Thursday 2 October 2014

Tips Memilih Hospital Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..entry saya pada kali ini saya nak kongsikan tips memilih tempat untuk bersalin sama ada hospital swasta atau hospital kerajaan.

Dalam keghairahan melengkapkan persiapan menyambut orang baru, ada satu perkara penting yang perlu ibu-ibu teliti iaitu lokasi untuk bersalin kelak. Jangan pandang ini sesuatu perkara yang remeh keranan keputusan di saat-saat akhir akan membuatkan keadaan menjadi kucar-kacir. Berikut adalah Tips memilih tempat bersalin kelak.

1. Sejarah Kesihatan

Sebelum membuat keputusan untuk memilih tempat bersalin anda, pastikan anda mempunyai latar belakang kesihatan yang bersih iaitu tidak mempunyai sejarah penyakit kronik contohnya darah tinggi, atau kencing manis. Sekiranya anda termasuk dalam golongan ini, anda perlu memilih hospital yang berpengalaman serta mempunyai kemudahan dan peralatan perubatan yang lengkap agar tidak timbul pelbagai masalah sepanjang proses kehamilan dan bersalin.

2. Kemudahan

Kemudahan yang disediakan oleh pihak hospital atau klinik bersalin pilihan yang perlu diberi perhatian ialah wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU untuk bayi dan peralatan perubatan untuk menghadapi saat kecemasan.
Pilihan terbaik ialah Hospital Kerajaan kerana ternyata ia memiliki kemudahan dan kepakaran lengkap dan mencukupi bagi menghadapi kehamilan berisiko.

3. Bajet

Tidak semua wanita mengambil insurans atau mempunyai majikan yang membayar kos rawatan bersalin. Jadi, anda perlu peruntukkan sejumlah wang yang banyak. Biarpun semua ibu berhasrat untuk bersalin secara normal, tetapi sediakan budget yang mencukupi untuk kelahiran caesarean juga kerana kita hanya merancang, Allah SWT yang akan menentukan

4. Lokasi

Lokasi adalah paling penting! Anda perlu menimbangkan perjalanan anda dari rumah, tempat kerja ke hospital bersalin pilihan anda. Lokasi terbaik ialah yang berdekatan dengan kediaman anda, pastikan lokasi pilihan anda bukanlah lokasi yang terkenal dengan kesesakan trafik.

5. Keselesaan

Anda perlu rasa selesa dengan apa sahaja yang ditawarkan oleh hospital atau klinik bersalin pilihan anda. Aspek penting yang perlu anda pertimbangkan ialah adakah anda selesa jika doktor lelaki yang bakal menyambut kelahiran anak anda kelak.

6. Prosedur

Anda perlu meneliti juga sama ada hospital bersalin pilihan anda membenarkan suami atau ibu menemani semasa di bilik bersalin. Ini kerana ada sesetengahnya tidak membenarkan orang lain berada di bilik berkenaan. Memandangkan amat penting untuk suami atau ibu di samping anda ketika menjalani proses bersalin, jadi pilihlah hospital yang membenarkan suami atau ibu anda berdamping dengan anda ketika bersalin.

7. Hospital Rakan Bayi
Hospital Rakan Bayi (HRB) adalah hospital yang menyokong dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penyusuan susu ibu. Ingat penting untuk anda bertekad dari sekarang untuk menyusu bayi anda dengan susu ibu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu ibu untuk membuat pilihan tempat untuk bersalin.

No comments:

Post a Comment