Wednesday 26 November 2014

Pencuci pinggan dan botol susu mesra alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....pada kali ini saya nak kongsikan entry tentang pencuci pinggan dan juga sesuai untuk membasuh puting botol susu.

Pencuci pinggan jenama apa yang ibu ibu guna sekarang. Memang banyak jenama pencuci yang berada di pasaran sekarang. Sebagai suri rumah yang bijak dan prihatin pilihlah jenama yang tinggi kualitinya dijamin bersih dan selamat.

Get clean hand dish wash dari Shaklee

Sabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di samping itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.

Sabun merupakan bentuk garam kepada asid lemak bebas. Kebiasaannya bahan ini mempunyai ketoksikan yang rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit. Di rumah sabun boleh didapati dalam bentuk pepejal atau cecair.

Bahan pencuci pula merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS).

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

Saya nak kongsikan pencuci pinggan dan botol susu yang tebaik dari ladang hihi iaitu hand dish wash concentrate dari Shaklee               Sesuai juga untuk cuci botol susu

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Dish wash concentrate mengandungi 473ml dan sangat jimat kerana sangat pekat. Pencuci Pinggan Shaklee berbau harum, tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar.Ia dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya? Cubalah dulu pasti anda tersenyum puas hati.

Lembut pada tangan
Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
Buih sabun yang tahan lebih lama
Menjadikan pinggan bersih berkilau
Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

☆ Selamat
☆ Tidak toksik
☆ Hipoalergenik
☆ Tanpa klorin
☆ Lembut pada tangan
☆ pH seimbang
☆ Tiada bahan kimia berbahaya
☆ Berkesan

Amat berkesan menanggalkan minyak
Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam

Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
Mudah biorosot
Tanpa fosfat
Tanpa bahan pewarna
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Pencuci ini juga sesuai untuk mencuci botol dan puting susu anak anak kita. Hanya perlukan setitik dan rendam botol dan puting pasti dapat kesan yang diingini iaitu puting bersih dan hilang kesan susu. Ibu ibu tidak perlu menukar puting baru dan pasti menjimatkan wang anda.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya 
sms/whatsapp/call 0179753858
Facebook : Suriati Yusoff
Page : Farish Aryyan Vitamins & Health Supplements
Cod area Kemaman dan Dungun
pos seluruh malaysia

Testimonial pengguna

12 comments:

  1. Perlu bijak memilih pencuci pinggan utk keselamatan

    IDAMAN SETIAP WANITA

    ReplyDelete
  2. Baguslah pencuci ni... Kak tun nak cuba juga lah nanti.. thanks coz sharing info ni...

    ReplyDelete
  3. Saya mmg guna dish,bukan sahaja cuci botol susu malah pinggan mangkuk. Pada pandangan awal,mcm mahal,tp sebenarnya jimat,sebotol tahan sebulan berbanding pencuci biasa sebotol seminggu. Jika dikirakan kos,lebih kurang.ttp yg paling penting ialah selamat digunakan dan mesra alam

    ReplyDelete
  4. Best..saya pun guna dish wash ni

    ReplyDelete
  5. Memang terbaik pencuci pinggan shaklee nie.buih pun banyak n pekat. jimat pon jimat..siapa yg dapurnya xberasap lagi la jimat..hihiii..

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  6. Bestnya.. selama ni guna basic h je. Nak try dish wash pulak la. Hehe. Tq yati atas perkongsian info:)

    ReplyDelete
  7. kalau jenis tangan sensitif dengan pencuci pinggan di pasaran, boleh la cuba pkai pencuci ni.. lembut pada tangan dan yang penting tiada bahan kimia yang boleh merengsa kan kulit tangan..

    NUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR

    ReplyDelete
  8. Kurang info ttg pencuci pggan..mgkin boleh dicuba utk mak sy yg alah pd pencuci sabun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh dear ...mmg best sgt2 pencuci pinggan ni...sesuai utk tgn yg alah pd bhn pencuci

      Delete
  9. Suka nya dengan dish wash ni. Terbukti selamat & organik


    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete