Thursday 2 October 2014

PROMOSI MEALSHAKE lagi

Assalamualaikum dan salam sayang semua pembaca setia blogger yati .

Bulan lepas seperti yang kita maklum dua promosi untuk bulan lepas kan. Iaitu Collagen powder dan Mealshake. Ada berita baik kepada pengguna tegar mealshake . Promosi mealshake dilanjutkan lagi sehingga habis bulan Oktober ini. Wahhh terbaik betul Shaklee ini. Apa lagi jangan tunggu sampai promosi ini berakhir rembat sekarang beli 3 dapat percuma 1 canister. Tarikh luput pun lambat lagi bolehlah kalau nak buat stok kat rumah.


Mealshake makanan tambahan yang berasal daripada susu lembu dan berperisa vanila yang enak. Bagi kanak kanak pasti suka kerana rasanya seperti makan aiskrim vanila. Hendak tahu dengan lebih jelas lagi apa itu mealshake  jom baca sampai habis yer :)


Apa itu Mealshake ? 

Mealshake ini adalah multivitamin. Ia adalah nutrisi lengkap yang mengandungi 19 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Kalau selalu kita tengok multivitamin dalam bentuk tablet/kapsul, tetapi mealshake dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh dengan apa sahaja minuman kegemaran anda. Mealshake berperisa vanilla. Jadi, rasanya sangatlah sedap.

Ia sangat sesuai diambil sebagai sarapan pagi kerana kandungannya yang penuh nutrisi dan tentunya sangat berkhasiat sebagai permulaan hari yang penuh tenaga.

Apa kandungan / ingredients dalam mealshake?

Jika ianya Shaklee, pastinya diperolehi daripada sumber semulajadi.  Diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya (sudah tentu Non-GMO), soy lecithin, lactalbumin dan lain-lain.
Lactalbumin adalah bahan  yang terkandung dalam susu yang diperolehi daripada whey (dadih) . Ia mengandungi organisma protein yang berkualiti tinggi dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Nutrisi-nutrisi yang terdapat / terkandung dalam mealshake adalah seperti berikut :
Serat, protein, kalsium, sodium, vitamin C,E,B6,B12,A & D, Niacin, Zat Besi, Zinc, thiamine, Riboflavin, folic acid, iodin, yeast dll.

Siapa / golongan mana yang sesuai  mengunakan mealshake?

Mealshake sesuai untuk mereka yang berusia seawal 1 tahun hingga ke dewasa.
Oleh kerana ianya dalam bentuk serbuk yang dibancuh dengan air membuatkan ia boleh dinikmati oleh kanak-kanak. Boleh dicampur dengan susu dalam botol. Kalau multivitamin dalam bentuk tablet, agak sukar untuk kanak-kanak yang belum tumbuh gigi untuk kunyah atau telan.

Kanak-kanak yang sedang membesar, ibu yang mengandung / hamil, ahli sukan, vegetarian dan orang sakit juga boleh minum mealshake kerana ia banyak khasiat. Golongan yang sibuk bekerja juga di galakkan minum mealshake kerana disamping ianya berkhasiat, ia mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan sangat mudah dibancuh. Jika ada shaker, hanya  shake sahaja dengan minuman kegemaran anda.  Cepat dan mudah. Sambil bersiap untuk pergi kerja pun  boleh shake. Bancuh dalam gelas pon tidak susah.

Siapa tidak sesuai / boleh mengambil mealshake?

Mereka yang alergik dengan soya, alergik dengan susu lembu dan lactose intolerance. Ini kerana mealshake ada sumber soya, susu lembu dan sedikit laktosa.

Cara Penyediaan

Mealshake boleh dibancuh dengan apa sahaja minuman kegemaran anda. Milo, susu segar, minuman yogurt, horlick, nesvita, air buah-buahan dll.  Jika untuk kanak-kanak boleh dicampur ke dalam susu yang mereka minum.

Walaupun saya cakap, boleh dibancuh dengan macam-macam air kegemaran anda, namun cuba elak bancuh mealshake bersama-sama minuman yang mengandungi kafeine. Ini adalah kerana kafeine boleh mengurangkan efisiensi nutrien-nutrien yang terkandung dalam mealshake menyerap ke dalam tubuh badan.

Oleh kerana mealshake adalah minuman berunsur protein, elak bancuh mealshake dengan air panas atau mendidih kerana protein akan rosak pada suhu yang tinggi. Bancuh sahaja dengan air suam, suhu bilik atau sejuk.

Mealshake sesuai untuk semua lapisan daripada umur setahun hingga dewasa. Bagi kanak kanak yang sukar untuk makan sangat sesuai untuk tingkatkan selera makan anak anak. Mealshake berupaya membantu tingkatkan selera makan anak anak. Sebagai contoh testimonial anak saya sendiri. Anak saya memang susah nak makan sampai saya pun terkejar kejar dia untuk suapkan makanan. Tapi sekarang setelah mencuba mealshake ni Alhamdulillah nampak kesan positif dan selera makannya bertambah. Tidak perlu saya paksa dia makan dia yang mulakan hendak makan. Yang pasti susu pun makin banyak juga dia minum. Dahulu badan kurus sekarang dah agak gempal. Inilah saat yang paling bahagia untuk seorang ibu melihat tumbesaran anakknya.

Mealshake dapat menguatkan imunisasi badan seseorang. Saya setelah mencuba mealshake dari anak saya berumur setahun antibodi anak saya kuat dan daya tahan dapat dipertimbangkan. Sekarang saya tersenyum gembira melihat perubahan permata hati saya membesar dengan sihat dan cergas.

Bagi dewasa mealshake sesuai bagi yang ingin menambah berat badan. Pada yang tubuh kurus kering tu bolehlah mencuba mealshake untuk dapatkan tubuh badan yang ideal. Mealshake membantu meningkatkan selera makan seseorang dan sekaligus dapat menambah berat badan seseorang itu.

Apa kebaikan kebaikan lain mealshake mealshake ini boleh baca disini manfaat mealshake dan khasiatnya.

Manfaat Utama:

☆ Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

☆ Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh – Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain

☆ Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar

☆ Anti-Oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

☆ Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

☆ Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

☆ Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Ingin jadi ahli dan tahu keistimewaannya klik disini cara join ahli dan kelebihannya.

Warga Kemaman dan Dungun untuk dapatkan produk shaklee dengan konsultasi percuma boleh perolehi disini Pengedar Shaklee Kemaman

Untuk maklumat lanjut dan order boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

0179753858 ( Puan Yati)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


No comments:

Post a Comment