Friday 12 September 2014

Perarakan bot terbesar di dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pagi ini kami dapat menonton perarakan bot dari Kuala Dungun sehingga ke Kuala Kemaman.

KEMAMAN: Satu lagi sejarah tercipta di daerah ini hasil usaha keras pelbagai pihak untuk menjayakan perarakan bot terbesar di dunia pada 13 September iaitu pada hari ini yang melibatkan 1,200 bot pelbagai jenis.

Ketua Sekretariat program ini, Mustafa Ab Rahman berkata ia juga sebagai percubaan untuk mengatasi rekod dalam Buku Rekod Dunia Guinness yang dibuat di Sungai Thames, London semasa sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth pada 2012. "Ketika ini, rekod perarakan bot terbesar dimiliki rakyat Britain dengan menggunakan 670 buah bot sempena sambutan itu dan kita yakin rekod itu bakal dipecahkan oleh 6,000 warga nelayan Terengganu pada 13 September iaitu pada hari ini.

"Program ini bagi membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu hati mampu mengatasi mana-mana bangsa dalam apa juga acara seterusnya Malaysia akan dikenali sebagai negara membangun yang disegani atas kemampuan mengatasi rekod dunia," katanya di sini hari ini.

Program ini bermula dari Kuala Paka hingga ke Kuala Kemaman sejauh 70 kilometer itu melibatkan 6,000 nelayan dari Kuala Kerteh, Kemasik, Kijal, Telok Kalong dan Kuala Kemaman.

Perarakan ini dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merangkap Ahli Parlimen Kemaman serta wakil Buku Rekod Dunia Guinness yang mengesahkan kejayaan perarakan ini.

Mustafa yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahmad Shabery, berkata perarakan ini adalah hasil gabungan tenaga dan idea daripada Persatuan Anak-Anak Kemaman dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Perikanan, petugas Pejabat Menteri Komunikasi Dan Multimedia dan Pejabat Parlimen

Tahun lalu, Kemaman turut mencatat sejarah apabila program Jelajah Perahu Fiber Di Pesisiran Pantai Kemaman diiktiraf sebagai 'Konvoi Bot Terbesar' dan dicatat dalam Buku Rekod Malaysia

1 comment:

  1. cantiknya pemandangan pantai...rasa damai..
    jemput berblog walking ke blog sy
    http://bit.ly/1tRuWDn

    ReplyDelete