Sunday 9 November 2014

Bahayakah penyakit endometriosis terhadap wanita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blogger yati. Entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tentang penyakit endometriosis.

Apa itu Endometriosis?

Gambar endometriosis dalam rahim wanita

Endometriosis adalah masalah perubatan atau penyakit yang berkaitan dengan tisu yang melapisi bahagian dalam rahim (juga disebut endometrium)  telah tersebar dan tumbuh di kawasan organ lain di dalam tubuh wanita. Kebiasaannya berlaku pada organ-organ pelvis. Endometriosis yang ditemui di saluran fallopian dan ovari boleh menyebabkan parut, pelekatan dan salur fallopian tersumbat serta boleh mempengaruhi kesuburan seseorang wanita.

Endometriosis dikatakan menyerang 7 peratus daripada wanita dalam lingkungan umur 18-35 tahun dan merupakan salah satu sebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Apakah gejala-gejala endometriosis?

Sakit pada bahagian pelvis adalah di antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa semasa melakukan hubungan seks, semasa membuang air kecil atau air besar.

Walau bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit yang dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit yang keterlaluan tetapi endometriosis mungkin masih dalam peringkat awal dan kepada mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin sudah pada tahap endometriosis yang sudah teruk.

Dalam kebanyakkan kes, endometriosis gagal didiagnoskan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Apakah kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita?

Untuk mengetahui kaitannya dengan kesuburan, amat penting untuk wanita memahami dengan jelas apa itu endometriosis dan bagaimana ia boleh mempengaruhi  kesuburan mereka.

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dijumpai pada kawasan badan yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, salur fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.

Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Sekiranya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur fallopian akan berjauhan dari ovari dan sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku. Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada salur fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.

Siapa Berisiko? Apa Punca Endometriosis?

Sehingga kini saintis masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar bagaimana ia terjadi. Tetapi terdapat teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Adalah dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid. Ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian tubuh yang lain. Ia juga mungkin melibatkan mekanisma yang lebih kompleks di mana terdapat interakasi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis kerap terjadi pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak. Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.

Bagaimana diagnosa boleh dilakukan?

Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan juga pemeriksaan US. Jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, beliau mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dijumpai, doktor akan menentukan sejauh mana endometriosis sudah dan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku.

Bagaimana Endometriosis dirawat?

Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya.
Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Jadi risiko untuk mendapat penyakit ini semula adalah tinggi.

Rawatan ubat sahaja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan  menghalang endometriosis dari merebak. Rawatan hormon pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ia jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.
Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.
Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.
Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan.
Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah ko
tor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).
Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.
Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.
Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh.
Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Di sini saya nak kongsikan produk shaklee yang boleh membantu masalah wanita yang mempunyai endometriosis seperti di atas. 

Antara produk produk shaklee itu ialah:-

● Gla complex

● Vitamin E

● Vitamin C Sustain release

● Carotomax

● Vivix

Vitamin vitamin ini mempunyai antioksidan yang tinggi bagi membantu merawat penyakit endometriosis.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia


17 comments:

  1. Info yg padat dan bermanfaat. Sangat jelas. Thanks, bahaya juga ye sbb pengaruhi kesuburan

    ReplyDelete
  2. penyakit yang menakutkan buat sesiapa yg nak hamil..tapi kalau dah scan and ada endo, mgkin boleh amalkan shaklee dengan nasihat doktor la kan..

    ATASI MIGRAIN TANPA SENTUH UBAT

    ReplyDelete
  3. Saya ada penyakit tu.tiub belah kiri dah tersumbat.Alhamdulilah dengan mengamalkan produk shaklee kini period saya datang setiap bulan.syukur sangat-sangat.

    ReplyDelete
  4. Bagus jika dapat detect awal. Boleh ikhtiarkan pengambilan suplemen.

    ReplyDelete
  5. Rasa bersyukur bila ramai yg dah rasai perubahan dgn shaklee.. Rasa benar2 Allah tlg iaitu bertemu dgn shaklee.. Rasa sihat sentiasa..
    Tips Atasi Kulit Kering

    ReplyDelete
  6. Bahayanya penyakit endometriosis ni kan...info yg sgt berguna...nasib bagi bertemu dengan shaklee kan, supplement yg boleh membantu merawat masalah wanita.

    kelebihan kacang soya

    ReplyDelete
  7. Dulu Dr pun kata ila ada endro. Sebabnya memang sakit setiap kali datang period. Alhamdulillah pms dan senggugut tu dah hilang sejak amalkan GLA dan Ostematrix.
    Baca Tentang Set Berpantang Terbaik

    ReplyDelete
  8. info yang yang bermanfaat..tq for sharing

    ReplyDelete
  9. info yang sangat bermanfaat. saya sendiri tak pernah pun tahu pasal ni. terima kasih kerana perkongsian ini..

    adakah ibadat kita bergred A?

    ReplyDelete
  10. Ramai wanita tidak mengetahui masalah ini sehinggalah mereka di kesan menghidapinya... jom cegah sebelum parah...

    Tips Cepat Hamil Untuk Isteri Yang Kerapkali Keguguran: Jom Ikhtiar Sebelum Usia Makin Meningkat!!

    ReplyDelete
  11. Jangan buat tak kisah. Dapatkan pengesahan doktor.

    Idam IPad Air 2

    ReplyDelete
  12. salah satu cara untuk merencatkan perkembangan endometriosis adalah dengan kehamilan..

    ReplyDelete
  13. anti oksidan adalah nutrien yang sangat2 baik untuk menghalang penyakit dari mula menjadi punca segala penyakit. Salah satunya endometriosis ni. Paling penting, amalkan gaya hidup yang sihat agar kesihatan anda pun terjaga. Tak mampu daptkan nutrien lengkap, Vivix boleh membantu. Saya suka Vivix!

    ReplyDelete