Sunday 5 October 2014

Cara semulajadi banyakkan susu ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry saya pada kali ini sedikit perkongsian cara banyakkan air susu ibu
secara semulajadi. Air susu ibu yang banyak pastilah menjadi keinginan semua ibu yang punyai bayi. Ibu manalah yang tak risau jika susu badan seakan-akan tak keluar. Macam-macam cara nak banyakkan air susu ibu ni, ada yang traditional, moden, ubat farmasi, supplimen, juga cara yang 100% asli dan semulajadi.



1001 tumbuhan Allah ciptakan untuk banyakkan susu ibu, yang penting ibu sanggup berusaha dan tak mengalah begitu je. Jadi inilah cara banyakkan air susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.

♡♡ Daun bunga melur dan daun pucuk manis ♡♡

Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. dan jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.

♡♡ Kacang tanah ♡♡

Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.

♡♡ Longan kering ♡♡

Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.

♡♡ Daun Sirih ♡♡

Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.

♡♡ Halba dan jintan hitam ♡♡

Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.

♡♡ Susu ♡♡

Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.

♡♡ Lobak putih ♡♡

Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.

♡♡ Nasi panas, halia muda dan air asam ♡♡

Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.

♡♡ Daun betik muda ♡♡

Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.

Tak semua tumbuhan ini serasi dengan badan semua ibu, 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tapi konsep 'supply dan demand' tak dipenuhi, maka janganlah berharap air susu memancut-mancut keluar.

Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali. Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat jika 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. Dan carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.

Sekiranya ibu ibu berminat untuk mencuba supplement milk booster dari shaklee boleh try set menyusu shaklee. Insya Allah berbaloi baloi badan sihat dan susu banyak.

Untuk maklumat lanjut tentang info penyusuan boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 (Puan Yati)
  
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat dan selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment