Thursday 11 September 2014

Pengalaman Mengandung Di luar Rahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Entry saya pada kali ini merupakan sedikit perkongsian hidup tentang pengalaman saya mengandung diluar rahim .

Kehamilan adalah sesuatu yang indah bagi ibu ibu yang memang menantikan kehadiran seorang insan bergelar anak. Pasti saat saat 9 bulan di dalam kandungan adalah memori yang paling indah yang dapat dirasai pada mereka yang bergelar ibu. Sungguh hebat Allah menciptakan rahim untuk dipinjamkan kepada wanita untuk mengandungkan seorang insan ke duniawi. Allahu....

Berbalik kepada kisah pengalaman saya, jom kita ikuti saat saat saya mendapat tahu berita yang saya mengandung kandungan luar rahim. Ini adalah pengalaman ke tiga saya mengandung. Sebelum ini saya sudah 2 kali mengandung dan kandungan pertama saya Allah hanya meminjamkan 9 bulan sahaja di dalam rahim dan Allah terlalu menyanyanginya si Syurga ku. Syurga buatmu sayang ku. Dan Alhamdulillah Allah masih memberi sinar dalam hidup saya dengan menghadiahkan dan meminjamkan Muhammad Farish Aryyan Bin Khairol untuk mengubat rindu kami pada puteri kami.

Kandungan yang ke tiga bermula la episod kisah duka buat kami sekeluarga. Saya di ibaratkan kelahiran semula.

15 April 2014

Pagi yang indah yang amat mendamaikan itu telah merobek segala galanya pada hari itu. Merobek jiwa perasaan hati saya walaupun saya sedar semua sudah tertulis di Luh Mahfuz. Percaya pada Qada' dan Qadar Nya. Pasti hikmah tersembunyi .

Pada pagi 15 April 2014 saya mengalami sakit perut yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Ketika ini saya tidak tahu yang saya mengandung. Ini kerana saya datang bulan seperti biasa. Pada pagi itu saya rasakan dunia gelap seketika . Saya rasakan umur saya sudah tidak panjang tapi Alhamdulillah sehingga ke hari ini Allah masih panjangkan usiaku. Syukur Alhamdulillah.

Saya segera di bawa ke bilik kecemasan di Hospital Kuantan Medical Centre. Suami saya memilih hospital swasta untuk keselesaan dan mahukan servis yang terbaik. Lagipun kami sekeluarga ada kad insurans nyawa.  Selepas di masukkan ke wad kecemasan saya sudah agak kritikal. Doktor membuat ujian pregnancy dan sah saya hamil. Ketika itu saya agak terkejut kerana memang tidak yakin saya hamil kerana saya period seperti biasa.

Saya di bawa ke bilik ultra sound untuk scan perut saya untuk melihat keadaan janin. Doktor yang pertama scan tidak nampak apa apa di dalam perut saya. Doktor pakar dipanggil untuk mengesahkan keadaan saya macam mana. Selepas scan kali ke dua barulah doktor mendapat result dan mengesahkan saya hamil di luar rahim. Saya ketika itu merasakan dunia gelap seketika kerana berasa amat terkejut dan yakin Allah sebaik baik perancang.

Saya tidak putus putus berdoa berzikir mohon dipermudahkan urusan. Ketika itu keadaan saya dah kritikal dengan tekanan darah yang semakin menurun. Tapi dengan semangat daripada keluarga dan suami saya kuatkan semangat. Pembedahan perlu dilakukan segera dan pada petang itu juga saya di tolak ke bilik pembedahan.

Saya dengan rela terpaksa menandatangani borang untuk meminta izin pembedahan. Saya tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa saya. Keadaan saya kritikal kerana kandungan saya sudah pecah dan menganggu tiup fallapio saya. Sekiranya lambat sedikit je bawa ke hospital saya tidak tahulah macam mana nasib saya. Dengan semangat dan doa yang mengiringi saya di bawa ke bilik pembedahan. Sebelum pembedahan bermula saya sempat mencium anak saya. Anak dan suami adalah semangat saya ketika itu.

Setelah 4 jam pembedahan saya berjaya dilakukan. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umurku. Syukur ya Allah. Sepanjang pembedahan itu di jalankan saya tidak sedar kerana diberi ubat bius.
Saya ditempatkan di dalam bilik ICU untuk pemantauan yang rapi oleh doktor. Sepanjang berada di ICU suami saya lah peneman setia saya. Dia banyak memberikan kata kata semangat untuk saya. Dan saya sangat bersyukur mempunyai suami seperti beliau. Sungguh besar pengorbanannya sebagai Imam saya. Sungguh terharu rasa memilikinya. Terima kasih Allah.

Sepanjang 4 hari 3 malam kami berkampung di hospital. Doktor mengagarkan saya berada dalam ICU selama seminggu tetapi saya kuatkan semangat dan saya tak nak duduk di dalam ICU lama lama. Seram oi...huhu...Alhamdulillah hanya satu malam sahaja saya berada di dalam ICU dan pada keesokkannya saya dipindahkan ke wad biasa. Sepanjang berada di dalam wad tu saya telah kehilangan banyak darah. Daripada rekod lebih 4 bag darah saya keluar. Selepas ujian doktor memuaskan saya di beri kelepasan untuk keluar wad. Tapi saya tidak boleh bergerak sangat dan memerlukan rehat yang cukup. Tapi saya dah bersyukur sangat tidak perlu duduk dalam wad lama lama dan boleh berehat di rumah.

Saya berpantang seperti biasa seperti orang lain yang melahirkan anak. Mujurlah ada anak peneman dan pengubat duka. Alhamdulillah saya redha dengan apa yang berlaku dan percaya ada hikmah yang tersembunyi pasti sinar kebahagiaan menjadi milikku.

7 comments:

  1. sungguh menyentuh perasaan saya.....semoga Allah memberi kebahagian untuk kak sekeluarga ...banyak2 bersabar semua dari Allah dan akan kebali kepda Allah...
    jemput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/1tPwn5f

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....Allah uji tanda Allah syg...syukur....;)

      Delete
  2. Teringat saat2 ni yt..semua trkjut

    Cahayacintaku08.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Sedih time tu yt.
    lawati lah blog saya
    kekalsihatdenganvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete