Monday 16 June 2014

Ingin tahu kesuburan wanita?

Lendiran Kesuburan Wanita Petanda Tahap Kesuburan

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Rata-rata wanita akan menghasilkan lendiran serviks setiap bulan menandakan waktu subur seorang wanita. Ketika penghasilan lendiran ini, proses persenyawaan akan mudah terjadi dan peluang untuk hamil adalah sangat tinggi.

Tapi ramai wanita yang kurang pasti bagaimana rupa bentuk atau keadaan fizikal lendiran kesuburan atau juga dikenali sebagai lendiran serviks. Jika tidak tahu, agak sukar menentukan bila waktu terbaik untuk bersama suami untuk tujuan kehamilan.

Selainkan menentukan waktu subur menggunakan JADUAL PENGIRAAN WAKTU SUBUR, wanita boleh memeriksa rupa fizikal lendiran ini dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam vagina. Proses ini lebih mudah dilakukan dalam keadaan mencangkung. Bentuk fizikal lendiran kesuburan seakan-akan putih telur yang mentah.

Lendiran yang dikeluarkan itu kemudiannya perlu dipegang menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Renggangkan lendiran tersebut untuk melihat tahap kepekatannya.

Jika ianya putus ketika direnggangkan selepas beberapa sentimeter, bermakna waktu subur anda hampir tiba. Namun ianya masih belum masa terbaik untuk tujuan kehamilan.

Jika ianya tidak putus setelah direnggangkan beberapa sentimeter, bermakna itu adalah petanda anda sedang subur. Bersama suami ketika waktu ini memungkin peluang kehamilan yang tinggi.

Waktu paling sesuai untuk membuat ujian ini adalah di waktu pagi. Namun elakkan menguji kepekatan selepas bersama suami atau ketika mendapat apa-apa jangkitan kuman kerana keputusannya mungkin mengelirukan dan tidak tepat.

Jika anda rasakan vagina anda kering setelah dimasukkan jari, jangan paksa untuk lendiran itu keluar. Vagina kering menunjukkan bukan waktu subur anda.

Ada sesetengah wanita mengalami kekeringan di bahagian vagina walaupun tiba waktu subur. Kekeringan vagina menyebabkan peluang kehamilan semakin rendah kerana sperma tidak dapat berenang dan bersenyawa dengan mudah. Lendiran serviks yang subur dan banyak membantu sperma untuk hidup dan tahan lebih lama.

Di Shaklee, kami mempunyai alternatif kepada anda yang mempunyai kesukaran untuk hamil akibat kurangnya penghasilan lendiran kesuburan. Akibat daripada kekurangan lendiran ini akan menyebabkan sperma mudah mati sebelum tiba ke rahim untuk bersenyawa.

GLA Complex yang dirumus bersama daun borage terbukti berkesan membantu ramai wanita di luar sana untuk hamil walaupun sudah bertahun menunggu ketibaan zuriat. Ia bukan sahaja membantu menghasilkan lendiran kesuburan yang banyak, ia juga mampu membantu menstabilkan hormon, menstabilkan kitaran haid, mengurangkan senggugut, mengecutkan cyst, merawat masalah PCOS dan pelbagai lagi masalah berkaitan hormon dalaman wanita.

No comments:

Post a Comment