Friday 5 September 2014

Cara penyimpanan susu ibu (EBM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blogger saya. Hari ini saya hendak ceritakan serba sedikit cara penyimpanan susu ibu (Ebm). Insya Allah perkongsian saya ini serba sedikit memberi ilmu dan manfaat kepada ibu ibu di luar sana.

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :

1) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk (suhu bawah 4'C)

Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
Rendam botol di dalam bekas atau mangkuk berisi air panas atau air mendidih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.

Sekarang lebih mudah kerana di pasaran sudah tersedia pemanas susu elektrik. Kita hanya melaraskan suhu sehingga 40'C dan meletakkan air di dalam bekas yang disediakan dan terus merendam botol yang berisi susu. Ianya mengambil masa dalam 10 hingga 15 minit untuk dipanaskan dan sedia untuk diberi kepada bayi.Cepat dan mudah untuk diuruskan.

2) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer) (suhu -18' sehingga -20'C)

Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk dia dalam peti sejuk anda (refrigerator) sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan pada bayi nanti.
Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING

    Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan dalam peti sejuk (pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu (sejurus setelah selesai proses mengepam/memerah susu)
    Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi. Kenapa bazir? Sebabnya
    Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu belum diminum oleh bayi. Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 jam.
    Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan berikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
    Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh di bekukan semula, Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku)
    Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5~7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH

    TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
    TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro (microwave oven)
    TIDAK BOLEH didihkan susu perahan

    Alasan dan Sebab: Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40'C ke atas)

Susu perahan juga mudah dan senang dipanaskan menggunakan pemanas khusus (warmer) suhu yang dikawal 40'C ke bawah sahaja

Kesimpulannya

susu fresh (baru perah) : tahan 4 jam pada suhu bilik
susu disejukkan dalam peti ais (dekat rak, bukan dibekukan, tak kisah peti ais berapa pintu): tahan 5~7 hari
susu beku: bergantung kepada suhu peti ais
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan
- deep freezer: tahan 6 bulan
susu beku yang telah dicairkan: perlu diguna dalam masa 24 jam, tak boleh dibekukan semula
susu yang dah dipanaskan: tahan 2 jam

Di harap dengan panduan serba sedikit ini boleh memberi ilmu kepada ibu ibu untuk menguruskan susu perahan. Saya doakan ibu ibu di luar sana berpeluang untuk menyusu bayi sehingga dua tahun. Sungguh indah memori sepanjang penyusuan saya bersama bayi saya. Ibu yang merasa pasti berbangga kerana dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada bayinya melalui penyusuan yang eksklusif. Hubungan ibu dan anak juga dapat dieratkan.

3 comments:

  1. susu ibu susu terbaik, jom ke blog saya untuk info penyusuan
    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/tambah-susu-badan.html

    ReplyDelete
  2. http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/tambah-susu-badan.html

    ReplyDelete
  3. info yang sangat berguna sekali....
    http://bit.ly/1upqQjw

    ReplyDelete