengambilan ubat yang betul serta bersesuaian dengan kesihatan anda.

Kehamilan saat terindah