Tuesday 17 September 2013

Makanan terbaik untuk anak


✿ INFO -
BERIKAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTU ANAK2 ANDA DAN LEBIH KREATIF DALAM MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK SI MANJA ANDA..

Sebagai ibu anda perlu pastikan anak membesar dengan diet pemakanan yang sihat. Mulakan menu sihat sejak anak-anak mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Walaupun sukar namun jangan berputus asa.

Justeru, pastikan beberapa perkara wajib tersebut sentiasa dipraktikkan ketika menyediakan hidangan untuk si manja kesayangan.

✿ Makanan berkualiti
Elakkan daripada menghidangkan makanan segera untuk anak anda kerana kebanyakan makanan tersebut tidak berkhasiat. Sebaiknya masak sendiri makanan untuk keluarga kerana ia lebih berkualiti. Selain berkhasiat, pastikan ia bersih dan selamat dimakan.

✿ Variasikan menu
Anak-anak kecil mudah bosan dengan makanan yang sama setiap hari. Jadi, mama perlulah rajin mempelbagaikan hidangan untuk anak-anak agar mereka lebih teruja untuk memakannya. Mungkin anda boleh membuat menu untuk seminggu bagi mengelakkan tiada idea ketika waktu memasak.

✿Nutrien yang cukup
Setiap kali menyediakan hidangan untuk anak, pastikan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak sedang membesar adalah cukup. Pelajari piramid pemakanan agar ia menjadi panduan berguna kepada anda untuk memastikan anak mendapat nutrien yang lengkap bagi membantu tumbesaran sihat.

✿Hiasan menarik
Kanak-kanak terkenal dengan sikap suka akan sesuatu yang menarik perhatian mereka. Justeru, jika hidangan makanan yang disediakan kepada mereka biasa sahaja, mereka mugkin tidak tertarik untuk menjamah makanan tersebut. Tetapi dengan persembahan makanan yang berwarna-warni, dihidangkan dalam bentuk karektor kartun dan sebagainya, anak anda pasti tak sabar hendak menghabiskan makanan tersebut.

✿Usah berputus asa
Sekiranya anak anda tidak mahu makan sayur-sayuran, ia adalah perkara normal. Kanak-kanak dan sayur-sayuran umpama musuh ketat. Namun bukan bermakna selamanya mereka tidak perlu makan sayur. Kreatif dan tidak berputus asa mengajar anak makan sayur perlu ada dalam setiap diri seorang ibu. Misalnya jika anak tidak suka makan sayur secara terus, anda boleh ubah suai cara masakan sayuran tersebut. Contohnya sayur bayam dibuat seperti kerepek bayam yang rangup. Mungkin selepas itu, anak pula yang menghabiskan hidangan tersebut.

No comments:

Post a Comment