Tuesday 2 September 2014

Tips menyusukan bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni entry saya juga berkaitan dengan penyusuan. Di sini saya ingin memberikan beberapa tips tentang penyusuan bayi. Menyusukan anak adalah fitrah semulajadi, tapi itu tidak bermakna ianya mudah – terutamanya kepada bakal-bakal ibu muda yang baru pertama kali menyusukan bayi.

Ikuti 9 tips berikut untuk memastikan perjalanan peyusuan anda berjalan lancar.

1) cari ilmu

belajar mengenai penyusuan sebelum anda melahirkan permata hati anda.
terdapat banyak cara untuk mendapatkan ilmu-ilmu mengenai penyusuan – melalui buku, artikel, video, kelas dan juga petua-petua orang tua. Sekarang ini semua dihujung jari just google macam macam info yang anda akan perolehi.

2) setkan minda untuk berjaya melengkapkan penyusuan bayi anda

betulkan “nawaitu” atau niat untuk menyusukan bayi kita sehingga 2 tahun. jangan pernah ada sesekali timbul rasa ragu di dalam hati “berjayakah aku menyusukan bayi aku?” , “cukupkah susu aku untuk bayi aku nanti?”gunalah alat sokongan untuk membantu kita menyusu bayi dengan lebih selesa – di antaranya adalah bantal menyusu

3) tanyalah pakar

ambil kesempatan ketika di hospital atau di rumah bersalin untuk bertanya kepada kaunselor laktasi apa yang anda tidak jelas tentang penyusuan – teknik penyusuan, makanan penambah susu, kekerapan menyusu, cara simpanan susu perahan dan sebagainya.

4) cara hisapan

hisapan yang betul merupakan kunci ke arah penyusuan yang baik. mulut bayi mestilah luas terbuka dan mulut bayi hendaklah menutupi areola, bukan hanya puting.

5) jangan mengharapkan air terjun

kuantiti kolostrum yang sedikit tetapi kaya dengan pelbagai nutrien penting adalah mencukupi untuk bayi yang baru lahir. jangan mengharapkan susu anda akan memancut keluar bak air terjun untuk hari-hari pertama anda bersama bayi.

6) catat

catatkan bila anda menyusukan bayi, berapa lama anda susukan bayi anda, dan payu dara manakah yang terakhir anda susukan bayi.

7) sendawakan bayi anda

tepuk belakang bayi anda perlahan-lahan selepas menyusukannya untuk mengelakkan kembung perut dan mengelakkan bayi daripada tersedak susu

8) isi minyak

ini bukan minyak kereta ya tetapi ibu-ibu yang menyusukan bayi hendaklah sentiasa mengambil makanan yang sihat dan mengenyangkan serta minum air masak yang banyak (3-4 liter sehari)
ingat, menyusukan bayi anda memerlukan banyak tenaga dan kalori untuk dibakar.

9) jangan mudah mengalah

menyusukan bayi mungkin akan menyakitkan pada awalnya.
berdepan dengan lactostasis atau bengkak susu, ibu-ibu boleh cuba menuam payu dara yang bengkak dengan air panas atau sejuk, atau petua orang tua, dengan mengambil beberapada carik daun kubis yang sejuk dari peti ais. untuk puting merekah (cracked nipples) pula, lanolin cream boleh digunakan.

semoga ibu-ibu di luar sana akan terus tabah dan sabar menyusukan bayi-bayi anda. saya mendoakan agar anda semua berjaya menyusukan bayi-bayi anda sehingga ke usia 2 tahun.

4 comments:

  1. saya memnag perlukan tips menyusukan bayi ini...thanks for the tips dear....^_^
    http://bit.ly/1lwa95x

    ReplyDelete
  2. Thanks for tips..

    http://sweetmom83.blogspot.com/2014/09/testimoni-zinc-complex-vitamin.html?m=1

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna jom lawat blog saya
    www.annur-shoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Betul tu...jangan mudah mengalah jika nak eksklusif menyusukan anak hingga 2 tahun ♥
    Good info (Y)

    MamaAdra
    http://supplemensemulajadi.blogspot.com

    ReplyDelete